Mempunyai isu dengan kegatalan kulit kepala memang diakui membuatkan kita tidak selesa. Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej, bilamana asyik tergaru-garu.
Memberi rasa selesa, umumnya kita akan pastikan rambut kerap dicuci, punbegitu tahukah anda dengan menambahkan garam ke dalam syampu dapat membantu mengurangkan masalah kegatalan rambut dan sekali gus amalan ini dikatakan dapat membantu untuk anda memiliki rambut yang lebih tebal, sihat dan hitam berkilau.
Mungkin anda tidak percaya?
Ya, sebenarnya garam dapat ‘bekerja’ melakukan fungsi-fungsi detoksifikasi, menghilangkan sel-sel mati di kulit kepala dan sehinggalah menjadikan rambut akan terlihat dan tumbuh lebih sihat dan bersinar. Cubalah sendiri dan rasai perbezaannya.
Namun jika masih ragu-ragu, ikuti perkongsian daripada Shakila Rahim ini yang telah diposting di fbnya beberapa hari yang lalu. Selamat mencuba!
INI PERKONGSIANNYA
Ada orang penah bagi petua, nak bagi rambut kuat, lebat, tak mudah luruh masa syampu tu campur garam. Ataupun basah kepala dengan air garam, kemudian baru syampu.
Petang tadi dah try. Masuk kali ni, cubaan kali ke3.
Bila campur garam, syampu dah jadik kurang berbuih tau.
Dah tak berbuih, jangan dok pi balun bubuh setengah botoi pulak.
Ads
Alhamdulillah, lepas syampu gini, rambut jadi lembut.
Kepala pun tak gatal dah.Jadi ringan kepala.
Sumber : Shakila Rahim
EKSTRA INFO :Kenapa perlunya cuci rambut dengan campuran garam?
1)Menghilangkan kelemumur
kelemumur merupakan bakteria. Jika rambut penuh dengan kelemumur, cara paling mudah untuk bersihkan rambut adalah dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.
2) Rambut kelihatan lebih segar
Ads
Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut anda kan kelihata lebih segar dan berkilau.
3) Menghalang keguguran rambut
Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak nak cantik. Semua wanita sanggup berhabisan nak cantik, kulit muka mulus dan badan langsing. Untuk itu ada yangs sanggup membeli pil atau minuman kolagen untuk kembali cantik. Tak mengapa jika ada bajet yang banyak. Tapi jika sebaliknya tak salah berjimat dengan mengamalkan sumber makanan secara semulajadi.Diri pun selamat tanpa bahan-bahan pengawet.
Tular hingga 101K perkongsian, petua ini boleh diamalkan secara konsisten.
Detox kulit supaya jerawat hilang, lemak terhakis dan badan maintain kurus dan tak perlu telan pil! Jom kita detox untuk kulit berseri! Selera makan tak menjadi-jadi lemak pun berkurang!
Bahan : 1. Air masak : Dah pastilahhh sangat elok untuk badan & kecantikan muka 2. Timun : Tinggi anti oksida, hidrasi & membantu legakan kulit dan lembap! Psstt timun boleh kecikkan & keringkan jerawat. Parut punn makin pudar. Pori-pori? Makin tertutup! 3. Lemon atau Limau Nipis : Ada asid yang baik untuk cuci bersih segala kotoran dalam badan, toksin & hilangkan berat badan! 4. Serai : Membuang toksin dalam badan, tekanan darah & kurangkan kolestrol 5. Halia : Buang angin & toksin, kulit halus mulus, naikkan seri muka dannn boleh hilangkan STRESS!
Cara :
1. Potong semua bahan & masukkan dalam air 2. Simpan dalam peti sejuk – 3 jam 3. Siap! Boleh minum tak kisah berapa kali sehari. Kalau zura confirm kenyangggg je tak rasa lapar!
*Tahan 2 minggu jika letak dalam peti ais, Psttttt bukan kulit je cantik nanti tapi badan pun boleh kurus sebab terdetox sekali! 2 in 1 gitew.
Wow menarik perkongsian ni. Mesti cuba!
Sumber: Resepi orang kampung
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Benda boleh repair buat apa nak membazir kan, lagipun kalau masih elok guna lah dulu. Idea yang kreatif membantu wanita ini menukar sofa lama seakan-akan baru dengan modal tak sampai RM400. Nak tahu caranya jom baca ni.
Perkongsian dari Rudiana Rashidbagaimana DIY sofa lama menjadi seperti baru dibeli.
“Bile mem besar umah tak bagi membazir tukar perabot baru, Mata dh sakit tengok corak bunga2 yg serabut tu… sel otak mula berhubung.
“Kos hanya Tak sampai rm400… Kain yg tebal tu beli kamdar dlm rm10 semeter (jln2 kamdar terkejut tgk harga terus beli) total utk kerusi 3+2+1 =13meter, cat tu dlm rm50, span 2keping je beli dkt kedai buat kusyen kereta rm35 sekeping, stapler heavy duty tu beli kt Mr.diy, yg lain2 tu alat yg biasa Kita guna dh..
“Yang penting tu kena tempah butang balut tu…. moga dapat membantu bagi yang ingin reupholstery sofa….
“Rumah Ni rumah kampung je Ni dekat bahagian dapur… Sebab tetamu memang akan ingat pintu dapur adalah pintu rumah.. Kita deko ruang tepi dapur jadi ruang tamu….. ???
Setiap wanita pasti berasa beruntung jika memiliki bibir berwarna merah-kemerahan semulajadi. Tanpa perlu mencalit lipstik sekali pun, seulas bibir tampak begitu cantik dan menggoda. Ini sekali gus menjadikan senyuman anda lebih memikat dan manis dipandang.
Pun begitu, pelbagai faktor telah menyebabkan bibir seorang wanita boleh menjadi gelap dan lebam. Misalnya kesan daripada kerap memakai lipstik, kurang minum air, terdedah dengan cahaya matahari dan pelbagai sebab lainnya.
Bagi mengembalikan semula rona bibir sihat semulajadi, ada baiknya anda usahakan dengan menggunakan scrub bibir yang boleh dihasilkan sendiri. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Fahaniza di dalam akaun facebooknya. Jom semak!
“Bibir dah kusam kan,ye la segala mak nenek lipstik kita dah letak ni.Kadang jadi gelap nampak lesu je bibir tu.
Tambah pulak sekarang musim panas,kurang minum air.Dah jadi kuping kering bibir tu.Kesian bibir jangan pulak pegi kopek.Kang bertambah luka nanti.
Meh Kak Niza ajar buat lips scrub.Mudah sangan guna 3 bahan je.”–Fahaniza
Lips Scrub
Bahan-bahan:
1 sudu gula, 1 sudu serbuk kayu manis & 1 sudu minyak zaitun
*Kalau tak da olive oil boleh gantikan dengan madu tak pun minyak kelapa dara.
Cara penyediaan:
Kacau rata semua bahan.
2. Dah siap masuk je bekas yang comel.Yang mudah korang nak guna selalu.Tupperware kecik-kecik pun boleh jek.
Ini pula rakaman video special daripada Puan Fahaniza untuk anda.
Meh kak Niza velanjer cara nak scrub bibir uols.Jangan lupa sebarkan ye.Jangan lupa folo Fahaniza Bakri ye.