Boleh dikatakan penyaman udara atau aircond menjadi pilihan untuk digunakan terutama sekali waktu cuaca panas. Namun, jangan hanya pandai guna sahaja. Nak ia dalam keadaan baik dan sentiasa sejuk, penyaman udara mestilah diselenggara selalu.
Pada remote, terbaik pelbagai butang yang memiliki fungsi berbeza. Bagi butang Mode, kamu boleh memilih tiga jenis iaitu Fan Mode, Cool Mode dan Dry Mode.
Fan Mode
Sekiranya kamu tidak mahu menggunakan power cooling atau cool air, kamu boleh menggunakan mod fan ini. Fungsi butang ini adalah ia hanya menyalakan fan indoor tanpa menggunakan outdoor unit.
Dalam pada masa yang sama, mod ini akan menghasilkan udara yang tidak sesejuk seperti mod Cool. Dan ia juga dapat membantu menjimatkan penggunaan tenaga dan elektrik.
Cool Mode
Jika kamu melihat simbol salji, sebenarnya ia membawa maksud kepada Cool Mode. Paling popular dan ramai yang menggunakannya, fungsi mod ini membuatkan AC kamu menghasilkan udara yang sejuk dengan kadar yang segera setelah dibuka.
Dry Mode
Untuk tidak berasa keliru, Dry Mode ini sering menggunakan simbol seperti titisan air. Ketika kamu menggunakan mod ini, ia berfungsi untuk mengurangkan kelembapan di dalam bilik sambil masih menerima udara sejuk daripada AC.
Untuk anda yang ingin membersihkan sendiri penyaman udara, lakukan teknik ini.
Ads
• Selepas mengggunakannya di malam hari, JANGAN matikan terus, sebaliknya lakukan langkah berikut jika mahu bersihkan penyaman udara anda sendiri.
• Tetapkan mode daripada “Cool” ke mode “Fan”, tetapkan kelajuan kipas ke tahap paling tinggi.
• Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
• Kemudian barulah matikan aircond.
Mengapa tetapkan ke mode “Fan”?
Ads
• Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat. Dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.
• Ia akan mengeringkan kelembapan dalaman unit penghawa dingin anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran dan kelembapan)
Pesanan : Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
Sering berkongsi aktiviti bersama isteri dan anak-anak tirinya, tidak hairanlah jika keluarga kecil pelakon, Aidil Aziz bersama Fasha Sandha ini sering menjadi perhatian netizen. Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Azizjujur mengakui tidak menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan anak-anak tirinya.
“Sejujurnya saya memang menyukai kanak-kanak, saya mempunyai empat orang anak buah yang sangat rapat dengan saya. Dan apabila Allah kurniakan dua anak (Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma) saya berasa amat bersyukur. Walaupun masing-masing ada kerenahnya, tapi saya bersyukur kerana mereka berdua dapat menerima insan baru dalam kehidupan mereka.
“Putra Rayfal, anak yang pandai berdikari dan baik, selalu menjaga hati ibu dan ayah, Jemyma pula anak manja dan sedikit degil, tetapi selalu membuat kami tertawa dengan teletah mengada- ngada nya tu.
“Tiada spesifik tips sebenarnya, saya hanya menjadi diri saya sendiri. Saya ikhlas menyayangi Fasha dan kedua anak-anak saya ini. Saya tidak menganggap mereka sebagai anak tiri, malah saya menganggap mereka berdua adalah anak kandung saya.
Ditanya perasaan apabila bakal bergelar ayah, Aidil meluahkan rasa syukur dan tak sabar menantikan orang baru dalam rumah tangga mereka.
“Waktu Fasha beritahu berita ini, saya terus buat sujud syukur. Bersyukur kepada Allah kerana selepas beberapa kali keguguran akhirnya kehamilan ini berjaya dan sekarang dalam trimester ke dua (4 bulan lebih). Hari-hari saya membacakan doa di perut isteri saya, membaca empat Qul . Saya doakan agar kehamilan ini akan sihat sehingga melahirkan,” ujar pelakon drama Camelia ini lagi.
Biarpun sibuk dengan penggambaran, namun Aidil antara pelakon yang sentiasa menjaga penampilan diri.
“Saya tidak bersukan di gim, saya hanya akan bermain bolasepak dan cardio dua atau tiga kali seminggu bersama kawan-kawan saya. Saya juga mengamalkan pemakanan yang sihat.
“Isteri saya selalu membekalkan makanan buat saya dan memastikan saya makan banyak sayuran hijau. Untuk bidang seni, sehingga kini saya masih aktif dalam bidang lakonan, sekarang sibuk dengan pengambaran drama Arahan Shahrul Ezad untuk Astro sebanyak 30 episod.
Menyentuh soal mendidik anak-anak di rumah, Aidil mengakui agak tegas tetapi bergantung pada situasi.
“Saya lebih tegas dalam rumah tangga dan kami jarang ada perselihan faham kerana masa kami banyak terisi dengan penjagaan anak-anak, selalunya kami banyak berbincang dan memastikan tidak akan tidur dalam keadaan yang tidak gembira.
“Saya selalu akan pastikan ada ruang untuk kami berjemaah bersama-sama. Selain itu, kami juga selalu melawat kedua-dua belah keluarga. Dengan adanya silaturahim maka hubungan jadi rapat. Saya tidak sempurna tetapi saya selalu akan buat terbaik untuk memastikan isteri saya serta 3 anak saya (Rayfal, Jemyma termasuk dalam kandungan) gembira dan bahagia,” ungkap Aidil sebelum menutup perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seramai 65 pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya dijangkiti COVID-19. Perkara itu disahkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin dalam rakaman video di akaun Twitternya malam tadi.
Katanya, mereka sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, hari ini.
“Selepas mesyuarat lewat petang tadi, saya dimaklumkan terdapat kes positif COVID-19 di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.”
“Saya bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia terus ke sekolah berkenaan malam ini untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan di sana,” jelasnya.
Menurut perkongsian video yang dikongsikan malam tadi, Radzi telah hadir ke sekolah berkenaan bagi memantau situasi sebenar yang berlaku di sekolah berasrama penuh (SBP) tersebut.
“Kes covid berlaku di kalangan murid, asalnya daripada seorang guru dijangkiti Covid-19, dan saringan contact rapat guru tersebut didapati seorang cikgu lagi juga positif dan 6 orang murid didapati positif dan mereka berada di bawah pemantauan pihak sekolah.
“Apabila dilakukan contact rapat pada murid sekolah yang lain didapati 121 orang dan mereka telah dipotong gelangnya hari ini dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing”
“Dalam usaha mengurangkan jumlah murid berada di asrama, telah ada buat saringan dan didapati 65 orang murid adalah positif dan mereka telah di bawa ke MAEPS untuk pemantauan” jelasnya di dalam video tersebut.
Bahkan menurut ciapan yang dikeluarkan, Radzi juga memohon didoakan agar dipermudahkan urusan.
“65 orang pelajar tingakatan 1 dan 2 positif covid19. Ini merupakan kali pertama SBP kena kes sebanyak ini. Doakan dipermudahkan segala urusan. Akan update dari masa ke semasa,” demikian menurut ciapannya di twitter.
Pada 9 Oktober yang lepas, kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan mana-mana sekolah yang dikesan mempunyai kes Covid-19 perlu ditutup selama tujuh hari, tanpa menunggu alalisis risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM)
Institusi pendidikan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka mulaberoperasi pada 31 Oktober yang lalu.
Operasi institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu adalah berdasarkan peralihan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 18 Oktober yang lepas.
Bagi ibu-ibu yang suka memasak, memang akan memilih resipi yang menjimatkan masa serta digemari oleh sekeluarga. Bukan itu sahaja, bahannya, cara penyediaannya dan cara masaknya mesti nak yang senang kan. lagi-lagi bagi ibu yang bekerjaya.
Wow! Hanya guna 3 bahan ringkas sahaja, ibu-ibu dah boleh hasilkan puding biskut yang lembut dan sedap. Ramai yang dah cuba tau. Hampir 5 ribu perkongsian di Facebook. Ha..Jangan tak percaya.
Perkongsian viral oleh puan Rania Amira memang superb! Paling mengkagumkan, hanya guna blender dan siap! Mudah sangat kan. Boleh jadi menu express jika tekak nak ‘mengidam’ nak makan desert.
Siapa kata main masak-masak hanya untuk anak perempuan? Main masak-masak bersama adik beradik yang lain terutama untuk anak lelaki tidaklah menjadi hal yang besar bahkan ada banyak kelebihannya.