Kesihatan

Serunding Halia Ikan Bilis Goreng Rangup, Menu Pantang Super Sedap!

Share

Jemunya makan lauk rebus dan panggang setiap hari. Apa kata di hujung-hujung waktu pantang kita cuba menu bergoreng pula.

Serunding yang dihasilkan daripada halia dan ikan bilis ini memang lain daripada yang lain. Malah nak memasaknya pun teramatlah mudah berbanding serunding lain. Paling penting halia kena banyak supaya dapat buang angin dalam badan. Kasi panas!

Serunding Halia Pantang yang dikongsikan oleh Cik Pooja ini mendapat sambutan menggalakkan daripada netizen. Malah caranya yang menunjukkan dengan langkah demi langkah buat semua teruja. Jom cuba resipi serunding halianya.

Bahan-bahan:
1/2kg ikan bilis
5 biji bawang besar
5 labu bawang putih
4 inci halia
2 sudu besar lada hitam

Caranya:
1. Lada hitam tu cikpooja goreng ya. Kalau tak nak goreng pakai minyak, sangai pun boleh.

2. Hiris dan potong semua bahan seperti dalam gambar.

3. Dah potong semua bahan, goreng la ya. Minyak kena banyak dan biarkan bahan gorengan berenang renang. Goreng semua bahan asing-asing sampai kekuningan.

4. Lepas tu, toskan la ya. Letak tisu di bawahnya supaya serap minyak.

5. Dah siap goreng semua bahan, tunggu sejuk dulu dan kisar guna blender kering sampai hancur. Kalau nak tumbuk pun boleh, ikut pada citarasa masing-masinglah ya. Cikpooja blander bahan-bahan ni asing-asing, lepas tu baru gaul sebati.

6. Siap. Buat untuk makan sendiri. Simpan dalam balang kedap udara je. Tak payah masuk peti ais pun. IsyaAllah berbulan-bulan tahan. Kalau buat betul-betul kering elok.

Kredit: Cik Pooja

IKLAN