Aliff Aziz muncul juara Gegar Vaganza musim ke-8 sekaligus menepati ramalan oleh peminat program berkenaan.
Biarpun mendapat tentangan sengit dari peserta Vikki Palikat Dan Suki, namun kekuatan vokal dan persembahan mantap suami kesayangan Bella Astillah tidak mampu dipertikai lagi.
Ucapan tahniah membanjri ruangan media sosial milik Aliff Aziz, penyanyi dari Singapura ini. Selain peminat, rakan selebriti turut berbuat demikian. Antaranya termasuklah Dato Aaron Aziz yang memuatnaik ucapan Yang cukup bermakna buat penyanyi Sayang ini.
“Tahniah Adik. Abg am proud of you. I know you can do something great and accomplish something not only for yourself but utk Isteri dan anak anak jugak. Ingat pesanan Abg dalam DM conversation kita.
“Don’t look back just forward baru lah kita boleh ke hadapan. Semua rezeki Bukan utk diri kita sebagai Suami dan Ayah Tapi utk keluarga.
Sambil menyatakan rasa kagum, pelakon filem KL Gangster ini turut menitipkan Doa semoga Aliff terus bersikap humble menjauhkan diri dari orang yang bersifat toksik.
“Alhamdulillah ALLAH naik kan you Dan memberkati mu dgn this great comeback. Stay humble always and stay away from toxic people. Congrats once again @iamaliffaziz.
Turut berkongsi kegembiraan dan ucapan tahniah pastinya peminat setia Aliff. Rata-rata melahirkan rasa syukur dan berharap Aliff terus berusaha gigih lagi untuk berjaya tanpa melupakan isteri dan keluarga.
roh_anie71Well said aaron..please keep on guide him as your brother in Islam..he is such a great person..thanks to Allah.Alhamdulillahi taala.
deeda_gee MasyAllah well said @aarondwiaziz. I’ve always admire you and yr beloved wife family to be out there. Hoping you will look after all the adik2 from Singapore which I’m very sure you have and will. Congratulations @iamaliffaziz . Heed big brother advised. May Allah SAW blessed both of you
Bila suami mula menunjukkan sikap berbeza, hati isteri mana yang tidak rasa tersentuh. Rasa sedih bila mana dipinggirkan suami, apa lagi bila suami mula buat perbandingan dengan orang lain.
Sayu hati seorang isteri. Sudahnya isteri mula berjauh hati dan mula tawar hati dalam semua hal.
Tulisan wanita bernama Marlia Ramli difacebooknya ini banyak benarnya. Ramai suami yang sudah mula memandang isteri dengan rasa sepi bila mana isteri tidak lagi secantik dulu. Suami, sila baca ni dan buka mata. Tolong peluk dan sokonglah isteri yang kita cinta!
SYURGA YANG DIBENCI
1- Semaknya lahai. Masuk je pagar dah bersepah mainan dari ruang tamu hingga ke dapur. Dengan anak comot tak mandi bagai.
2- Semaknya lahai. Harap le juga bini tunggu depan pintu wangi-wangi. Rupanya sampai rumah bini ntah di mana-mana dengan baju kelawar dan bedak sejuk. Bau susu basi lagi.
3- Semaknya lahai. Nak cium dahi bini pun bau bawang la, belacan la, minyak masak tanpa GST. Kot nak bermekap, langsung tiada!
4- Semaknya lahai. Kekadang bini bukan sampai rumah lagi pun. Ntah di atas jalan mana sangkut jammed balik keja. Balik rumah hanya ada kerusi dan meja.
5- Semaknya lahai. Dulu bini bersize kerengga sekarang bersaiz lori Alam Flora pula. Nak bawak ke majlis pejabat pun rasa malu la pula.
6- Semaknya lahai. Asal balik je dengar bini membebel itu ini. Dengan jeritan anak bergaduh bagai. Mengalahkan kereta api tak cukup arang. Punyalah bingit!
7- Semaknya lahai. Ipar duai mengadu bini saya tidak sempurna dan tidak baik juga. Kata ibu saya, isteri tak pandai masak, tak reti bergaul dan tidak sempurna.
Malah banyak lagi ke”semak”kan yang kita rasa sebagai suami. Kita rasa tersalah memilih isteri. Kita rasa kita adalah suami yang paling malang di dunia.
Isteri kawan terlihat cantik, manis dan comel sentiasa. Tapi isteri kita? Nak tengok muka pun hati tak senang. Aduh! Sungguh malang!
Ya.. Sebagai arjuna perkasa kita tidaklah update di FB atau Insta tentang kekecewaan kita. Kita juga tidaklah menangis call mak di kampung untuk bercerita. Namun di dalam jiwa, kekecewaan kita meronta-ronta dan akhirnya bertukar menjadi barah yang memakan diri.
Maka duhai arjuna mulia, perlahan-lahan kita mula jadi pendiam, kita bagi silenced treatment pada anak isteri, kita semakin kurang senyuman, kita mula lepak di mamak tengok bola. Malah yang semakin hardcore, kita mula angkat tangan kaki kepada isteri. Tersalah kari terlebih masin, pinggan mula dibaling ke dinding.
Namun… Jom kita menilai sejenak…
Duhai arjuna sang suami yang dihormati… Pada saat akad dilafaz maka segala dosa pahala wanita diserahkan dari bapa kepada suami tercinta. Ironinya setiap inci jasad, jiwa, hidup dan mati seorang wanita dipersembahkan sepenuhnya kepada anda aduhai suami mulia.
Sang isteri tinggalkan ibu, tinggalkan ayah, tinggalkan keluarga dan tinggalkan keseronokan hidup sebagai si gadis muda. Penyerahan yang dipenuhi kepasrahan dengan harapan beroleh bahagia.
Duhai arjuna, sesekali pandanglah wajah isteri. Tenunglah setiap garis-garis airmata di pipi. Seperti mana anda tidak bahagia, begitulah juga wanita.
Sebab itulah sang isteri membebel itu ini. Wanita mahu didengar. Terkadang marahnya memuncak dan emosinya celaru. Peluklah isteri berbau bawang anda itu. Kasihanilah dia…
Benar.. Dulu dia bersaiz kerengga, secantik secretary di office anda, sewangi Mira Filzah dan selincah Neelofa. Namun, tanggungjawab keluarga didulukan dia.
Dulu wang gajinya untuk perfume Estee Lauder, kasut Bonia, make up Loreal dan handbag Gucci. Namun kini wang gajinya untuk kos sara hidup bersama anda. Maka anda masih tertanya-tanya kenapa isteri tidak sewangi zaman bercinta?
Jika di zaman gadis dia punya kawan. Di hujung minggu dia ke spa bermandi susu dan minum coffee di cafe. Kini di hujung minggu dia bersama anda mengendong anak-anak. Manalah lagi bajet pembelian baju cantik selain set kelawar yang dipakai dia?
Duhai arjuna mulia, bila isteri bercerita sahutlah dia dengan cinta. Janganlah menjeling hatta bergurau untuk berpoligami dengan Neelofa. Biarpun sang isteri tersenyum, hakikatnya dia terluka. Jiwanya jadi takut dan risau. Manalah tahu kalau-kalau suami sekacak bangla dirampas sesiapa?
Duhai arjuna mulia, sejenak usaplah tangan isteri. Lihatlah tangan yang pernah gebu kini bercalar dengan minyak panas akibat berusaha menyediakan makanan buat keluarga.
Ya, wanita bergelar isteri mengorbankan keseronokan di zaman remaja demi membina hidup bersama kita.
Tidak cukupkah lagi sembilan bulan sepuluh hari wanita ini mengendong zat zuriat suami yang paling dicintai? Malamnya berkeluh kesah tidak mampu lena akibat tendangan bayi?
Tidak cukupkah lagi wanita berkali-kali mati demi melahirkan zuriat yang paling istimewa. Tanyalah secretary secantik Neelofa, sanggupkah dia mati untuk anda?
Usahlah bandingkan isteri dengan kejelitaan Che Ta. Che Ta bermandi susu sedangkan isteri bermandikan airmata!
Tidak cukupkah lagi wanita menyusukan anak hingga dua tahun? Segala bentuk badan mula mengendur dan segala kecantikan mula pudar.
Badan mula penat dan mulut mula berbunyi. Jangankan make up, mahu disapu bedak sejuk ke muka juga sudah tidak punya daya?
Ingin juga dibayar bibik dari Jawa namun gaji kita pula tidak seberapa. Maka sang isteri yang penat gagahkan juga uruskan kerja di pejabat berserta hal ehwal keluarga seusai subuh pagi sehingga lewat senja.
Di manakah kita? Sedang menonton bola bersama rakan, bergelak ketawa dan bergembira minum teh bersama secretary. Kita mungkin sedang membina badan di gym atau bermain golf di padang ketika isteri menggelupur kelelahan.
Sampainya hati kita mula rasakan dia tidak teristimewa seperti dulu. Terkadang mahu dihulur wang untuk dibeli barangan dapur pun kita marah bagaimana mahu ditaja peralatan make up pula?
Duhai arjuna mulia, kita bukan Tan Sri berharta. Kita juga boroi dan tidaklah sehensem mana. Bersyukurlah isteri kita sentiasa setia. Isteri kita sentiasa ada. Tidur kita tidak pun pernah keseorangan pula.
Adilkah kita membandingkan isteri kita dengan isteri kawan yang terlihat cantik sentiasa? Berapa banyak kos yang suami beliau habiskan supaya isterinya wangi dan cantik sentiasa?
Sedangkan kita? Mahu beli sabun jenama Lux pun masih berkira-kira syiling didalam kocek. Bila masa kita pernah hadiahkan set make up atau wangian berjenama buat isteri tercinta?
Pedulikan saja umpatan ipar duai hatta mentua jika ada. Biarpun satu dunia membenci isteri, suami yang setia sentiasa ada untuk menyinta. Baik atau tidak, isteri anda adalah ibu kepada anak-anak tercinta. Isteri juga punya hak yang perlu dijaga.
Jika salah, betulkan dia selayaknya. Jangan diabai, dibenci dan dikasari hatinya.
Duhai arjuna mulia, beritahu isteri betapa istimewanya dia dihati anda. Khabarkan betapa anda cintai dia minimum sepuluh kali sehari.
Ciumlah dahi isteri setiap pagi, tanda dia sepenuh hati kita dicintai. Bermaafanlah setiap kali sebelum tidur bermimpi Neelopa jelita.
Dengan kuasa cinta anda duhai arjuna mulia, sang isteri akan menjadi luar biasa jelita, luar biasa bahagia dan luar biasa gembira!
Yakinlah, jika sentiasa saling memperbaiki diri, rumahtangga tidak lagi akan menjadi SYURGA YANG DIBENCI.
Salam sayang
Kredit: Marlia Ramli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memikul tugas isteri, ibu dan dalam masa yang sama seorang wanita yang berkerjaya bukanlah suatu tugas yang mudah untuk digalas. Belum hilang penat mengurus anak, perlu pula lakukan kerja-kerja lain dan sekali gus menjadikan rutin harian terasa kalut.
Namun dengan adanya pasangan dan support system yang baik dan memahami, semua itu tidak menjadi masalah. Hal ini turut diakui oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
“Betul saya akui bukan mudah untuk urus dua anak dalam satu masa. Rasa macam kalut tapi saya gembira dan berterima kasih sebab ada kakak yang bantu dan memang saya sangat memerlukan sebab saya wanita berkerjaya.
“Waktu kerja tak tentu,macam semalam balik lewat pukul 2, keluar awal pagi jadi memang saya tak terkejar. Saya bukanlah isteri yang sempurna sebab itu saya perlukan support system yang baik.
“Alhamdulillah Aafiyah dan Afwa ada yang menjaganya, malah ada nurse untuk jaga Afwa, memandangkan Afwa masih kecil dan jadi lebih mudah pantau kesihatannya.
“Support system sangat perlu bagi yang berkerjaya dan sibuk macam saya. Syukur ramai membantu meringankan kerja-kerja saya. Itu sebab saya boleh fokus dengan kerja yang saya buat contohnya seperti jika perlu buat photoshoot, buat promosi jualan, rehearsal konsert persembahan semua itu main minda dan tenaga. So far alhamdulillah,” jelas Datuk Siti Nurhaliza yang turut akui suaminya banyak membantu ringankan urusannya ketika ditemui di majlis pelancaran Beaukids perisa terbaharu Anggur serta wajah baru Beaukids Strawberi yang berlangsung di BK Mini Fiesta 2022 baru-baru ini.
Berkongsi lanjut berkenaan Beaukids perisa terbaharu Anggur, siapa sangka rupa-rupanya ada kisah menarik dalam pemilihan perasa anggur itu sendiri.
“Alhamdulillah Aafiah adalah seorang yang jenis kalau dia suka, dia marah, dia sedih, dia memang seorang yang menunjukkan dia punya perasaan akspresi. Bila kita beritahu dekat dia pun, mula-mula pun dia dah wow excited.
“Kita memang tak beri tahu awal-awal apa perisanya supaya dia boleh buat pilihan sendiri.
“Masa penghasilan perisa anggur kita ada satu lagi pilihan, buah yang lain. Jadi kita tak letak warna, gambar dan sedaikan 2 cup sampel berbeza untuk Aafiyah cuba. Antara keduanya, dia pilih anggur.
“Jadi saya nak apa yang the real selera anak-anak, alhamdulillah anggur pilihan Aafiyah dan kemudian barulah saya rasa dan nyata saya juga suka dengan rasanya,’’ cerita Datuk Siti penuh semangat.
Tambahnya lagi, “Saya melihat perniagaan produk kanak-kanak ini sesuai juga saya jadikan Aafiyah mewakili saya untuk mengeluarkan produk. Aafiyah mungkin rezeki saya dengan nama yang bagus, Aafiyah itu sendiri memberi makna yang terbaik. Jadi itulah sebabnya kita letakkan nama Aafiyah untuk jenama minuman ni.
“Akan datang insyaAllah akan ada produk penjagaan kesihatan seperti balm dan sebagainya dengan jenama Afwa. Tapi itu masih dalam peringkat R&D, kalau ada kita akan umum,” jelas Datuk Siti Nurhaliza lagi berkenaan perancangan masa depan dalam perniagaan produk kanak-kanak.
Seakan menjadi kebiasaan apabila kita melihat seseorang anak yang berjasa kepada ibunya dengan melakukan kebaikan, ada satu ungkapan yang biasa disebut-sebut, iaitu ‘sejuk perut ibu mengandung’.
Begitulah kisahnya jika ingin dikaitkan dengan Ameena Sofia, walau baru berumur tiga tahun lebih, namun anak kecil ini seakan sudah memahami banyak hal dalam melakukan kebaikan kepada ibunya Shakilla Khoriri.
Apatah lagi saat ibunya kurang sihat. Tidak hanya mendengar kata malah dengan senang hati membantu dan merawat untuk redakan kesakitan yang ditanggung.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ini dapat dilihat menerusi laman Instagram, Shakilla memuat naik video yang menampakkan dia kurang sihat dan di dalam video tersebut dilihat Ameena begitu setia berada di sisi ibunya dan rajin pula menjaga ibunya itu.
“Paling takut kalau diuji dengan sakit ketika ni. Lebih risaukan keadaan Ameena dari diri sendiri. Apa perasaaan dia.
“Actually dah berapa hari badan bagi hint macam nak sakit. Tapi digagahkan juga. But not today. Cramp belakang sampai tak daya nak bangun buat apa pun. Baring since pagi tadi. But still bangun juga untuk uruskan Ameena,” kongsi Shakilla.
Lumrah naluri seorang ibu, meskipun kurang sihat namun anak-anak menjadi keutamaan. Akan diusahakan untuk lakukan yang terbaik untuk menjaga mereka. Pun begitu, bila mendapat perhatian daripada anak sekecil Ameena, tentu sahaja hati seorang ibu mudah tersentuh dan membuatkan Shakilla berasa sebak.
“Risau terlelap takut Ameena buat apa-apa luar jangkaan. Tapi today Ameena main depan TV ni je. Sambil dia cakap, Umi sleep lah REST. Ameena tak buka pintu. Ameena tak main jauh. Ameena tak pergi naik atas. Ameena main depan eyes Umi je. Hmmm… sebak !,” luahnya lagi.
Bukan itu sahaja, Ameena juga menunjukkan kerisauan terhadap keadaan ibunya bila tidak berselera untuk menjamah makanan. Bertubi-tubi soalan diajukan dan hinggalah menawarkan diri untuk merawat kesakitan ibu tercinta dengan memicit-micit kepala ibunya.
“Lepas bagi dia makan, dia tanya why Umi tak makan? Tak suka makan dengan Ameena ke? Sebab kalau waktu makan memang kitaorang akan makan sama-sama. Aku simbat juga lah makanan walaupun hujung tekak dah nak termuntah. Lately ni loya nak muntah tak sedap tekak.
“Dah settle makan Ameena kata, Umi pening kepala ke?? Ameena picitkan. Hmm… pandai dah budak ni.
“Tak sangka banyak ajaran yang aku tak sedar aku ajar dan tunjukkan dekat dia , dia APPLY dalam kehidupan dia.
Ya Allah. Walaupun hujung-hujung dia magickan aku. Thank you sayang @ameenasofia_,” kongsinya panjang lebar.
Meninjau di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Shakilla segera diberi kesembuhan dan ramai puji kebaikkan dan keperihatinan Ameena dalam menjaga ibunya.
“MasyaAllah Lovely Ameena..anak bijak,” komen warganet.
“Good girl..jaga mummy baik-baik, semoga dilindungi,” doa yang lainnya.
“Comelnya Ameena, jadi anak yang solehah ye jaga umi,” tulis yang lainnya.
“Sejuk tengok Ameena layan umi dia…caring betul…anak solehah,” komen yang lain.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di