Rupanya Simbol Pada Remote Aircond Ni Boleh Jimatkan Elektrik, Ramai Yang Tak Tahu

Share

Boleh dikatakan penyaman udara atau aircond menjadi pilihan untuk digunakan terutama sekali waktu cuaca panas. Namun, jangan hanya pandai guna sahaja. Nak ia dalam keadaan baik dan sentiasa sejuk, penyaman udara mestilah diselenggara selalu.

Pada remote, terbaik pelbagai butang yang memiliki fungsi berbeza. Bagi butang Mode, kamu boleh memilih tiga jenis iaitu Fan Mode, Cool Mode dan Dry Mode.

Fan Mode
Sekiranya kamu tidak mahu menggunakan power cooling atau cool air, kamu boleh menggunakan mod fan ini. Fungsi butang ini adalah ia hanya menyalakan fan indoor tanpa menggunakan outdoor unit.

Dalam pada masa yang sama, mod ini akan menghasilkan udara yang tidak sesejuk seperti mod Cool. Dan ia juga dapat membantu menjimatkan penggunaan tenaga dan elektrik.

Cool Mode

Jika kamu melihat simbol salji, sebenarnya ia membawa maksud kepada Cool Mode. Paling popular dan ramai yang menggunakannya, fungsi mod ini membuatkan AC kamu menghasilkan udara yang sejuk dengan kadar yang segera setelah dibuka.

Dry Mode

Untuk tidak berasa keliru, Dry Mode ini sering menggunakan simbol seperti titisan air. Ketika kamu menggunakan mod ini, ia berfungsi untuk mengurangkan kelembapan di dalam bilik sambil masih menerima udara sejuk daripada AC.

Untuk anda yang ingin membersihkan sendiri penyaman udara, lakukan teknik ini.

Selepas mengggunakannya di malam hari, JANGAN matikan terus, sebaliknya lakukan langkah berikut jika mahu bersihkan penyaman udara anda sendiri.

•    Tetapkan mode daripada “Cool” ke mode “Fan”, tetapkan kelajuan kipas ke tahap paling tinggi.

•    Biarkan ia berjalan selama 15 minit.

•    Kemudian barulah matikan aircond.

Mengapa tetapkan ke mode “Fan”?

•    Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat. Dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.

•    Ia akan mengeringkan kelembapan dalaman unit penghawa dingin anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran  dan kelembapan)

Pesanan : Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.

 

 

IKLAN