Menurunkan berat badan secara alami mungkin mengambil masa tetapi hasilnya cukup menakjubkan dan yang penting selamat dari sebarang implikasi.
Bagi ibu-ibu yang nak singkirkan lemak-lemak dalam badan yang cukup degil, apa kata cuba resipi detox yang dikongsikan oleh Zamira Mohammad Ali.
Selain membuang lemak, kaedah ini juga membantu untuk anda yang mempunyai masalah pencernaan selain mendapatkan kulit yang glowing supaya awet muda.
Caranya cukup ringkas, dan bahannya juga mudah didapati. Malah, resipi ini juga sesuai bagi ibu-ibu yang tengah hamil sebagai suplemen tambahan.
Jom baca ini, semoga bermanfaat untuk semua.
Nak rasa kenyang berpanjangan? ~ Nak pelawasan lancar ibarat makan 10 biji betik? ~ Nak kulit glowing mowing berkaca macam makan 10 biji oren sehari? ~ Nak sentiasa muda jelita walaupun dah 4/5 series tanpa botox? ~ Nak gigi cantik dan tulang kuat macam kanak – kanak ribena? ~ Nak miliki rambut beralun bersinar boleh libas – libas macam model? ~ Nak kurus baju saiz S?
Boleh cuba resepi ni. Murah je kosnya. Jadikan menu sarapan pun hokkay.
Kak Migha amalkan sebagai suplemen tambahan untuk preggy mommy.
Ads
Bahan-bahan
Chia Seed
Kurma
Cara membuat:
Resepi ni buat malam tau. Sebelum tidur. Lepas tu letak dalam fridge. Ala – ala detox jugakla.
Ads
Chia Seed ni boleh beli di Cosway. Kat tesco pun ada rasanya. Kak Migha selalu beli kat Cosway ja. Kurma boleh guna hat yusof taiyoob dalam kotak tu. Tapi jangan banyak tau. Muak nak ngabihkan. Letak dalam 3 biji pun dah cukup mengenyangkan. Tapi feveret Kak Migha kurma ajwa. Letak 7 biji. Sedaaappp. Yummy.
Air kosong dalam 250 ml. Antara bahan wajib ada di dalam resipi ini.
Ads
Siat-siatkan kurma tu jadi keping kecik kecik. Masukkan dalam air. Rendam sekali dengan biji kurma tu. Jangan buang pula.
Masukkan Chia Seed dalam anggaran 10gram. Saya sukat pakai pencedok susu tu. Boleh ngam la 10gram.
Kacau bagi rata chia seed tu. Supaya tak bergentel. Nak senang tutup je tupperware tu dan goncang bagi dia berenang-renang secara solo. Ok dah siap. Simpan dalam fridge.
Sedia untuk sarapan dan muda jelita.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasangan ini sering mengundang tawa ramai setiap kali mereka memuat naik video di media sosial. Ada sahaja gelagat lucu Ain Edruce dan suaminya Amirul yang sangat kelakar dan ‘masuk air’ ini kan.
Walaupun sebelum ini Amirul dilihat sebagai seorang yang malu-malu tetapi jangan tak tahu, dia pun rupa-rupanya sama kelakarnya seperti Ain Edruce.
Terbaru, dalam perkongsian di laman instagram, Ain Edruse memuat naik video kononnya sedang menemu ramah suaminya itu.
Di dalam temu ramah itu, Ain Edruce bertanyakan sama ada benar tekaan warganet yang suaminya sebelum ini pernah bercita-cita untuk menjadi pereka fesyen.
Tetapi Amirul menyangkal dakwaan itu dan sebaliknya memberikan jawapan yang membuatkan ramai terhibur.
Amirul memberitahu dia mempunyai tiga cita-cita iaitu mahu menjadi pembuang sampah di depan rumah, mengutip setiap parcel yang dibeli oleh isterinya dan mengeringkan baju di dalam dryer yang mana Ain sering terlupa berbuat demikian.
Menanam pokok jenis berbuah kalau sudah bertahun-tahun lamanya namun masih lagi tidak lagi mengeluarkan hasilnya, memang boleh buat kita rasa kecewa dibuatnya. Jadi untuk itu, apa kata anda usahakan untuk membuat baja sendiri sebagai agen penggalak buah dengan menggunakan tiga jenis buah yang mudah didapati.
Ini sebagaimana menurut perkongsian daripada saudara Izham Alias daripada Kebun Bandar berkongsi video cara pembuatan baja buah yang boleh anda hasilkan.
Bahan-bahan:
400gm betik
300gm pisang
300 gm labu
Gula merah
Formula yang digunakan untuk menentukan sukatan gula merah adalah nisbah 1:1. Contohnya jumlah keseluruhan buah yang digunakan 1kg makan gula merah juga hendalah 1 kg.
Cara membuatnya:-
1.Potong kecil kesemua buah berserta dengan kulitnya sekali. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
2. Kemudian masukkan gula merah dan gaul sebati.
3. Tutup bekas dengan surat khabar dan perap selama seminggu.
4. Setelah itu, siaplah baja buah dan bolehlah digunakan. Caranya tapis dan masukkan cecair tersebut ke dalam bekas. Bila hendak guna ambil cecair tersebut 1 ml di campur dengan 1 liter air.
Ekstra tips : Ketika bekas ditutup dengan surat khabar pastikan jangan tutup ketat untuk pastikan proses peraman berjalan dengan sempurna.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Dengan hanya menggunakan bahan terpakai, masalah rumput dan lalang panjang boleh diatasi. Yang paling penting ia selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar.
Ini merupakan perkongsian berguna oleh seorang pengguna Facebook, saudara Akmal Al Yahya cara mengawal rumput dan lalang di Kebun Lokal.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua. Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut berkenaan Cara saya mengawal rumput dan lalang di Kebun Lokal. Izinkan saya memperkenalkan diri saya. Saya mesra dipanggil dengan nama Akmal dan mula mengusahakan Kebun Lokal sejak dari tahun 2017 sehingga kini. Dengan tujuan utama adalah membina sebuah bank makanan untuk keluarga kecil saya.
Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal. Ini telah menggangu rutin kerja-kerja kebun yang lain seperti Membaja, Penyediaan Kompos dan lain-lain. Pada awal kami berkebun, kami telah menggunakan Racun untuk mengawal pertumbuhan rumput dan lalang. Namun, lalang masih tumbuh dengan lebih galaknya. Seterusnya, kami membeli sebuah mesin rumput untuk menghentikan penggunaan sebarang racun kimia di dalam Kebun Lokal, memandangkan tujuan asal kami adalah untuk membina satu bank makanan untuk keluarga kami.
Penggunaan Kotak dan Kertas yang telah dirincih adalah inspirasi dari Amalan Permaculture yang kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal. Dua bahan ini, kami dapatkan secara Percuma tanpa menggeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa. Untuk Lapisan kotak yang pertama. Tanah sebelum itu, digemburkan sedikit dan diratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah. Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah. Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar. Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
Proses ini juga dipanggil sebagai Mulching / Sungkup. Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit Eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih, tanpa perlu kami siram, ianya tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula kami alihkn ke dalam plot tayar terpakai kami.
Oh ya, setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, baru lah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos. Lapisan sungkup ini akan membantu kami di Kebun Lokal untuk memegang kelembapan agar tidam hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
Kami mendapati jika kami menggunakan dedaun buluh lebih baik dan lebih cepat untuk ianya kompos. Dalam diam-diam kami sudah ada baja kendiri bagi tanaman-tanaman di Kebun Lokal. Jimat duit, jimat tenaga, jimat masa.
Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini. Dan, saya bersyukur kerana saya dapat tumpukan pula perhatian saya pada kerja-kerja kebun yang lain.
Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar.
Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan. Selain dari itu , tumbuhan sebenarnya bertindak balas melalui jaringan ini jika ada di antara mereka yang diserang oleh serangga perosak mahupun kulat. Jika salah satu dari mereka terkena serangan, maka satu isyarat akan di hantar pada tanaman yang lain. Maka pokok yang masih sihat akan mempertingkatkan imun mereka.
Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan Kertas Rincih untuk dijadikan kompos. Jika tuan/puan ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing. Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan Kertas Rincih ini. Setiap Minggu timbunan kompos ini akan di bolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
Jimat Masa, Jimat Tenaga, Jimat Duit. Hati pun senang, tanaman pun seronok sahaja. Terima Kasih atas masa tuan/puan luangkan untuk menelaah perkongsian saya ini. Saya Akmal, pekebun kecil berjiwa besar dari Kebun Lokal. Masih kurang jelas, saya bantu sampaikan kepada tuan/puan dalam bentuk Visual pula, sila klik pada link ini untuk penjelasan lebig lanjut ya. https://youtu.be/DNaax_gmLsE
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.