Setelah lebih setahun status rumah tangga antara pelawak dan pengacara, Shuk Sahar & passangannya, Rossa Sera menjadi tanda tanya, akhirnya semua terjawab apabila Shuk mendedahkan mereka akhirnya membuat keputusan untuk bercerai baru-baru ini.
Menurut laporan mStar, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar telah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.
Difahamkan, pasangan tersebut telah sebulat suara membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan mengikut haluan masing-masing dan persetujuan itu dilakukan selepas balik mengerjakan ibadah umrah awal tahun lalu.
“Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu.
“Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” katanya.
Walaupun sudah berpisah, namun pelawak yang berusia 37 tahun itu mahu terus menjaga hubungannya bersama anak-anak memandangkan mereka tinggal bersama ibunya di Sabah.
IKLAN
Bagaimanapun, perpisahan yang berlaku menjadikan teladan buat Shuk untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Sekarang ini saya hanya fokus kepada anak-anak sahaja. Mereka (anak-anak) tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab anak yang sulung sudah mula sekolah darjah satu.
IKLAN
“Apa yang berlaku ini menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri.
“Semoga saya akan menjadi orang yang lebih di masa akan datang,” jelasnya lagi.
Pada November 2021, Sera memaklumkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk dan akan menerima keputusan mahkamah selepas pulang mengerjakan umrah.
IKLAN
Sekadar info, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Wurratu Ain, 6, dan Nur Assyifatu Aimi, 3.
Sumber: mStar (Farol Hadi)
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
kalau berkahwin dengan anggota tentera, mesti akan ada yang bersuara tentang si isteri akan ditinggalkan oleh suami untuk pergi bekerja berkhidmat untuk negara. Mungkin bagi kita yang tak merasai akan rasa biasa, tetapi tidak bagi mereka yang melaluinya.
Oleh itu, pengacara Dayah Bakar yang juga merupakan isteri kepada pegawai tentera, Kapten Muhammad Hanif meminta orang ramai hentikan stereotaip itu dihentikan dan tampil menyuarakan pandangannya itu selepas menonton filem pecah panggung yang menceritakan tentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Air Force: Selagi Bernyawa, baru-baru ini.
Bagi Dayah atau nama sebenarnya, Nur Hidayah Abu Bakar, 33, berkata filem itu sangat meninggalkan kesan buat dirinya malah lebih bertambah perasaan hormat dan bangga dengan pasukan keselamatan yang sentiasa berjuang untuk negara.
“Saya percaya hanya orang terpilih yang boleh jadi seorang tentera. la bukan satu pekerjaan, ia adalah satu amanah dan tanggungjawab. Yang dikorbankan bukan sahaja masa atau tenaga, malah nyawa yang menjadi taruhan. Keluarga ditinggalkan demi bersiap siaga di barisan hadapan.
“Maka, hentikan kata-kata ‘berkahwin dengan tentera, kesian selalu kene tinggal”. Mungkin mereka tidak mengerti, ini adalah takdir serta pilihan jiwa yang kuat, perjuangan cinta dan pengorbanan.
“Para pejuang negara yang telah pergi dan sedang bertugas, ikhlas berjuang, siang dan malam untuk kita sama-sama dapat dapat merasakan keamanan dan tidur yang lena. Ini bukan percuma teman-teman,” tulisnya dalam ruangan kapsyen dalam perkongsiannya di laman Instagram.
lbu kepada seorang cahaya mata itu juga turut memuji filem Air Force The Movie yang disifatkannya cukup ‘rencah sehingga membuatkan air matanya mengalir saat menyaksikan naskhah hebat itu.
“Sepanjang saya tonton, saya sangat fokus dan saya rasa tak duduk diam untuk tahu apa scene seterusnya. Little that I know, saya boleh rasa sebak, mata berkaca, rasa terharu, rasa sedih, rasa bangga. Senang cerita, saya menangis la.
“Ini bukannya perasaan masa ending tau, ini perasaan banyak kali in between the film. Keseluruhannya, sangat memuaskan. Mantap!
“Filem ini meninggalkan kesan, rasa hormat yang luar biasa buat semua pejuang negara, itu kuncinya!” puji Dayah.
Memenuhkan stok seminggu atau sebulan dengan barangan basah memang buat kita rasa puas hati. Memudahkan kerja dan tak payahlah berkali-kali kita ke kedai atau pasar membeli ikan dan ayam lagi. Jimat masa kita.
Pun begitu, bila membeli stok yang banyak, pengendalian barangan ini kenalah tepat dan bijak. Kalau tidak, barangan ini tidak dapat bertahan lama dan tidak sedap pula rasanya. Bagaimana menyimpan stok ini dengan tepat dan bagaimana pula cara bijak nak menyimpannya di dalam peti ais kita?
Ibu-ibu mungkin boleh menjadikan wanita bernama Naeamah Balqis ini sebagai inspirasi dalam cara menyimpan stok. Cara yang dikongsikan olehnya memang tip top. Nak susun kemas dan bezakan setiap satu, yang mana tahan lama, kekal segar dan sebagainya juga kena ada ilmunya. Usaha nak menyimpan juga kena lebih. Paling penting perlukan sedikit tumpuan masa. Memang hebat wanita ni.
Jom ikut cara yang dikongsikannya.
Alhamdulillah…ni stok lauk keluarga untuk bulan Februari lak. Bajet untuk 3 minggu, agak-agak sehingga gaji la, tapi gaji bulan 3 dah dapat awal minggu ni. Lauk untuk bulan 3 kita shooping ujung bulan nanti, buat macam biasa lah.
Masak setiap hari …bawak bekal ke pejabat dan masak untuk anak sekali. Balik kerja masak lagi untuk makan malam, buat macam ni mudahkan kerja kita, macam biasa kalau malas boleh ambil kuali ketuk atas kepala.
Okeyy…nak masak amik je yang mana berkenan di hati.
Stok sayur / bahan masak
Lauk beli kat pasaraya cs…Letakkan dlm bekas untuk sekali masak.
Ikan tongkol…
Basuh bersih-bersih. Masukkan air dalam bekas, ikan tongkol tak letak sebab dalam dilema lagi masa ni, nak simpan atau nak rebus.
Masukkan air..aras lauk.
Masukkan air..tutup …simpan terus kat tempat beku.
Lauk beli kat pasar malam, ayam dan daging. Ayam asingkan untuk sekali makan, letak air. Daging jangan letak air, simpan gitu jer, jangan basuh.
Lauk beli kat pasar borong.
Udang dan ikan letak air, tulang jangan letak air. Ikan dah siang cuci bersih dah tu…
Tulang lembu
udang galah
Stok sayur
Simpan dalam bekas dan letak tisu kat bawah. Lengkuas, halia, serai…letak air biar tenggelam.
Bila cuti sekolah, sudah tentu anak-anak pun ‘cuti’ sekali daripada memegang buku dan membuat homework. Malah dengan gelagat anak-anak ini, ada ibu-ibu menjadi ‘harimau’ setiap hari mengaum apabila ada anak-anak buat perangai dan ada juga asyik berkepit dengan tablet. Risau kan!.
Bagi ibu-ibu yang bercuti habiskan cuti tahunan atau suri rumahtangga, usah pening kepala, masih ada masa lagi untuk handle anak-anak secara SIHAT ketika cuti sekolah ni.
Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak Ini , Noor Hayati Abdul Hamid berkongsi ilmu bagaimana untuk mengendalikan anak-anak. Beliau juga merupakan Founder Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak Naluri Kreatif ( FB Naluri Kreatif) dan Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd. Sugguh ilmu perkongsian ini. Boleh diprakstikan ketika cuti sekolah ni. Jom cuba cara ini!
Mengurus anak-anak kena ada strategi Strategi pengurusan banyak membantu ibubapa have a ‘smooth sailing time’ dengan anak-anak. Banyak boleh kurangkan kejutan dari anak-anak terjatuh, anak tertumpah air, anak tak nak tidur, mandi tak nak kluar, berebut mainan, iri hati sikit ngan adik, sedih menyendiri, buat kerja tak nak berhenti, nak basuh pinggan, nak makan sendiri dan berselerak, the list goes on and on.
Bagaimana nak meghadapinya? . 1. Kita bangun awal
Mak ayah bangun lebih awal daripada anak-anak, makan dulu sebelum anak bangun. Minuman istimewa untuk mak dan yang istimewa untuk ayah. Bila anak bangun nanti makan lagi.
2. Aktiviti telah siap difikirkan
Dah ada plan dah hari tu nak buat apa nak anak-anak buat kerja dalam rumah, nak tolong mak masak, nak tolong mak kemas bilik, nak buat gardening, nak gi jogging, dan lain-lain. Mindset dah ada, persiapan dah dibuat utk libatkan anak dalam aktiviti itu
3. Persiapan sebelum rancangan
Kalau urusan memasak, bawang-bawang merah putih, halia, siap-siap dah dipotong pada hari minggu, simpan dalam peti. Urusan masak kalau mak bekerja, masak pada hari minggu, suami jaga anak kejap sambil mamanya masak 2-3 jenis masakan lauk utama dan freeze dalam peti ais. Guna container kedap udara, Biodegradable seperti tupperware dan yang seangkatannya. Belajar cara nak freeze makanan dengan sihat. Kalau masak sendiri, ianya lebih sehat, lebih jimat pun ya juga.
4. Ajak anak tidur awal
Ajak anak tidur awal, sebab esok ada nak naik MRT contohnya atau nak ke swimming pool. Tarik perhatian anak kepada aktivit yang digemarinya. Anak yang sihat, cukup tidur akan lebih ceria dan lebih senang diuruskan berbanding dengan nak yg keletihan. . 5. Bahan telah siap disediakan
Pastikan bahan-bahan yang hendak digunakan dalam aktiviti bersama anak disediakan lebih awal. Kalau gardening, ada sarung tangan, pengorek tanah saiz kanak-kanak, penyapu, bekas tong sampah . 6. Ibu bapa ceria sambut anak bangun tidur
Sambut anak dengan muka ceria pagi-pagi seolah-olahnya kita sedang menunggu dia bangun. Suara yang mendamaikan. Anak-anak dapat mesej mak/ayahnya sayang dan akan lebih senang mendengar kata kita. . 7. Urusan anak di restoran
Kalau di restoran, anak yang kecil letakkan sebelah ibu, adik beradik yang pantang duduk dekat sebab bergaduh, dijarakkan. Borak-borak dengan mereka untuk tarik perhatian kepada suasana, persekitaran restoran, teka teki yg sesuai, bincang pasal menu, nama masakan, nama ikan, jenis minuman, sayur-sayuranan yang ada sebagai contoh. Air minuman diletakkn dihadapan pinggan anak dan bukan sebelah kanan pinggan anak-anak sebab kebarangkalian terkena siku anak amat tinggi. . 8. Keselamatan sepanjang masa
Pastikan keselamatan anak sentiasa diutamakan. Kalau ajak anak naik tangga, pastikan mak/ayah ada disamping. Kalau ajar anak guna gunting, garpu, pastikan keselamatannya. Anak kecil suka mencuba dan agak kuat keinginannya membuat sesuatu yang mereka belum mahir ibu dan ayahnya akan bantu memahirkannya bukan membantutkannya terus. . 9. Ikut rutin harian, sediakan sebelum diminta
Sediakan permainan, minuman, atau makanan kegemaran anak sebelum diminta. Kalau anak minta sesuatu, cuba cepat-cepat kita penuhi, jangan sampai anak dah hilang sabar baru nak dipenuhi permintaannya. Contoh anak nak minum susu. Perhatikan waktu makan minumnya, waktu penatnya. Sudah tentu dalam waktu-wakti begini adalah lebih sukar. So prevention is better than cure . . 10. Seimbang aktiviti aktif dan pasif
Adakan waktu santai bersama yang seimbang yang aktif dan yang pasif. Jogging bersama adalah contoh aktiviti aktif, baca buku bersama dan mak ayah becerita dan berbincang-bincang adalah jenis pasif. . Semoga jiwa perasaan anak serta intelek dan fisikalnya terbelai, di jana dapat tumbuh selari sepadu alam ertikata mengenal kehidupan sebenarnya.
SELAMAT MENCUBA!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semalam (26/4) merupakan episod linangan air mata. Para pelakon membawa dalam mood kesedihan membuatkan para penonton meruntun jiwa.
Episod yang memaparkan kekecewaan pemergian ‘Sya’ lakonan...