“Setiap Pagi Ambil Empat Biji Telur Separuh Masak & Roti Bijirin Penuh.” Syed Saddiq Kongsi Tip Pemakanan Untuk Gaya Hidup Sihat.

Share

Setiap orang berbeza cara dan pendekatan dalam  menjaga kesihatan diri. Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan. Nak sihat kena amalkan makanan sihat dan seimbang.

Bagi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau ada cara tersendiri. baru-baru ini dalam satu temu bual, beliau berkongsi tip pemakanan yang diamalkannya untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Rupa-rupanya setiap hari beliau mengambil empat biji telur setengah masak dengan roti bijirin penuh atau wholegrainsebagai hidangan sarapan.

“Kalau kita selalu bersenam pun kalau tak jaga makan, susah juga.

“Contoh, setiap pagi saya akan ambil empat telur setengah masak dan roti bijirin penuh,” kata Syed Saddiq dalam Agenda AWANI.

Selain sarapan yang lengkap, menteri kabinet paling muda di rantau Asia ini memilih untuk mengurangkan nasi dalam hidangan makan tengah hari dan malam.

“Saya juga sedang berusaha keras untuk menjauhkan diri daripada minuman berkarbonat,” katanya.

Sumber: Astro Awani

IKLAN