Usahawan, Tya Arifin dalam satu perkongsian melakukan ‘house tour’ di kediaman banglo mewah miliknya dan suami, Asyraf Khalid.
Ini berikutan ramai yang meminta pasangan ini berbuat demikian, hanya baru-baru ini mereka akur dengan permintaan tersebut.
Perkongsian tersebut dimuatnaik sendiri menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi saluran Youtube, The Tya’s Family.
Video yang berdurasi lebih 20 minit itu memaparkan setiap sudut serta hiasan dalaman banglo mewah yang memiliki 7 bilik itu.
Menurut Asyraf, segala idea untuk mendekorasi serta pemilihan perabot diserahkan sepenuhnya kepada isteri kesayangannya, Tya Arifin.
“Bila kami mula masuk di rumah ini, segalanya sudah pun cantik tersedia. Kami hanya tinggal untuk membawa masuk perabut sahaja,” katanya.
Menariknya, kediaman tersebut turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti bilik pawagam, gelanggang bola keranjang dan tenis serta pejabat.
Selain itu, terdapat juga, ruang tamu yang dikhaskan kepada ahli keluarga dan tetamu yang datang berkunjung ke situ.
Dalam perkongsian tersebut juga, Tya turut menitipkan nasihat buat para pengikutnya untuk tidak sesekali berhenti bermimpi untuk mengejar impian yang dihajatkan.
“Jangan pernah berhenti berimpian. Impian merupakan tanggungjawab yang untuk dijadikan kenyataan. Oleh itu, kita kena berusaha sekuat tenaga demi merialisasikannya.
“Kepada yang menonton, semoga kita semua dimurahkan rezeki. Saya doakan semoga segala urusan, perniagaan atau apa sahaja yang anda lakukan akan dipermudahkan,” kongsinya.
Untuk rekod,Tya dan Asyraf telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 November 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
Umum sudah mengetahui bahawa datuk kepada penyanyi Alif Satar yang kini berusia 91 tahun turut disahkan positif Covid-19, Sabtu lalu. Hari ini khabar digembira daripada perkongsian Alif menerusi hantaran di Instagram datuknya, Mohamad Che Noh kini sembuh setelah dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Syukur Pak Wan dah pulang!
That’s my Pak wan, 91 year old Covid-19 survivor in the car on his way home! ALLAH IS GREAT. ALLAH IS GREAT. ALLAH IS GREAT. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan haritu, semoga Allah swt membalas jasa baik anda semua!! p/s Alif masih di Melaka.
Ramai artis mendoakan Pak Wan
Rindu keluarga
Dalam pada itu, menerusi hantaran terbarunya diinstagram, Alif mula meluahkan merindunya keluarganya termasuk isteri. Untuk makluman, penyanyi ini menjalani rawatan dan proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka.
Homesick.. i miss my queen @shadilahalid
Bagaimana pun, isteri Alif dan anak-anaknya kini turut kuarantin di rumah. Namun mujur sejak ketiadaanya, jiran tetangga banyak membantu menghulurkan bantuan. Alif melahirkan rasa syukur melihat sikap prihatin masyarakat setempat di kediamannya.
Prihatin
Ni dia.. contoh #KitaJagaKita . Alhamdulillah Komuniti jiran tetangga Alif sangat supportive, memahami dan membantu dalam kesusahan.. Alif sangat terharu. Neighbours alif tau tentang situasi keluarga alif sekarang dengan isteri dan anak-anak alif perlu kuarantin diorang semua offer bantuan, nak tolong buang sampah lah.. tolong hantar makanan lah ini baru betul #KitaJagaKita. THANK YOU MD COMMUNITY, YOU KNOW WHO YOU ARE Faith in humanity restored.. p/s Harini rezeki @shadilahalid dengan anak-anak mom dad bought groceries for them and ada hamba Allah nama En Aziz dan Arsyad buat Nanas masak lemak dan our neighbour Jasmine tinggalkan depan pintu.
Semoga Alif cepat sembuh dan dapat pulang ke pangkuan keluarga
Siapa je yang tidak mengenali bekas pengacara dan pelakon, Wardina Safiyyah yang dahulunya terkenal dalam sitkom Spanar Jaya.
Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot itu kini bergelar psikologis bertauliah dan menetap di Brisbane selepas beliau berhijrah ke Australia pada 2014.
Dalam perkembangan terbaru, pelakon yang memegang watak Misha dalam Spanar Jaya itu telahpun menerima kehadiran menantu.
Tidak selalu mendedahkan kisah peribadi di laman sosial, Wardina mendoakan kesejahteraan buat anak, Amna Nafeesa dan menantu.
“Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH. Seperti yang anda semua tahu, saya menghargai kehidupan peribadi dan suka menyimpannya.
“Bagaimanapun, saya ingin berkongsi berita gembira dan memohon semua mendoakan Amna dan anak (menantu) Yusuf yang tersayang.
“Semoga ALLAH merahmati penyatuan mereka dan melindungi. Saya benar-benar bersyukur kepada ALLAH atas segala kurniaan-NYA,” kongsi Wardina yang memuat naik foto Amna pada majlis akad nikah.
Wanita kacukan Australia dan Melayu itu menzahirkan kesyukuran menerima kehadiran menantu.
“Alhamdulillah. Semoga ALLAH merahmati dan melindungi mereka berdua.
“Masya-ALLAH tabarakallah, kami bersyukur ke hadrat ALLAH SWT dan bertawakal atas segalanya dan kurniaan-NYA.
“Hati saya tenang dan tenteram, Alhamdulillah.
“Dikurniakan keluarga besan yang baik, menantu, keluarga, kawan dan masyarakat sekeliling.
“Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kita. antara ayat-ayat kegemaran saya dalam Al-Quran ialah – “Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu, sama ada kamu menyembunyikannya atau memberitahunya (kepada orang lain).”
“Ayat-ayat ini menjadi peringatan setiap kali saya membacanya.
“Alhamdullillah sesungguhnya segala nikmat dan kebaikan adalah daripada ALLAH.
“Keluarga, ahli baru dan rakan-rakan, apa lagi yang boleh saya katakan. Semoga ALLAH mengurniakan lebih daripada apa yang kita diberikan,” titip Wardina.
Memasuki fasa baru sebagai ibu mentua, wanita berusia 44 tahun itu menzahirkan doa buat permata hati sulung, Amna Nafeesa dan menantu.
“My darling Amna. Anakku Yusuf yang tersayang, kamu telah membawa banyak barakah ke dalam hidup kami dan orang-orang di sekeliling. Semoga ALLAH terus merahmati kamu dan keluarga.
“Jaga dan sayangi amna, dia kini di tangan dan dalam penjagaanmu. semoga allah mengurniakan kalian berdua kehidupan yang indah dengan sakinah, mawaddah dan rahmah,” titip Wardina.
Nekad berhijab di kemuncak populariti, penghijrahan Wardina pelopor kepada wanita bertudung untuk terus aktif dalam bidang seni.
Wardina berkahwin dengan arkitek, Ikhwan Johari pada September 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.
Selain memiliki kelulusan dalam bidang psikologi, bekas peserta Dewi Remaja 1997/98 ini juga menggenggam ijazah dalam bidang hiasan dalaman daripada Centre for Advance Design (CENFAD) Kuala Lumpur.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.