Kebiasaannya minuman sarapan pagi kita adalah teh tarik atau kopi panas. Tak sah jika tak ada minuman manis. Anak-anak pun ikut sekali ‘joint’ mak bapa minum minuman manis itu. Namun, jika anda pergi ke hotel bertaraf lima bintang, anda akan lihat, majoriti hotel akan menyediakan minuman jus untuk sarapan pagi. Kebanyakkan warga asing dari eropah akan minum jus buah-buahan termasuk jus oren.

Melalui perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai 

Rupanya Ini Sebab ‘Mat Salleh’ Suka Minum Jus Oren Waktu Pagi. Menarik! 

Khasiat jus oren saya sendiri baru tahu. Almaklumlah, saya ni bukannya ‘mat salleh’ yang tiap pagi bersarapan dengan jus oren dan roti bakar. Saya ni anak jati tulen Malaysia yang tiap pagi lebih syok kalau dapat pekena roti canai, nasi lemak dan teh tarik!

Oh nikmat! Tapi demi untuk kesihatan memang tak boleh nak melantak semua tu tiap hari. Untuk tubuh yang lebih sihat wajib pantau pemakanan selalu dan sebab itulah saya agak teruja selepas berjaya tahu yang jus oren ini banyak khasiat rupanya. Patutlah mat dan minah salleh suka minum jus oren waktu pagi!!

Jus oren tak asing untuk kita disebabkan rasanya yang sedap. Cuma tak dinafikan masih ramai tak tahu khasiat-khasiat yang ada di dalam segelas jus oren tu. Tapi memang musykil juga pada mulanya bila lihat ramai warga barat akan teguk jus oren waktu pagi.

Ala dalam TV pun selalu tunjuk sebab itu dah memang habit mereka. Teguk jus oren sebagai sarapan tu dah memang sebati dengan budaya dan amalan hidup mereka kat sana. Breakfast ala western jika tanpa jus oren fresh memang tak lengkap.

Rupanya Ini Sebab ‘Mat Salleh’ Suka Minum Jus Oren Waktu Pagi. Menarik! 

Di sini saya kongsikan sekali 6 khasiat buah oren yang telah dijadikan jus (perah buah oren segar ambil air) untuk tubuh badan manusia. Antara khasiat tersebut adalah :

1 – Meningkatkan Sistem Imun & Kaya Dengan Vitamin C

Rupanya Ini Sebab ‘Mat Salleh’ Suka Minum Jus Oren Waktu Pagi. Menarik! 
Jus oren sangat baik untuk kesihatan kerana kaya dengan vitamin C. Vitamin C sangat penting untuk tubuh badan kita, terutama untuk sistem imun. Vitamin C ini juga dapat membantu sel-sel imun dalam badan untuk berfungsi dengan lebih baik.

Vitamin C juga boleh mencantikkan kulit dan boleh mencegah demam selesema. Malah vitamin C ini juga boleh mengurangkan risiko serangan penyakit kanser. Oh patutlah dikalangan mereka yang mudah jatuh sakit suka amalkan minum jus oren setiap hari, untuk meningkatkan sistem imun ketahanan badan rupanya!

2 – Jus Oren Juga Kaya Dengan Antioksida (Anti Radang)
Selain vitamin C yang banyak, jus dari buah oren segar ini juga sangat kaya dengan antioksidan yang sering disebut sebagai anti radang. Antioksida berfungsi sebagai penghalang radikal-radikal bebas seperti asap rokok, asap kenderaan, pencemaran udara dan bahan-bahan kimia lain. Ia bahaya untuk kesihatan kita maka eloklah jika dapat dielakkan dengan pelbagai cara. Sekaligus dapat mengurangkan risiko terkena serangan penyakit seperti strok, jantung, dan lain-lain. Jika sudah jus oren boleh bantu untuk tujuan ini juga, apa salahnya kan? Sedap pun sedap.

3 – Mengawal Tekanan Darah

Rupanya Ini Sebab ‘Mat Salleh’ Suka Minum Jus Oren Waktu Pagi. Menarik! 
Khasiat Jus Oren segar yang seterusnya adalah untuk mengawal dan menurunkan tekanan darah. Ini disebabkan oleh bahan utama dalam jus oren itu adalah hesperidin. Dan hesperidin ini akan berfungsi untuk mengawal tekanan darah.

Kajian juga turut mengatakan yang dengan pengambilan 500ml jus oren segar setiap pagi secara teratur dapat menurunkan tekanan darah dengan cepat. Amalan minum jus oren setiap pagi ini juga dikatakan sangat bagus untuk golongan pesakit darah tinggi.

4 – Menurunkan Kadar Kolestrol Dalam Darah
Selain dari itu, khasiat Vitamin C, asid folik dan pigmen di dalam jus oren boleh membantu untuk menurunkan kadar LDL atau lebih dikenali sebagai kolesterol jahat. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan kadar kolesterol baik atau HDL di dalam badan.

HDL dikenali sebagai kolesterol yang baik kerana berfungsi untuk membawa lebihan kolesterol keluar dari badan melalui air kencing. Jadi bila kolesterol terkawal kita pun sudah tentu akan berasa lebih sihat. Badan juga akan semakin cergas dan bersemangat berbanding dulu.

5 – Mencantikkan Kulit Wajah

Rupanya Ini Sebab ‘Mat Salleh’ Suka Minum Jus Oren Waktu Pagi. Menarik! 
Ini tentu orang perempuan suka dengar. YA! Khasiat jus oren segar yang paling popular adalah untuk mencantikkan kulit wajah. Jangan terkejut jika saya katakan yang kandungan Vitamin di dalam segelas jus oren itu boleh memberikan anda kulit yang cantik, sihat, gebu dan menawan.

Ia juga dikatakan dapat merangsang kolegen dan turut boleh melindungi kulit dari kesan buruk sinaran UV matahari. Tak hairanlah kenapa ada begitu banyak lambakan produk vitamin C di pasaran. Awas! Produk sebegitu belum tentu diperbuat daripada vitamin C asli sepenuhnya. Pastikan di baca dulu label dan kalau takut tersalah beli produk, rajinkan diri minun jus oren segar tiap pagi untuk dapatkan jumlah vitamin C yang diperlukan.

6 – Jus Oren Tinggi Dengan Vitamin Asid Folic

Rupanya Ini Sebab ‘Mat Salleh’ Suka Minum Jus Oren Waktu Pagi. Menarik! 
Khasiat jus oren yang terakhir adalah berkaitan dengan asid folik. Apa itu asid folik? Untuk pengetahuan, asid folik ini sebenarnya bagus untuk ibu yang mengandung. Setiap ibu yang ingin hamil sangat digalakkan untuk makan asid folik seawal 3 bulan kandungan kerana asid folik dapat berfungsi sebagai vitamin untuk bayi. Dan boleh mencegah kecacatan otak bayi.

Memang banyak vitamin asid folik di pasaran, tetapi lebih bagus jika para ibu hamil ini hanya amalkan asid folic yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKM) dan jika nak amalkan minum jus oren setiap hari untuk dapat khasiat asid folik secara semulajadi juga boleh. Namun jangan sampai tahap dapat sakit perut pula sudahhlah. Almaklumlah ibu hamil ni tak sama dengan golongan orang biasa.

Kredit: Tengku Irwan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI