Menjadi seorang ibu bukan mudah, bahkan menjadi ibu juga bukanlah suatu beban. Begitulah apa yang dirasakan oleh wanita ini bilamana menggalas tanggungjawab menjaga seorang kanak-kanak OKU yang kini telah pun berusia 13 tahun. Kasih sayang dan layanan yang diberikan sama seperti menjaga anak sendiri.
Ikuti kisah sepenuhnya tentang kemurniaan hati wanita bergelar ibu ini sebagaimana dikongsikan oleh Sinar Harian.
“Selagi masih bernyawa, saya akan jaga dia”
“Selagi masih bernyawa, saya akan jaga dia,” itu luahan seorang ibu yang kini menggalas tanggungjawab menjaga seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU), Muhammad Danish Iskandar Abdullah, 13, yang ditinggalkan kepadanya sejak berusia empat bulan.
Noraini Muda, 43, dari Kampung Laut, di sini, berkata, biarpun pada mulanya agak berat hati untuk menerima ‘kehadiran’ anak istimewa itu, belas kasihan yang timbul kini telah menumbuhkan rasa kasih yang tidak berbelah bahagi.
“Saya agak berat hati untuk terima dan menjaga sepenuhnya anak ini disebabkan faktor ekonomi. Saya tak bekerja dan hanya mengharapkan wang daripada suami yang bekerja turun ke laut untuk tampung perbelanjaan kami sekeluarga.
“Lagipun, masa tu dua anak saya masih kecil dan bersekolah. Namun, apabila mengenangkan nasib, saya lapangkan dada, buka hati untuk reda dan terima sepenuhnya kehadiran dia di dalam hidup saya.
“Sehinggalah kini, kasih sayang terhadapnya tidak berbelah bahagi. Begitu juga suami (Rozmi Awang), 50 dan dua lagi anak saya (Muhammad Afifruddin) 25 dan (Muhammad Hasrol Hizam) 21,” katanya.
Ads
Anggap Anak Sendiri
Noraini berkata, dia juga telah menganggap kanak-kanak itu sebagai anaknya sendiri dan tidak mungkin akan pulangkan semula ke pangkuan keluarganya.
“Sayang… memang saya sayangkan Muhammad Danish. Saya tak akan bagi kepada orang lain. Kalau saya mati pun, anak ini akan diserahkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Saya tak harapkan orang lain menjaga dia kerana tidak sama dengan saya menjaganya terutama dari segi makan dan minum dia yang memerlukan penjagaan teliti,” katanya.
10 tahun ditinggalkan tanpa khabar berita
Ads
Mengimbau kisah bagaimana Muhammad Danish Iskandar boleh berada di bawah jagaannya, Noraini tidak menyangka permintaan ibu kanak-kanak itu supaya dia mengasuh selama sebulan sekadar ‘penyedap kata’.
“Mulanya dia hanya minta saya jaga anak dia selama sebulan saja dengan menjanjikan bayaran RM300. Saya terus terima sebab mahu tambah pendapatan keluarga dengan mengasuh anak orang.
“Tetapi, sangkaan saya meleset kerana daripada sebulan… jadi dua bulan, dan seterusnya, malah dalam masa dua tahun, dia hanya datang untuk membawa lampin pakai buang dan susu anaknya saja.
“Selepas tempoh itu, selama 10 tahun Muhammad Danish Iskandar di bawah jagaan saya, tak ada khabar berita dari dia. Saya juga gagal menghubunginya,” katanya.Muhammad Danish Iskandar hidap ‘celebral palsy’
Bercerita mengenai tahap kesihatan Muhammad Danish Iskandar, kata Noraini anaknya itu kerap mengalami sawan ketika berusia enam tahun.
“Masa tu kali pertama dia kena sawan ketika dalam jagaan dan saya terus bawa dia ke hospital.
Ads
“Dia kena tahan dan doktor ada maklumkan kepada saya penyakit yang dihidapinya.
“Sebelum itu saya tak tahu anak ini anak istimewa kerana ibunya hanya bagi tahu dia ada mengalami sawan dan lemas ketika dilahirkan.
“Tapi, saya dah boleh jangka sebab tumbesaran dia tak sama dengan kanak-kanak lain,” katanya.Bertemu ibu sebenar awal tahun lalu
Terbaharu, dia bertemu ibu kepada anak angkatnya itu ketika proses penukaran hak penjagaan ke atas kanak-kanak terbabit.
“Nak dijadikan cerita, masa nak buat MyKad Muhammad Danish ketika dia tahun lepas, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) minta saya bawa ibunya sekiranya masih ada.
“Saya beritahu dah lama tak ada khabar berita daripada ibunya. Selepas itu, JPN berjaya menghubungi ibu kepada anak ini menerusi maklumat MyKad ibunya yang tertera pada surat beranak.
“Jadi, secara kebetulan, kami bertemu dan terus berbincang untuk urusan penukaran hak jagaan ke atas Muhammad Danish,” katanya.
Seorang suami, bila dah berkahwin sememangnya kewajipan utamanya menyediakan tempat berlindung dan memberikan nafkah kepada isteri dan juga anak-anak. Nafkah tidak kira dari sudut makanan dan pakaian, mengikut pada kadar semampunya.
Bila disebut tentang kadar nafkah, baru-baru ini seorang pengguna laman Facebook, Puan Suriati Ghani ada berkongsi kisah di mahkamah syariah apabila seorang lelaki dikatakan hanya mampu memberikan nafkah sebanyak RM10 seminggu kepada isterinya.
Malah, difahamkan tuntutan nafkah tersebut juga tertunggak tetapi si suami sebaliknya mendakwa tidak mampu memberi jumlah yang dituntut si isteri memandangkan pendapatannya kecil.
Part membuat hujah di penghujung kes adalah tugas yang merumitkan, semua perlu di masukkan supaya dapat membantu Mahkamah memberi pertimbangan seadilnya dalam membuat keputusan.
Tuntutan nafkah tertunggak isteri, suami mendakwa pendapatan beliau kecil & tidak mampu memberikan nafkah sepertimana yang dituntut oleh isteri, hanya mampu memberikan RM10 seminggu untuk isteri.
Puan Suriati Ghani berpendapat seseorang individu lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai tubuh badan sihat seharusnya bekerja mencari pendapatan lebih untuk menampung keperluan diri dan keluarga.
Saya pernah berjumpa dengan seorang wanita/isteri yang lain, selain berniaga online, beliau turut membawa grab untuk menampung nafkah diri sendiri & anak-anak, terpaksa membuat lebih dari 1 pekerjaan kerana suami abaikan nafkah beliau & anak. Memang pada masa datang berjumpa saya, nampak keadaannya letih, baru selesai hantar pelanggan & terus datang jumpa saya untuk mengadu masalah. Katanya beliau pernah bawa grab hingga larut malam.
Jika orang lain boleh bekerja lebih masa untuk mencari pendapatan lebih untuk keluarga, tambahan pulak perempuan, kenapa lelaki yang sihat tubuh badannya tak boleh? Di mahkamah pun beliau mengaku beliau masih sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit.
Berikutan daripada itu, Puan Suriati Ghani mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki supaya dapat membayar tuntutan nafkah tertunggak isteri yang akan diputuskan kelak.
Hmm..didoakan semoga beliau dimurahkan rezeki selepas ini & dapat membayar nafkah tertunggak isteri yang akan diputuskan nanti.
Bila ada ulser di dalam mulut akan menyebabkan rasa tidak selesa, sakit, pedih serta sukar untuk makan, minum malah bercakap pun payah.
Memahami dan mengenal pasti punca penyebab lepuh atau ulser mulut ini juga terasakan penting agar ianya dapat dielakkan.
Nak tahu detail, ikuti perkongsian daripada Dr Ahmad Samhan ini. Semoga bermanfaat.
9 FAKTA TENTANG ULSER MULUT
1. Ulser mulut juga dikenali sebagai serawan, guam, atau “mata ikan” ini adalah luka pada mukosa mulut. Biasanya terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan juga di permukaan lidah.
2. Ulser boleh timbul kerana stress,kekurangan zat makanan, kurang rehat atau tidur, keadaan mulut yang kotor,perubahan hormon,jangkitan virus dan kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah.
3. Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Sivakama Sunthari, berkata ulser atau pecahan pada rongga mulut tidak sembuh lebih dua minggu perlu dirawat bagi mengesan jika keadaan itu adalah simptom awal kanser mulut.
4. Kanser ‘squamous cell carcinoma’ (SCC) adalah barah paling kerap berlaku di dalam rongga mulut, iaitu 90 peratus daripada kes semua kanser dalam mulut.
5. Tips mengelakkan dari terkena ulser mulut adalah minum air 2 liter sehari,urus stress dengan baik,tidur secukupnya,berus gigi selepas makan,pastikan gigi palsu bersih,hindari fake braces,makan sayuran/buah(tinggi vitamin) dan berhenti merokok.
6. Kanak-kanak kurang dari 16 tahun ditegah dari menggunakan bonjela. Bonjela mengandungi Salicylic Acid. Salicylic Acid adalah kandungan dalam ubat yang dinamakan Aspirin(ubat cair darah).
7. Medicines and Healthcare products Regulatory Agency (MHRA) telah mengeluarkan amaran ini sejak 2006, Aspirin boleh menyebabkan risiko Reye Syndrome. Satu komplikasi yang boleh menyebabkan kegagalan hati, kerosakan otak dan kematian.
8. Untuk kanak-kanak kurang 16 tahun, disarankan menggunakan ubat-ubatan yang mengandungi Hyaluronic Acid seperti Aftamed Gel, Aloclair Gel, Aloclair Spray dan Oral 7 gel.
9. Selain itu, rawatan seperti berkumur dengan air garam, berkumur dengan antiseptik dan guna gel aloe vera juga digalakkan.
Sumber : Dr. Ahmad Samhan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat keluarga pencinta kucing pasti akan berasa bimbang dan sedih bila melihat kucing peliharaan yang dianggap sebagai ahli keluarga jatuh sakit. Bolehlah dikatakan sama situasi dan perasaannya bila melihat anak sendiri yang demam.
Kucing perlu diberi ubat dengan segera agar cepat sembuh. Selain itu, jangan lupa kucing juga perlu diberi supliment dan ubat cacing dalam tempoh tertentu untuk memastikan kesihatan kucing ditahap yang bagus.
Pun begitu, bukan mudah sebenarnya untuk kita memberikan ubat kepada kucing kesayangan. Tersilap cara ubat tidak berjaya ditelan bahkan lebih teruk lagi bila kucing mula bertindak kasar dengan mencakar kita kerana tidak selesa dengan cara pemberian ubat yang kita lakukan.
Hakikatnya, ada teknik yang boleh dipraktikkan dengan cara yang betul dan hasilnya cukup mudah untuk pastikan memberi kucing makan ubat.
Ini sebagaimana perkongsian video di laman TikTok oleh @ikahazira, rupanya ada dua teknik yang boleh kita lakukan untuk memberi ubat kepada kucing dengan mudah dan pantas.
Meninjau di ruangan komen, ramai juga warganet turut berkongsi cara dan tip memberi kucing ubat malah ada juga berkongsi pengalaman dicakar kucing semasa proses beri ubat.