Di dalam sesebuah rumah tangga kena saling bekerjasama dan memahami antara satu sama lain.

Usah jadikan masa dan kesibukan kerja sebagai penghalang untuk anda suami isteri berkomunikasi. Kurang berkomunikasi boleh mengundang pelbagai masalah. Ambil masa sejenak duduk bersama pasangan anda.

Pinjamkan bahu dan telinga anda buat seketika, dengarkan celoteh biarpun  hal yang remeh temeh sudah mampu membuatkan pasangan anda tersenyum bahagia.

Jom baca perkongsian dari Ruqayyah Farhani. Ringkas namun sangat bermanfaat untuk suami isteri.

Sebelum Tidur Waktu Terbaik Untuk Bersembang. Supaya Suami Atau Isteri  Sedang Mengalami Depression Pun Kita Perasan.

Sebelum tidur ialah waktu yang terbaik untuk suami dan isteri bersembang bertanya khabar dan perihal diri. Apa yang terjadi pada hari tersebut, ada masalah atau tidak, ada yang nak diluahkan apa-apa, waktu ini adalah yang terbaik.

Bila seharian pasangan berjauhan samada keduanya bekerja ataupun suami sahaja yang bekerja, pasti banyak benda yang ingin diceritakan. Bukan sembang beria-ria pun, kadang-kadang itulah ‘quality time’ antara pasangan selepas seharian berpisah. Isteri lega ada tempat untuk luahkan, dan suami pula gembira apabila isteri bertanya perihal kerja ataupun perihal lain yang berkaitan.

IKLAN

Bagi saya dan suami, setiap malam sebelum tidur ialah waktu yang terbaik untuk kami bersembang. Bila anak sudah tidur, yang ada hanyalah kami berdua.

“Abang, jom sembang?”

Kadang-kadang tiada topik yang serius pun untuk bersembang, cukup sekadar kita tahu apa yang jadi di office, ada masalah kerja ke, macam mana keadaan diri okay ke tidak, tadi makan apa, ada jumpa berita-berita menarik ke. Kita berkongsi cerita apa yang terjadi pada hari itu.

Bagi isteri pula, dia pasti ingin meluahkan apa-apa, dia ingin didengari, ingin berkongsi apa yang ada di hati. Jika dia suri rumah, dia pasti ingin bercerita apa yang terjadi sepanjang menguruskan anak, dan membuat kerja-kerja rumah.

Waktu inilah yang terbaik untuk kita bercerita, isteri akan membuka mulut apabila kita mengorek dan bertanya betul-betul tentang keadaan dirinya, stress ke, perasaan okay ke tidak. Tanya betul-betul supaya kita tahu keadaan pasangan kita. Bagi isteri yang bekerja pula, pasti juga ada yang ingin dikongsikan bersama suami.

IKLAN

Contoh bila isteri luahkan, “Hari ini penat sangat jaga anak, nak buat kerja rumah lepastu anak ini menangis. Sepahkan itu ini, tak sempat nak makan atau sebagainya”.

Percayalah, ketika itu yang isteri mahukan adalah kata-kata penghargaan, “Terima kasih jaga anak-anak kita”, Bagitau kita sayang dia dan perlukan dia. Isteri akan merasa saaaaangat lega dan gembira. Biarpun ucapan yang sama disebut berhari-hari oleh suaminya. Perasaannya terasa dihargai dan difahami.

Sebelum Tidur Waktu Terbaik Untuk Bersembang. Supaya Suami Atau Isteri  Sedang Mengalami Depression Pun Kita Perasan.

Dan ketika itu isteri akan merasakan bahawa hari esok adalah hari yang dinanti-nantikan untuk meneruskan rutin dan merasa bersemangat, kerana perkara terakhir yang dia dengari sebelum melelapkan matanya adalah kata-kata penghargaan dan sokongan dari suami.

IKLAN

Jika ada habit yang sukar diubah, seperti setiap malam sebelum tidur, mesti suami dan isteri akan mengadap telefon sampai dah betul-betul nak tidur dah, lepas tu wish “goodnight bye-bye”, kemudian terus lelapkan mata. Maka sangatlah rugi masa tadi tidak diisi dengan bersembang ‘quality time’ antara pasangan. Masing-masing senyap dan diam menghadap telefon bimbit, sibuk scroll sehingga kita tidak lagi bercakap dan bertanya khabar pasangan yang ada di sebelah kita.

Yang depan mata, tidak ditanya. Sibuk nak ambil tahu yang jauh. (Scroll instagram & fb, twitter).

Amatlah rugi

Semoga kita saling mengenali pasangan kita. Kenal yang betul-betul kenal, supaya suami atau isteri yang sedang mengalami depression pun kita perasan.

Selamat bersembang!

Ruqayyah Farhani.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI