Tahniah diucapkan buat pempengaruh media sosial, Irine Nadia yang mengumumkan dirinya kini hamil anak kelima.
Menerusi Instagramnya, Irine berkongsi perkhabaran gembira itu kepada pengikutnya.
Menurut perkongsian Irine, anak-anaklah orang yang paling gembira dengan berita itu kerana sudah lama berharap untuk mempunyai adik baru.
“BismillahiMashaAllah. No 5 is coming soon. Alhamdulillah. Enter my 2nd trimester pregnancy. Syukur Alhamdulillah.
“Dah masuk trimester kedua baru ibu dengan ayah bagitau pada anak-anak. Sebelum-sebelum tu, anak-anak cuba untuk berteka-teki, tapi still ibu dengan ayah sorokkan bagi keadaan morning sickness ibu stable dulu.
“Life ibu bertukar roller coaster beberapa bulan ni dengan selera makan semua out, kepala semua sakit,” katanya berkongsi.
Ads
Bahkan kata Irine, keempat-empat anaknya adalah orang yang paling gembira dan terharu untuk menyambut adik baru. Paling mengharukan kata Irine lagi, dia dilayan bak puteri oleh kesemua anak-anaknya.
“Doa anak-anak tu memang betul-betul Allah makbulkan untuk dapat adik baru.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Pasangan ini sering mengundang tawa ramai setiap kali mereka memuat naik video di media sosial. Ada sahaja gelagat lucu Ain Edruce dan suaminya Amirul yang sangat kelakar dan ‘masuk air’ ini kan.
Walaupun sebelum ini Amirul dilihat sebagai seorang yang malu-malu tetapi jangan tak tahu, dia pun rupa-rupanya sama kelakarnya seperti Ain Edruce.
Terbaru, dalam perkongsian di laman instagram, Ain Edruse memuat naik video kononnya sedang menemu ramah suaminya itu.
Di dalam temu ramah itu, Ain Edruce bertanyakan sama ada benar tekaan warganet yang suaminya sebelum ini pernah bercita-cita untuk menjadi pereka fesyen.
Tetapi Amirul menyangkal dakwaan itu dan sebaliknya memberikan jawapan yang membuatkan ramai terhibur.
Amirul memberitahu dia mempunyai tiga cita-cita iaitu mahu menjadi pembuang sampah di depan rumah, mengutip setiap parcel yang dibeli oleh isterinya dan mengeringkan baju di dalam dryer yang mana Ain sering terlupa berbuat demikian.
Kematian adalah perkara yang pasti berlaku. Bersedia atau tidak, pasti tiba masanya.
Pemergian orang yang tersayang adalah antara perkara yang paling sedih yang terpaksa berpisah dengan asbab kematian.
Bagi isteri pula perlu meneruskan peninggalan harta suami termasuk hutangnya.
Sebagaimana persoalan ini, wanita bertanya masalah yang dihadapi setelah suami meninggalkan hutang kereta dan bagaimana penggunaan KWSP untuk membantu menyelesaikan hutang arwah.
Ikuti selanjutnya huraian mengenai permasalahan ini.
Soalan
Assalamualaikum Dato’ Mufti. Suami saya baru meninggal. Kami ada dua kereta. Satu daripanya sudah selesai hutang manakala satu lagi masih berhutang.
Pada pendapat Dato’ Mufti, bolehkah saya membayar semua hutang arwah dengan duit KWSP arwah yang akan saya terima, beranggapan dengan pembayaran tersebut kereta arwah boleh menjadi milik saya? Mohon penjelasan.
Jawapan
Waalaikumussalam. Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga baginda SAW, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.
Situasi di atas berkait dengan permasalahan isu faraid kerana melibatkan harta yang ditinggalkan si mati. Harta faraid atau harta peninggalan seperti yang ditetapkan oleh pihak Baitulmal MAIWP[1] ialah semua harta yang mempunyai nilai dan dimiliki semasa hayatnya serta berterusan sehingga kematiannya. Harta-harta itu termasuklah:
-Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya. -Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati. -Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya. -Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati. -Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) -Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati. -Berdasarkan harta-harta yang disenaraikan di atas, kedua-dua kereta arwah termasuk dalam kategori harta peninggalan yang perlu dibahagikan kepada ahli-ahli waris yang berhak.
Seterusnya, jika arwah mempunyai hutang, maka hutang itu perlu diselesaikan terlebih dahulu menggunakan harta arwah yang sedia ada. Ini kerana apabila seseorang meninggal dunia, terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan berhubung harta peninggalan arwah sebelum ia difaraidkan kepada ahli-ahli waris yang ada.
Harta tersebut digunakan untuk membiayai kos pengurusan jenazah, hutang-piutang, wasiat dan akhir sekali difaraidkan kepada ahli waris.
(Lihat: Minhaj al-Thalibin, m/s 180)
Berdasarkan situasi di atas, perlu dijelaskan terlebih dahulu bahawa duit KWSP yang diterima oleh isteri arwah sebenarnya masih di bawah hak milik arwah suaminya. Kedudukan duit KWSP yang diterima oleh isteri hanyalah sebagai penama sahaja. Penama bermaksud mereka bertindak selaku pentadbir bagi menguruskan pengeluaran dan pembahagian simpanan KWSP ahli mengikut Undang – Undang Islam. Oleh yang demikian, penama bukanlah pemilik harta, lebih tepat disebut sebagai pengurus harta.
(Rujuk: PANDUAN MENGISI BORANG KWSP 4)
Selain itu, hutang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Memandangkan duit KWSP dianggap sebagai harta arwah, maka tidak menjadi masalah kepada ahli waris khususnya penama untuk menggunakan duit tersebut bagi menyelesaikan segala hutang-piutang arwah termasuklah hutang kereta.
Walau bagaimanapun, sekiranya ada pihak yang ingin menanggung segala kos seperti kos pengurusan jenazah, hutang-piutang arwah, maka ia tidak menjadi masalah bahkan perbuatan tersebut merupakan amal kebajikan dan sedekah yang dipuji oleh agama kerana menolong memudahkan urusan umat Islam yang lain apatah lagi pihak yang membantu terdiri daripada kalangan ahli keluarga terdekat arwah sendiri. Sebuah hadis yang diriwayatkan Sulaiman Bin ‘Amir al-Dhabiy bahawa
الصَّدقةُ على المسكينِ صدقةٌ وعلى القريبِ صدقتان صدقةٌ وصِلةٌ
Maksudnya: Sedekah kepada orang miskin mendapat sedekah (pahala sedekah). Sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua sedekah; iaitu (pahala) sedekah dan (pahala) mengeratkan silaturahim.
Riwayat Tirmizi (658)
Namun begitu, sekiranya isteri arwah beranggapan kereta akan menjadi miliknya kerana menyelesaikan hutang kereta suami melalui duit KWSP tersebut, maka kami berpandangan kefahaman ini kurang tepat dan perlu diperbetulkan. Alasannya, penerimaan duit KWSP tersebut hanya sebagai penama bukan bertukar hak pemilikan. Lantaran itu, jika arwah masih mempunyai ibu bapa dan anak-anak, maka mereka semua mempunyai bahagian dan hak terhadap harta arwah termasuk dua biji kereta yang ditinggalkan, ia tidak terhad kepada isteri arwah semata-mata melainkan kereta tersebut sudah dihadiahkan dan ditukar geran kepada nama isteri semasa suaminya masih hidup.
Sebagai ilustrasi bahagian faraid bagi ahli waris sekiranya si mati masih mempunyai seorang anak lelaki, ibu dan bapanya. Bahagian mereka adalah seperti berikut:
Harga semasa kereta: RM 24,000
Ibu: 1/6 (RM 4,000)
Bapa: 1/6 (RM 4,000)
Isteri: 1/8 (RM 3,000)
Anak Lelaki: Baki harta (RM 13,000)
Berdasarkan penerangan di atas, dapat disimpulkan bahawa kereta tersebut tidak menjadi milik penuh isterinya walaupun dia sendiri menawarkan diri untuk melangsaikan hutang arwah, sebaliknya kereta tersebut tetap perlu dibahagikan mengikut pecahan faraid seperti contoh di atas.
Pemilikan penuh hanya boleh berlaku sekiranya ahli-ahli waris yang lain menggugurkan hak masing-masing sama ada diberikan secara percuma ataupun mereka menuntut bayaran bahagian masing-masing sebelum dilepaskan.
Kisah adik Rayan yang terjatuh ke Dalam perigi dengan kedalaman 32 meter mengundang perhatian seluruh dunia.
Dalam usaha pihak penyelamat membawa keluar anak kecil ini, namun ternyata Allah lebih sayangkannya.
Seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia yang bersimpati dengan perkara tersebut tidak putus-putus menzahirkan rasa sayu atas kematian kanak-kanak comel tersebut.
Malah Laman Twitter rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut memuat naik ucapan takziah buat keluarga Rayyan, sekitar 7.54 pagi Ahad.
“Seluruh dunia bersedih. Adik Rayan disahkan meninggal dunia oleh kerajaan Maghribi.
“Salam takziah buat ibu ayah dan keluarga arwah. Berehatlah adik Rayan di syurga sana. Al-Fatihah,” tulis pengendali Twitter rasmi Jakim.
“Jangan bimbang tentang dia. Allah telah pilih Rayan untuk ke syurga. Dia kini anak yang paling gembira di dunia. Jangan sedih ibu, Allah pilih dia antara yang terbaik berbanding kita. Jangan bersedih, anakmu akan bertemu denganmu di syurga, innsyaAllah. “
Tak boleh nak jelaskan perasaan bila lihat wajah sang ibu. Tenang di sana Rayan Awram. Innalillahiwainailahirajiun😢
Terdahulu, Istana Diraja Maghribi mengesahkan berita kematian kanak-kanak tersebut.
Hasil pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada paru-paru dan tulang belakang.
Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.