Macam sebaya hingga ada yang menyangka pasangan kekasih. Semuanya gara-gara seorang bapa yang berwajah awet muda hingga disangka ‘kekasih’ anaknya walaupun hakikatnya sudah mempunyai enam orang anak.
Balqis yang merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik, berkata, sejak dari bangku sekolah menengah lagi, ramai yang salah anggap bapanya sebagai kekasihnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Malah, setiap kali itu juga Balqis yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu menjelaskan status mereka.
“Masa saya sekolah menengah, waktu itu ayah berumur 30-an, dia selalu jemput saya dan bawa saya ke gerai makan. Bila kawan-kawan ternampak, jadi bualan hangat antara mereka bahawa saya keluar makan dengan kekasih.
“Sampaikan sudah masuk universiti, ayah hantar balik hostel, pernah kawan-kawan tersalah anggap yang ayah itu adalah pakcik lah, adik lah, abang saya lah, sebab mukanya kelihatan muda,” ceritanya ringkas.
Mohd. Rizan Haron, 48, yang bekerja sebagai penghulu mukim, kelihatan muda dan tampan bergaya berbaju melayu hitam di dalam satu gambar yang dimuat naik di akaun Twitter anaknya, Balqis Najwa Mohd. Rizan, 23.
Ads
“Ini bukan insiden pertama bapa dianggap kekasih saya. Mungkin sebab kawan bapa atau kawan saya jarang melihat kami berdua.
“Jadi, apabila mereka sesekali terserempak dengan kami akan berfikir sedemikian. Ada juga yang masih tak percaya, sebab bapa nampak muda sampai saya habiskan pengajian di UKM.
“Seperkara lagi yang mungkin orang anggap bapa saya adalah kekasih sebab dia seorang yang bergaya dari segi penampilan. Sejak dulu lagi bapa memang suka ikut trend semasa. Gaya rambut baru kerinting itu pun baru beberapa minggu lepas bapa buat,” katanya.
Mencungkil tentang rahsia awet muda bapanya, Balqis berkata sejak muda ayahnya memang gemar bersukan, tidak pernah tinggal makan sayur-sayuran dan kurang makan makanan segera menyebabkan dirinya terlihat awet muda.
“Selain gemar bersukan, ayah memang dari muda suka makan sayur dan tidak boleh kalau tiada sayur dalam satu hidangan makanan, mesti wajib ada.
Ads
“Makanan segera pun sangat-sangat kurang dia ambil, kalau sebulan itu hanya sekali sahaja, sebab itu juga dia nampak lebih muda berbanding umur sekarang,” kata Balqis lagi yang turut berkongsi antara aktiviti sukan yang dilakukan ayahnya adalah badminton, berbasikal dan bola keranjang, disamping sering pergi ke gim untuk bersenam.
Sumber : Twitter @Kiselwitxh_ , Harian Metro & Kosmo
Apabila cuaca tidak menentu akan menyebabkan kita mula sakit tekak. Tentu akan menyebabkan kita rasa tidak selesa.
Nak tahu cara untuk mengatasi situasi ini, ikuti perkongsian Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak dan Leher, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Dr Ezairy M Sallih menerusi perkongsian di laman Facebooknya.
Berikut rawatan awal yang boleh dilakukan mengikut saranan pakar itu:
1) Kumur dengan air garam.
Caranya, ambil sedikit garam lalu campurkan ia dengan segelas air suam.
“Kajian randomised controlled trial (rct) yang saya jalankan sendiri menggunakan sodium chloride 3.0 peratus (air garam) mampu mengurangkan simptom sakit tekak akibat jangkitan non-bacterial pharyngitis pada tekak,” terangnya.
2) Makan aiskrim.
Sebenarnya, soothing effect dan agen penyejuk pada aiskrim dapat legakan perit pada tekak.
3) Lozenges.
Dengan memberi ubat itu di farmasi, sakit tekak dapat dikurangkan mengikut kekerapan yang disarankan.
Jadi, hisap atau kulum dalam mulut dan lozenges akan larut secara perlahan-lahan apabila dihisap.
Ada juga lozenges yang boleh dikunyah dan ditelan bergantung kepada jenis lozenges yang digunakan.
4) Berkumur.
Selain itu, ubat kumur seperti listerine, thymol dan difflam boleh digunakan untuk mengurangkan gejala sakit tekak.
“BIASANYA SAYA AKAN NASIHATKAN PESAKIT UNTUK MENGGUNAKAN SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN.”
5) Ubat.
Ubat antibiotik akan diberi selepas pemeriksaan doktor mendapati terdapat tanda jangkitan bakteria.
“MEMANDANGKAN KEBANYAKAN MASALAH SAKIT TEKAK ADALAH AKIBAT JANGKITAN VIRUS, PENGGUNAAN ANTIBIOTIK SEBENARNYA JARANG DILAKUKAN.”
Oleh itu, buat semua pembaca SinarPlus yang kerap mengalami masalah sakit tekak, cubalah amalkan beberapa kaedah yang disyorkan oleh Dr Ezairy itu.
Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada anda semua.
Siapa sangka gadis yang selalu menjadi mangsa kutukan dek kerana warna kulitnya kini menyerlah apabila dipilih sebagai Juara Dewi Remaja 2018/2019 malam tadi.
Malah, pemilihan Hanee sebagai juara menepati ramalan apabila gadis manis berusia 18 tahun itu berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri.
Tia Sarah menyandang gelaran naib juara manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania berpuas hati di tempat kelima.
Berdarah kacukan Melayu-Arab,Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan antara peserta Dewi Remaja yang paling menonjol. Kemenangan tersebut membolehkan pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini membawa pulang RM10,000 beserta trofi.
Kekurangan diri yang mempunyai masalah disleksia sejak kecil bukan penghalang untuk anak gadis ini membuktikan keupayaannya. Akuinya, kehidupan sebagai pelajar disleksia sangat mencabar.
Malah, kemenangan tersebut membuktikan kecantikan bukan sekadar berkulit putih. Dan berkulit hitam bukan ukuran tidak mampu mencapai impian di dalam sesebuah pertandingan.
Sebaliknya bergantung kepada kemampuan dan personaliti diri individu tersebut. Nyata Haneesya membuktikan dirinya layak kerana wajahnya yang unik dan ‘beauty with brains’.
Sementelah dia perlu mengikuti pengajian di sebuah sekolah khas sebelum ke sekolah harian biasa, namun dia berjaya menempuhinya.
“In 2008 I went to a special school. Dislexsia Center Ampang.
“Sekolah khas untuk orang istimewa macam saya. Hanee memang ada masalah pembelajaran tapi Alhamdulillah very mild.
“Hanee dekat sekolah khas selama dua bulan dan selepas itu masuk ke sekolah harian biasa.
“Hanee berjaya ikut rentak pembelajaran di sekolah. Alhamdulillah result UPSR tak mengecewakan,” tambahnya yang memperoleh keputusan 2A, 2B dan 1C dalam UPSR ketika itu.
Tegas Hanee, individu yang menghidap disleksia bukannya bodoh namun perlu mengikuti cara pembelajaran yang tepat untuk berjaya. Selain Disleksia, Hanee juga mempunyai masalah scoliosis dan thalasemia.
“Saya tak bodoh, dyslexics people tak bodoh.
“Sebenarnya kami genius cuma dengan cara pembelajaran yang betul kami boleh jadi lebih cerdik dari orang biasa,” ujar Hanee sambil mengakui ibunya adalah pendorong utama pada dirinya.
Haneesya yang kini berjinak-jinak dalam dunia lakonan rupanya mewarisi darah seni daripada moyangnya, Seniwati Zaharah Agus yang terkenal menerusi watak Latifah sebagai isteri pertama P. Ramlee dalam filem Madu Tiga.
“Anak saya tahu nak buat operasi asas. Tapi bila soalan berayat, anak saya macam tak tahu nak selesaikan macam mana. Boleh cikgu bantu?”
Menurut perkongsian seorang guru matemati,Mohamad Hakim menerusi facebooknya beliau sering mendapat pertanyaan daripada ibu bapa mengenai permasalah anak mereka yang kurang faham mengenai subjek matematik. Antara permasalah yang sering ditanya adalah berkaitan dengan operasi asas.
Menyedari akan hal in, beliau berkongsi nota kata kunci yang wajib anak-anak hafal dan faham supaya mudah untuk membuat latihan subjek matematik.
Ikuti ilmu manfaat ini agar anak-anak mudah dan celik matematik.
Saya sering terima permasalahan di atas dan bagi saya perkara ini biasa. Murid ni mereka tak tahu bila masa yang sesuai untuk gunakan empat operasi asas yang ada.
Bila masa nak tambah? Eh, ni darab ke bahagi? Bukan ke soalan ni perlu ditolak?
Bila adanya permasalahan macam ni, sebab tu murid perlu cari keyword ataupun kata kunci yang ada pada soalan yang berayat. Jumlah, biasanya akan melibatkan operasi tambah, kadang-kadang darab. Ia bergantung pada bentuk ayat tersebut.
Dan sebab ini jugalah saya wujudkan nota kata kunci dan minta murid saya hafal. Ia sedikit sebanyak mendatangkan idea dan membantu mereka untuk selesaikan soalan yang ayatnya panjang.
ADA JUGA SOALAN PERANGKAP Namun, jangan terlalu bergantung kepada kata kunci ini kerana wujud juga soalan perangkap yang dia akan twist soalan. Nampak macam tambah, tapi rupanya tolak. Ada soalan begini, tapi tak banyak.
Jadi langkah pertama, hafal kata kunci yang ada. Gariskan setiap kali terjumpa kata kunci pada soalan tersebut. Baca dua ke tiga kali soalan untuk fahamkan betul-betul operasi apa yang sesuai untuk soalan berkenaan.
InsyaAllah, bila dah banyak kali jumpa dan buat soalan berayat ini, murid akan terbiasa. Celah gigi mereka sahaja untuk selesaikan soalan bentuk begini lepas ni. Nah, saya kongsikan sekali lagi nota kata kunci saya ini. Print dan tampalkan di tempat yang senang untuk anak kalian nampak. Moga membantu.
Sumber: Mohamad Hakim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di