Kerang antara makanan laut yang menjadi kegemaran ramai, baik direbus mahupun dibakar dan dicicah bersama sos. Memang layan kan. Tapi mungkin ibu-ibu perasan kan, kerang ni kalau tak cuci bersih ada bau yang kurang enak kan.
Untuk itu, admin kongsikan tips daripada Suzanie Adina Mat Saat menerusi Facebooknya bagaimana cara nak bersihkan isi kerang supaya keluar habis lumpur di dalam perutnya.
Assalamualaikum & salam sejahtera. Izinkan berkongsi ilmu untuk membersihkan kerang supaya *ISI* kerang tak ada selut.
Teknik ini untuk bersihkan ISI kerang, bukan memutihkan cengkerang. Hasilnya ISI kerang yang bersih.
Rujuk gambar ‘A’:
Selepas bilas (*dan cengkerang dah bersih*) adunkan garam dan cili kering (tak kisah kalau 2-3 batang atau serbuk cili kering kasar. Dalam gambar ialah cili kering kasar sebab stok cili kering dah habis). Ralat garam & cili agak2 je. Asalkan agak2 pedas & masin.
Rujuk gambar ‘C’:
Biarkan kerang berendam (atau berenang 😅) selama 45 min – 90 min. Kerang akan dengan sendirinya bersih (self clean through spitting). Boleh di balik-balikan kerang untuk melonggarkan ruang air di antara kerang. Rujuk gambah air keruh yang berbuih – itulah hasil kerang membuang sisa selut dan kotoran. Ulang 2-3 kali air garam & cili, sampai bersih.
Bergelar ibu bapa dalam usia yang muda tidak menampakkan pasangan ini kekok. Sementelah buah hati kesayangan mereka, Fahad Ibrahim atau nama manjanya, Yem cukup mudah dijaga, biarpun lasak dan mudah rapat dengan orang yang baru dikenali.
Pun begitu, pelakon ini mengakui anak sulungnya itu lebih suka belajar dengan guru berbanding dirinya. Bimbang situasi pembelajaran anaknya disebabkan Covid-19 ini, Nad dan suami sepakat untuk mengupag guru untuk mengajar anak mereka.
“Disebabkan covid nampaknya macam tak berkesudahan… buka suratkhabar kadar buta huruf pelajar darjah satu meningkat… kita jadi cikgu dekat rumah lepas 15 minit dia mengadu tangan sakit… jadi kena juga dapatkan khidmat guru… ok.. kita dah mula cuti panjang… Yem ada dua cikgu.. cikgu bertauliah.. dengan cikgu singa kat sebelah dia..
Selain itu, Nad turut timbulkan persoalan tentang penerimaan anak yang mana terdapat perbezaan apabila ibu bapa yang mengajar berbanding guru.
“Saya berharap semua ibu bapa tabah menghadapi situasi ini.. bukan senang tau.. nak kerja lagi, nak mengemas, nak jadi cikgu.
“Tapi kenapa ya bila parents mengajar , anak cepat bosan.. dengan cikgu dia boleh pulak survive 1 jam tu?? Geram pulak kita.
Dalam pada itu, Nad mengakui cara didikan anak tiada masalah. Jika ibu moden lain lebih suka mendedahkan anak-anak dengan gajet, berbeza dengan Nad.
“Kami suami isteri tak suka Yem selalu bermain gajet termasuklah telefon mahupun televisyen. Tiada istilah telefon di tempat makan. Kalau kami nampak dia ralit dengan televisyen, cepat-cepat kami tutup.
“Berbanding membaca tip di internet, saya lebih suka bertanya kepada kawan-kawan yang lebih berpengalaman. Itu lebih mudah kerana mereka sudah pernah melalui berbanding membaca buku atau melayari internet.
“Soal bab kesihatan, sepertimana ibu bapa lain saya dan suami memang menitikberatkan soal kebersihan. Terutama suami yang agak tegas bab pemakanan.
Makanan segera misalnya tidak elok untuk kesihatan, jadi suami tidak suka mengamalkannya berbanding saya yang tidak kisah sangat. Kalau boleh kena kurangkan pengambilannya.
Sebelum ini kisah beliau tular di media sosial apabila lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan pada tesis 3 jilidnya. Bekas graduan PhD dalam Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini turut dianugerahkan anugerah ‘Chansellor Award’ (Siswazah Terbaik Keseluruhan) dan ‘Faculty Award’ (Ph.D by Research).
Namun, perkongsian beliau baru-baru ini mengenai anak perempuan sulungnya cukup menyentuh hati. Menurut Dr. Kamilin Jamilin, anak perempuannya sebelum ini kurang berkeyakinan, namun sebagai bapa, beliau sentiasa memberi galakan dan semangat buat puterinya itu.
Terbaru, Dr Kamilin memuat naik kisah anaknya menerusi laman facebooknya Kamilin Jamilin – Seni Hadith. Menurut beliau, anaknya itu berjaya mendapat tempat pertama di dalam satu pertandingan kostum di sekolahnya.
Hari ini hati saya sangat tersentuh melihat air mata anak perempuan sulung saya bergenang selepas diumumkan mendapat tempat pertama Pertandingan Kostum Superhero sempena Hari Kanak-kanak peringkat sekolah.
Walaupun hadiahnya tidak besar dan acaranya agak janggal bagi saya, namun saya dapat merasakan ia sangat bermakna terhadap puteri kesayangan saya ini.
Sejak darjah satu lagi, puteri sulung saya ini kurang ada keyakinan diri. Susah nak tengok dia senyum dalam gambar. Dia berusaha mendapat markah yang baik dalam kelas selama ini, namun belum mampu mendapatkannya.
Saya tidak pernah menekannya ke arah itu dan cuba sedaya upaya memberinya semangat dan galakan untuk tidak berputus asa.
Saya memberitahunya, saya lebih gembira sekiranya dia dapat menjadi anak yang baik atau insan yang mulia berbanding kecemerlangan pelajaran semata-mata.
Setiap anak-anak pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saya melihat kekuatan dirinya ialah hatinya yang mulia dan suka membantu orang. Saya berusaha membuatkan dirinya terasa bernilai dengan sikapnya itu.
Saya kata padanya: “Kalau kakak tak dapat no. 1 markah dalam kelas, kakak jadi no. 1 yang paling banyak membantu rakan sekelas. Akhlak yang mulia tidak semesti dimiliki oleh orang yang pandai tau”.
Berbanding menabung, saya lebih menggalakkannya bersedekah dengan lebihan duit belanjanya, supaya ia menjadi karakter yang tertanam dalam dirinya sehingga dewasa kelak.
Beberapa hari lepas, dia menyuarakan hasratnya untuk mencuba Pertandingan Kostum Superhero di sekolahnya. Katanya ramai kawan-kawannya yang nak masuk.
Durar sangat teruja. Dia memasang harapan yang terlalu tinggi untuk menang. Pastinya dia inginkan perhatian dan penghargaan yang belum diraihnya selama ini.
Setiap hari dia akan bertanya saya apa persediaan yang diperlukan.
“Kita nak buat apa nanti abah?”.
Saya pula ketandusan idea, tapi tak sampai hati kecewakan harapannya yang menggunung.
Saya kata: “Abah akan bantu kakak dan kita akan menang sama-sama!”.
Saya tidak begitu sempat untuk memikirkan perancangan atau mencari barang berkaitan kerana komitmen yang pelbagai.
Namun saya kata padanya: “Kakak jangan risau, kerjasama father and daughter will always works!”.
Akhirnya, dengan hanya sedikit ‘bekalan’ alat make-up dari uminya dan kreativiti abahnya, Joker versi muslimah berjaya dihasilkan!
Saya pun tak tahu adakah Joker dikira sebagai superhero? Macam ramai orang cerita baru-baru ini.
Mula-mula dia agak malu dan kurang yakin, namun saya berusaha membuatkannya sentiasa positif.
Saya kata: “Abah kan ada dengan kakak? Of course kakak will do fine”.
Saya pun join sama make-up suka-suka dengannya untuk menguatkan semangatnya dan berasa sentiasa bersama abahnya (bukan sebab saya tersakiti 😉).
Alhamdulillah, walaupun saingan rakan-rakan sekolahnya sangat kuat dengan kehadiran pelbagai ‘superheroes’ lain, puteri kesayangan saya ini akhirnya menitiskan air mata kegembiraan setelah diumumkan sebagai pemenang. Barangkali kemenangan pertamanya sebagai juara sepanjang 3 tahun bersekolah.
Dia terus kata pada saya: “Abah, lepas ni kita cuba lagi pertandingan lain yea?”.
Melihat air matanya bergenang dan keyakinan dirinya bertambah cukup membuatkan saya terharu. Sebagai ayah, saya gembira membuatkannya gembira.
Saya jawab: “Mestilah! We have the power of father and daughter. Thats our superhero’s power”.
Moga Allah memeliharamu wahai permataku yang berkilauan dan menjadikanmu insan yang bermanfaat untuk agama, keluarga dan umat.
-Dr. Kamilin Jamilin-
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selalu kalau jalan-jalan kat mall, mesti akan tertarik dengan bau harum semerbak waffle kan? Dari anak sampai ke ibu ayah mesti akan tergoda juga dengan makanan sampingan kesukaan ramai ni!
Haa apa kata kita cuba buat sendiri pula, dah alang-alang ada resipi dari Nik Fatma Amirah ni. Tak ada la lepas ni berebut makan tak cukup anak beranak. Paling penting, boleh letak filling kesukaan kita dan tak perlu nak catu, letak je la ikut banyak mana kita nak! Hehe. jom cuba.
Ini first time buat waffle sendiri kt rumah. Biasanya kita beli kt kedai je kan. Rupanya mudah je!
RESIPI WAFFLE
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan Air
1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
1 Biji Telur
3 Sudu kecil gula
Sedikit garam
Cara-caranya :
Campur semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Nak mudah boleh blendkan. Pastikan tiada tepung yang berketul.
Sebelum masak, sapu planta atau minyak di permukaan maker (kalau xnak sapu pun ok), masak sekejap je kalau guna mini waffle maker ni sekitar 1 minit 40 saat je boleh siap.
Lepas dah siap boleh lah sapu macam-macam perisa ikut kesukaan. Peanut, planta, kaya, jem dan sebagainya.
Bukan sahaja anak-anak suka ni. Tapi mak-mak ayah-ayah pun suka. Makan time panas-panas. Fuh!
Boleh lah cuba utk keluarga. Mudah nak sediakan. 😍
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.