CPR atau “cardiopulmonary resuscitation” adalah gabungan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada. Tahukah anda bahawa wajah asal manikin CPR adalah seorang gadis. Bagi yang pernah mengikuti latihan pertolongan cemas CPR ini sudah tentu kerap menggunakan wajah patung ini.

Nak tahu lanjut mengenai misteri milik wajah patung ini, ikuti coretan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan untuk infomasi lanjut.

Sudah Lebih 100 Tahun Mati, Tapi Sehingga Kini, Gadis Ini Masih Cuba Diselamatkan

Sekitar tahun 1880, seorang gadis ditemui lemas di Sungai Seine, sebuah sungai yang merentasi kota Paris. Bagi tujuan pengecaman, mayat gadis ini dipamerkan di sebuah rumah mayat, dengan harapan ada orang awan yang boleh mengecam mayat tersebut. Malangnya, tiada siapa tampil untuk mengenal pasti identiti gadis berkenaan

Rupanya Wajah Asal Manikin CPR Seorang Gadis, Sudah Berusia 100 Tahun! Coretan Doktor Ini, Raih Perhatian.

 

 

Kisah gadis yang disyaki membunuh diri ini tidak berakhir di situ.

Gadis misteri ini, meskipun mati lemas, wajahnya yang tersenyum damai, seakan-akan wajah seseorang yang sedang lena diulit mimpi indah telah menawan hati orang ramai. Lantaran itu, acuan plaster wajah wanita rupawan ini telah dibuat.

Menjelang awal abad ke-20, arca patung berdasarkan muka gadis yang mempersonakan ini telah menghiasi ruang-ruang galeri seni terkemuka di kota Paris, bahkan menjadi ia menjadi satu fenomena di kota-kota eropah yang lain.

Wajah gadis misteri yang berjaya memukau warga eropah ini, telah diberi nama Inconnue de la Seine. Ada juga yang memberi jolokan “Mona Lisa Lemas”, mungkin kerana aura senyumannya setanding senyuman Mona Lisa — lukisan artis Renaissance; Leonardo da Vinci.

Inconnue juga tidak terlepas daripada menjadi subjek sastera; sajak, gurindam, novel, dan sebagainya. Karya-karya ini menyentuh tentang keanggunan, asal usul dan kisah disebalik kematiannya.

IKLAN

Setelah menghantui di tamadun seni Eropah selama 50 tahun, enigma gadis misteri ini telah menyelinap ke lapangan yang lebih luas.

Pada tahun 1955, seorang usahawan boneka patung yang terkenal di Norway, Asmund Laerdal telah menjumpai anaknya terapung tak bernyawa di dalam air. Namun, pantang maut sebelum ajal. Walaupun ketika itu teknik resusitasi kardipulmonari(CPR) belum wujud, anaknya itu berjaya diselamatkan.

Hanya 3 tahun selepas itu, seorang doktor Hungary, Dr. Peter Safar, menformulasi teknik CPR. Dr. Safar memerlukan patung yang direka khas bagi tujuan latihan dan penyebaran teknik ini, maka melalui seorang rakan, beliau telah diperkenalkan kepada Laerdal.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Laerdal yang masih terkesan dengan tragedi yang menimpa anaknya, bersetuju bekerjasama dengan Dr. Safar.

Rupanya Wajah Asal Manikin CPR Seorang Gadis, Sudah Berusia 100 Tahun! Coretan Doktor Ini, Raih Perhatian.

Dr. Safar dan Laerdal sangat teliti dalam aspek teknikal patung ini. Ia mempunyai salur pernafasan mirip manusia, lengkap dengan lidah dan dada yang boleh menganjal jika diberi tekanan. Selain itu, Laerdal juga memberi tumpuan kepada nilai estetika patung ini.

Baginya, wajah patung ini perlu realistik tetapi tidak terlalu mengerikan. Memandangkan patung itu perlu “dicium” oleh pelatih CPR, Laerdal berpendapat wajah wanita adalah lebih sesuai digunakan. Agak-agak beliau pilih wajah siapa?

IKLAN

Ya! Wajah Inconnue de la Seine!

Sedikit perubahan pada wajah Inconnue perlu dilakukan agar boleh digunakan pada patung resusitasi ini kerana patung tersebut memerlukan mulut yang terbuka. Jadi senyuman manis Inconnue terpaksa dikorbankan. Selain daripada itu, semua ciri Inconnue dikekalkan.

Pada tahun 1960, seiring dengan pengenalan teknik CPR kepada umum, patung resusitasi ini turut diperkenalkan. Kursus-kursus CPR mula diajar kepada petugas kesihatan, bomba, polis, tentera, malah di syarikat-syarikat dan sekolah-sekolah, termasuk kolej dan universiti.

Resusci Anne.

Itulah nama timangan yang diberi untuk patung latihan CPR ini. Ada mengatakan nama “Anne” berasal dari kependekkan “mannequin”, dan ada pula mendakwa ia diambil sempena nama Sungai Siene di mana mayat Inconnue dijumpai. Kini, dianggarkan seramai 400 juta orang pernah dilatih menggunakan patung Resusci Anne, dan salah seorang daripadanya adalah selebriti terkenal, Michael Jackson.

“Annie, are you OK? Are you OK, Annie?”

Serius. Menurut dokumentari “Bad 25” yang berkisar tentang album pembikinan album Bad, lirik korus lagu “Smooth Criminal” yang dinyanyikan oleh Raja Pop ini, merujuk kepada salah satu frasa yang diajar ketika latihan CPR.

IKLAN

Namun begitu, di Malaysia kita tak diajar frasa tersebut semasa kursus latihan CPR. Di sini kalau kita panggil Anne, nanti pelayan di kedai mamak yang menyahut. Kahkahkah!

Apapun, teknik asas kemahiran CPR perlu dipelajari setiap lapisan masyarakat. Jika berhadapan dengan situasi dimana jantung atau pernafasan terhenti, prosedur ini boleh menyelamatkan nyawa!

Rujukan:

1) Laerdal : http://www.laerdal.com/ca/doc/367/History

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Rupanya Wajah Asal Manikin CPR Seorang Gadis, Sudah Berusia 100 Tahun! Coretan Doktor Ini, Raih Perhatian.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI