Bersyukur seorang majikan bila pembantu rumah yang diberi amanat untuk memudahkan urusan penjagaan hal di rumah membuat kerja dengan baik dan ikhlas. Mana tidaknya, di luar sana banyak kes pembantu rumah lari, buat kerja culas dan sebagainya, hingga jadikan orang ramai takut untuk mengambil pembantu rumah.
Tapi, bila pembantu dah baik, apa salahnya majikan pun bertindak baik dengan mereka kan? Seperti yang tular di laman Tiktok sebuah video di mana seorang wanita telah menghadiahkan sebuah telefon bimbit baharu buat pembantu rumahnya.
Menurut wanita tersebut, telefon bimbit pembantu rumahnya tidak dapat berfungsi dengan baik. Malah, pembantu rumahnya sukar untuk menghubungi keluarga yang berada di kampung. Oleh sebab itu, wanita tersebut sengaja melakukan satu kejutan istimewa buat bibiknya itu.
Menerusi video berdurasi 0:41 saat, wanita berkenaan dilihat mengeluarkan sebuah kotak berwarna-warni untuk diberikan kepada pembantu tersebut. Lebih mencuri tumpuan, reaksi bibiknya yang sebak tatkala membuka hadiah tersebut mengundang perhatian netizen.
Ads
Tidak henti di situ, bibik tersebut turut meluahkan ucapan terima kasih kepada majikannya sambil melutut.
Ragam dan ketelah anak-anak tidak dinafikan kadang-kala boleh membuatkan kita pening kepala dan dalam masa yang sama perangai mereka ini juga boleh buat kita ketawa dan terhibur.
Ini sepertimana kisah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun di negara China menangis selepas diberitahu bahawa dia memiliki wajah yang seiras dengan bapanya.
Keletah kanak-kanak berkenaan itu menjadi tular dan mendapat perhatian netizen selepas dimuat naik oleh seorang pengguna di aplikasi Weibo.
“Semuanya orang di tadika cakap, ”Ibu adalah yang terbaik di dunia”, mana ada orang cakap ”ayah yang terbaik di dunia”,” kata kanak-kanak itu dalam video merujuk kepada sajak yang diajar di taska yang dihadirinya. Sajak itu dipercayai sebuah sajak yang memuji peranan ibu.
Memetik laporan Next Shark, kanak-kanak itu kelihatan memuncungkan mulutnya sambil mengadu tentang penampilannya yang tidak memuaskan hati.
Kanak-kanak itu kemudiannya bertanya soalan yang lucu apabila mempersoalkan kenapa wajahnya mirip dengan ayah sedangkan dia dilahirkan oleh ibu.
Si ibu difahamkan terkejut dan mati akal untuk menjawab pertanyaan tersebut. Situasi berkenaan dipercayai tercetus selepas salah seorang rakan mereka yang berkunjung ke rumah pasangan itu dan mengatakan wajah kanak-kanak itu sama seperti ayahnya.
“Ia berlaku ketika usianya hampir mencecah 6 tahun dan salah seorang rakan kami datang menziarah pada hari tersebut dan mengatakan wajahnya mirip dengan wajah si ayah.
“Kemudian, dia mula menangis dan mengatakan bahawa dia tidak mahu kelihatan seperti ayahnya sebaliknya mahu kelihatan seperti saya. Dia fikir ayahnya kelihatan buruk.
“Pada pandangannya, dia sepatutnya kelihatan seperti saya kerana saya yang melahirkannya. Jadi, dalam hatinya, dia mungkin berfikir bahawa saya lebih baik dari ayahnya,” jelas Zhang dalam video, memetik Next Shark.
Sementara itu, Zhang menyatakan bahawa anak perempuannya percaya dia tidak akan kelihatan cantik jika wajahnya sama seperti ayah.
Menurut Next Shark, Zhang terhibur dengan reaksi yang ditunjukkan oleh anak perempuannya dan berkata bahawa suaminya pasti akan kecewa melihat reaksi anaknya itu.
Disamping itu, dia menambah bahawa penampilan suaminya itu tidaklah terlalu buruk dan menjelaskan bahawa suaminya sangat menyayangi anak mereka serta sering menghabiskan banyak masa bersama.
Kalau dulu seorang, kini sudah punya dua cahaya mata membuatkan usahawan dan pelakon, Neelofa mengakui masanya kini agak terbatas malah seakan tidak cukup masa menguruskan dua anaknya, Bilal dan Abbas.
Tambah pula kata Neelofa, kehidupannya bertambah sibuk selepas mahu kembali aktif dalam bidang seni dan perniagaannya secara aktif.
Akui isteri kepada Haris Ismail ini lagi, tidak mudah menguruskan kedua anaknya pada masa yang sama tanpa dibantu oleh orang lain untuk menguruskan pelbagai perkara.
“Bermula minggu pertama September saya sudah agresif bekerja tapi sekarang musim anak-anak sakit, jadi kena duduk rumah pula jaga anak.
“Saya akui menjaga dua anak lebih mencabar, saya rasa tak cukup 24 jam, saya perlukan lebih jam.
“Cuma sekarang alhamdullillah saya ada jururawat malam yang datang untuk bantu si kecil supaya saya dapat tidur yang cukup,” katanya berkongsi.
Ujar Neelofa lagi, walaupun punya pembantu, pada awalnya dia menguruskan sendiri dua anaknya namun mengalah kerana keletihan dan meminta persetujuan suami untuk mendapatkan seorang jururawat untuk membantunya.
“Bulan pertama saya jaga anak sendiri walaupun ada ‘maid’. Tapi selepas sebulan saya rasa tak boleh, jadi saya minta pada suami untuk ada jururawat malam,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah terkenal, Haris Ismail pada 27 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua anak cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Sukar diungkapkan dengan kata-kata apabila orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Lebih memilukan apabila melihat wajah anak-anak yang masih kecil yang tidak mengetahui apa yang berlaku.
Namun siapa kita yang mampu menolak takdirNya. Demikian juga yang berlaku apabila pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Muhammad Hamadi Zakaria dan isterinya, Nur Syuhadah Zaini, masing-masing berusia 31 tahun dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.
Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi Honda CBR 500R dinaiki pasangan ini tidak sempat mengelak dua motosikal bergesel di hadapannya sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.
Mangsa gagal mengelak dua motosikal jenis Yamaha LC135 dan Suzuki Axelo yang bergesel di tengah jalan lorong motosikal berkenaan. Dua lagi penunggang motosikal yang parah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut. Mereka yang parah dikenali sebagai Mohd Saad Ismail, 45, dan Sainuddin Sukur, 51.
Menurut Fatimah Mohd Yatim, 60 ibu kepada Nur Syuhadah Zaini, pasangan ini juga telah mengambil cuti untuk menghantar ibu bapa mentua mereka mengerjakan haji.
“DIA dan suami mengambil cuti esok untuk menghantar ibu bapa mentuanya ke Kompleks TH (Tabung Haji) di Sepang, tak sangka hajat mereka itu tak kesampaian,” kata Fatimah Mohd Yatim,60.
“Saya terkejut apabila dihubungi polis menggunakan nombor telefon Hamadi mengatakan bahawa anak dan menantunya maut dalam kemalangan.
“Kali terakhir saya bertemu dengan Syuhadah adalah semalam ketika bersarapan pagi bersama dengannya, namun dia tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya semalam.
Menurutnya lagi, pasangan itu tinggal di Seksyen 19 bersama dua anak perempuan mereka iaitu Hana Safiyyah, 6, dan Hani Safina, 2.
“Anak mereka seolah-olah faham dengan apa yang berlaku, namun masih dalam keadaan kebingungan.
“Patutlah perasaan saya berdebar-debar sejak daripada semalam dan tidak sangka sebenarnya itu adalah petanda dia dan menantu akan pergi selamanya,” katanya.
Sementara itu, Ibu kepada Muhammad Hamadi, Halimah Mohd Isa, 60-an, kelihatan sugul dan menitiskan air mata di surau manakala suaminya Zakaria Tajudin, 60-an, sesekali dilihat mengesat air mata.
Zakaria ketika ditemui berkata, segala yang terjadi itu adalah ketentuan Yang Maha Esa. Jelasnya, anak dan menantunya menaiki motosikal setiap hari ke tempat kerja.
“Terlalu sedih namun saya sekeluarga reda dengan kemalangan yang mengorbankan nyawa anak dan menantu.
“Saya dan isteri akan berangkat mengerjakan ibadah haji, esok (hari ini) dan kedua-dua mereka sudah merancang untuk menghantar kami ke Kompleks Tabung Haji (TH), namun takdir Allah SWT mengatasi segalanya,” katanya.
Jenazah pasangan ini dikebumikan bersebelahan di antara satu sama lain. Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara serta kenalan kedua-dua pasangan berkenaan menghadiri upacara pengebumian itu.
Lebih menyayat hati, kedua-dua cahaya mata pasangan itu, Hana Safiyyah, 6 dan Hana Safina, turut hadir mengiringi jenazah kedua-dua insan tersayang mereka ke tanah perkuburan.
Anak kecil itu dipangku datuk serta ahli keluarga lain dan reaksi wajah mereka seolah-oleh mengerti bahawa tiada lagi tempat mengadu serta bermanja.
Kemenangan Foziya Abdullahi sebagai Miss World Somalia 2026 bukan sekadar menambah satu lagi nama baharu dalam dunia ratu cantik antarabangsa, sebaliknya membawa bersama naratif...