Selalu Sangat Senggugut, Dr Ni Pesan Kurangkan Bergantung Pada Ubat Tapi Boleh Guna Kaedah Ni!

Share

Bila anak gadis mengadu sering mengalami senggugut tiap kali datang bulan, sebagai ibu jangan ambil ringan.

Selain perlu dibawa ke klinik  untuk pemeriksaan doktor, elok juga kita dengar 2 pandangan ini. Jom semak.

Saranan 1

Bagi yang kerap mengalami senggugut yang ringan, tak perlu makan ubat penahan sakit seperti ponstan dan panadol.

Lakukan ini

Minum air mineral suam dibancuh dengan sedikit halia. Sapu dengan sedikit minyak atau krim panas, sudah mencukupi.

Ramai yang mengalami kitaran haid yang terganggu bila menelan ubat tahan sakit.

Ini apa yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad dan turut dikongsikan petua lama bagi merawat senggugut oleh Sumaiyyah Abdullah. Ini katanya.

Saranan 2

PETUA HILANGKAN SENGGUGUT

Siapa pernah kena serangan senggugut, dia tau la betapa azabnya untuk melepasi tempoh haid setiap bulan. Paling teruk sampai boleh muntah-muntah dan bawak pengsan tau. Teruk sangat. Menangis tak berlagu la jawabnya.

Kali ni ciksu nak share, petua untuk redakan sakit senggugut dan lawaskan pengeluaran darah haid.

Bahan-bahan nya ofkos barang dari dapur lah.

* 8 batang serai dan diketuk-ketuk
* 1 ketul halia sebesar ibu jari
* 1 sudu besar habatussauda
* 1-2 sudu besar madu
* 4 gelas air

Caranya mudah je. Satukan kesemua bahan tadi kecuali madu ke dalam periuk. Kemudian rebus sehingga mendidih dengan api yang perlahan.

Tapis rebusan tadi dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan kacau rata. Sedia untuk diminum. Minum sekali sehari pada permulaan haid dan seeloknya pada waktu malam.

KHASIAT SERAI

Bersifat antiseptik, anti depresi, anti mikrobial, anti fungal serta astringen. Membantu memecahkan angin serta melancarkan darah haid.

KHASIAT HALIA

Bersifat antacid, antibakterial serta anti fungal. Terkenal dengan alternatif untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan angin dan toksin dalam badan.

KHASIAT HABATUSSAUDA

Bersifat antioksidan, anti depresi, anti bakterial, antiseptik, anti aging serta anti fungal. Berupaya untuk merawat masalah peranakan termasuk melancarkan pengeluaran darah haid. Ia juga memelihara keseimbangan dan kekuatan sistem hormon serta melambatkan proses penuaan.

Rasa rebusan teh serai ini sedikit pedas dan mint-mint gitu. Amat berkesan untuk redakan senggugut.

*Elakkan minum ais untuk kesan optimum.

 

Saksikan sepanjang minggu ini bermula 7 hingga 11 Februari di fb keluargamagazine setiap jam 2.30 petang.

Bersama kita tambah ilmu berkenaan kesihatan keluarga #rawatdiri bersama  doktor pilihan.

 

Jom saksikan video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN