Setiap orang dikurniakan kelebihan dan juga kekurangan yang tersendiri. Namun jika kita pandai menggunakan kelebihan dengan cara yang betul, pasti akan menutupi kelemahan yang ada.
Seorang guru bernama Haiqal Iskandar telah berkongsi kelebihan yang ada pada seorang anak muridnya. Kanak-kanak ini telah menarik perhatian ramai dengan hasil lukisannya yang benar-benar kelihatan asli seperti karya asal pelukis sebenar.
“Salah seorang pelajar darjah 6 saya. Dari segi akademik dia mungkin biasa-biasa sahaja, dia dalam kelas terakhir tetapi lihatlah bakatnya.
“Dia sangat berbakat dan kreatif dari segi seni.. Dia boleh melukis kartun kegemarannya dan ia kelihatan sama persis dengan watak asal.
“Saya kagum dengan bakatnya,” kata Haiqal, dalam satu posting.
Ads
Di ruangan komen, ramai yang memuji budak lelaki itu kerana lukisannya yang cemerlang.
“Dia sangat berbakat, bukan semua orang boleh melukis,” kata Mimi Ajeerah di Facebook.
Shira Abdul Majid berkata, dia berharap anak lelaki itu akan digilap kemahirannya sehingga dia bersinar.
Ads
“Budak lelaki itu berbakat. Semoga berjaya kerana kemahiran anda digilap sehingga anda bersinar,” katanya.
Syafila Rosli pula menyuarakan harapan agar budak lelaki itu menjadi kartunis terkenal suatu hari nanti.
Ads
“Semoga suatu hari nanti anda menjadi kartunis terkenal,” tulisnya.
Ada juga yang mengatakan ingin menjadikan hasil lukisan kanak-kanak ini sebagai koleksi kerana terdapat banyak watak kartun yang menarik.
Lukisannya juga cantik namun jika menggunakan peralatan seperti artline drawing dan skecth book, pasti hasilnya lebih menyerlah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terus hilang mood bila nampak pokok-pokok yang ditanam habis hancur daunnya dimakan siput perosak. Paling sakit mata, bila tengok pokok tersebut hanya tinggal sebatang sahaja dan tunasnya juga turut di makan. Bila dibelek-belek habis daun-daun berlubang.
Ini memang tak lain tak bukan kerjanya si siput babi. Kalau serangga perosak yang aktif waktu malam memang siput.
Bagi yang mempunyai kebun, anda tidak perlu risau lagi kerana kini terdapat solusi terbaik untuk mencegah haiwan ini dari mencerobohi kebunanda dan merosakkan tanaman anda.
Mencapai segala tujuan yang kita inginkan, tidak dinafikan memerlukan usaha malah hingga ada yang perlu berjuang tanpa kenal lelah dan putus asa.
Begitulah juga buat penyanyi Datuk Aishah, lima tahun menuntut hak bukanlah waktu yang singkat dan akhirnya berjaya juga dalam kes tuntutan sebidang tanah lot banglo yang dimenanginya di program realiti Gegar Vaganza musim keempat.
Memetik mymetro, penyanyi berusia 57 tahun itu berkata selepas lima tahun menuntut haknya akhirnya dia boleh menarik nafas lega dan hidupnya lebih tenang.
“Alhamdulillah, selepas lima tahun kes ini berlangsung baru temui penyelesaian,” kata penyanyi, Datuk Aishah yang bersyukur apabila kes berkaitan tuntutan sebidang tanah lot banglo yang dimenangi ketika menyertai program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017 akhirnya selesai.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, berkata, biarpun pada awalnya dia enggan kes terbabit di bawa ke mahkamah, namun demi menuntut hak yang dijanjikan dia terpaksa berbuat demikian.
“Sebenarnya kalau ikut hati saya tidak mahu kes ini di bawa sehingga ke mahkamah tapi apabila saya cuba berunding dengan pihak penaja terbabit selepas lapan bulan dari tarikh kemenangan, mereka minta diberikan masa.
“Saya tunggu dan beri masa lebih kurang enam bulan. Malangnya ketika saya hubungi selepas itu tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan sehingga terpaksa teruskan kes ini di mahkamah.
“Saya buat semua ini supaya bakal-bakal penaja tunaikan apa dijanjikan,” katanya kepada pemberita.
Menurut Aishah, tiada istilah tamak kerana dia hanya menuntut hadiah yang sepatutnya diberikan kepadanya.
“Ini bukan cerita mengenai tamak atau minta melebihi apa yang dihebahkan. Apa hadiah yang dikongsikan itu saja yang kami tuntut. Malangnya perkara ini perlu berjalan selama bertahun-tahun dan akhirnya baru selesai. Saya harap apa yang berlaku ini menjadi peringatan kepada semua pihak yang berkenaan,”katanya.
Terdahulu, Aishah memuat naik video ucapan wakil peguam dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates yang menjelaskan pihak penaja bersetuju membuat bayaran kepada Aishah.
Peguam yang mewakili Aishah iaitu Mohammad Izwan Azmi menjelaskan, pihak penaja hadiah berkenaan tampil dengan satu dokumen tawaran penyelesaian dan dipersetujui oleh Aishah sendiri.
“Tahniah kepada Datuk Aishah kes ini selesai. Terdapat ‘proposal settlement’ daripada pihak penaja dan Aishah sendiri sudah bersetuju.
“Ada bayaran yang perlu dibuat dan beberapa tindakan perlu dilakukan oleh pihak penaja,” katanya.
Dalam masa sama, Izwan berterima kasih kepada Aishah kerana mempercayai firma guamannya itu.
Kuasa doa bagi seorang isteri besar kesannya terhadap kesejahteraan suaminya. Bukan sahaja untuk memperolehi kejayaan di dunia malah daripada doa seorang isteri yang solehah akan menjadi asbab kebahagiaan di akhirat.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin betapa doa seorang isteri itu sangat mustajab. Ikuti perkongsiannya.
Besar kesan doa seorang isteri dalam kehidupan seorang suami…Asbab doanya, rezeki suami dimurahkan…asbab doanya, urusan suami dipermudahkan…asbab doanya, suami diberikan kesihatan yang baik…asbab doanya, suami dilindungi dari segala bentuk kejahatan dan kemudaratan…asbab doanya, suami dipelihara oleh Allah s.w.t…
Doa seorang isteri itu sangat mustajab…
Jika rumahtangga diuji, berdoalah…jika suami tidak seperti yang diimpi, berdoalah…jika suami berpaling hati, berdoalah…jika isteri dizalimi, berdoalah…jika hak-hak isteri tidak dipenuhi, berdoalah…
Allah akan mendengar doamu itu wahai isteri…jangan pernah putus asa untuk berdoa…
Ini pula perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidi dan bolehlah dijadikan panduan untuk kita. Ikuti perkongsiannya.
“Macammana nak lembutkan hati suami, dia baran dan selalu bersikap kasar sangat. Kadang-kadang tangan naik sekali. Saya sedih betul.” Luah si isteri.
Ini yang selalu berlaku. Pernah juga saya dapat soalan begini. Termenung panjang nak menjawab. Rasa bercampur baur.
“Ada tak doa untuk lembutkan hati keluarga sendiri? Doa yang bagi terbuka hati untuk berubah ke arah kebaikan. Kadang sedih sangat ahli keluarga sendiri tak solat, tak puasa…”
Soalan begini pun selalu ditanya. Saya faham situasi yang dialami, sememangnya suami atau isteri akan tertekan dan susah hati bila pasangannya begitu.
Walaupun hensem, harta berjuta sekalipun kalau perangai buruk, panas baran, kaki pukul apalagi derhaka pada Allah SWT dan gemarkan maksiat, mestilah si isteri akan gusar hati bukan?
Begitu juga kalau anak-anak degil dan keras hati, sudah tentu ibu bapa akan runsing.
Sebenarnya banyak doa yang sangat baik diamalkan. Khususnya yang diambil dari ayat al-Quran. Al-Quran itukan Kalamullah, di dalamnya terkandung penawar.
“Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.”
[Surah Taha: 1-5]
Bacalah dan niatkan agar Allah SWT lembutkan si dia. Semoga Allah SWT memakbulkan doa yang baik-baik itu. Insya-Allah, biiznillah.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.