Memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Apaun asas pembinaan sesebuah perkahwinan adalah untuk keluhuran dan kesetian pasangan serta menerima seadanya pasangan.
Moga 27 tip mudah ini menjadi panduan dalam membina sebuah rumahtangga bahagia.
Baru-baru ini tular satu tangkap layar status whatsapp seorang suami yang merungut dengan sikap isteri yang didakwa tidak membenarkan dirinya melepak. Rata-ratanya memarahi dan mengutuk perbuatan lelaki itu yang dikatakan melebihkan sahabat berbanding isteri dan anak-anak.
Tidak tinggal diam, doktor dan juga pengacara, Dr Say Shazril memberikan pandangan berkenaan isu tersebut.
Menurut Dr Say, tidak salah bagi seorang lelaki sudah berkahwin untuk bertemu sahabat namun mereka sepatutnya peka dengan keadaan isteri lebih-lebih lagi yang sudah menyandang gelaran bapa.
“Saya agak triggered dengan pandangan lelaki yang dah berkahwin dan ada sorang anak ni. Saya harus akui bahawa saya bukanlah suami yang baik tapi saya cukup pantang lelaki melayan perempuan macam ni apatah lagi seorang suami melayan isteri yang merupakan ibu kepada anaknya sebegini.
“Nak berkawan silakan tapi sedar-sedar lah batas hang sebagai seseorang bergelar ayah. Hang ingat bini hang hubungi sebab hang baru lepak 30 minit ka? Bini kita ni dia punya power, tiga hari/tiga bulan/ tiga tahun atau tak dak hang selama-lamanya pun dia boleh jaga anak tu tapi alasan dia hubungi mesti sebab dia nak hang ada sekali kat rumah tu sebagai seorang ayah untuk luangkan masa dengan anak hang.
“Mungkin ada yang cakap ‘boleh lah Dr Say cakap macam ni sebab saya tengok doc macam tak ada kawan je’. Saya ada ja kawan cuma lepas kahwin terutamanya lepas ada dua anak ni kawan bukan lagi keutamaan saya,” jelasnya.
Tambah Dr Say lagi, para suami haruslah sentiasa bertolak-ansur dengan isteri dan sama-sama menjaga cahaya mata dengan baik.
” Tambahan saya ada anak istimewa dan anak saya dua-dua ligat. Benda ni simple je, letakkan diri kita dekat tempat isteri. Kalau ampa kena hadap anak ampa sorang terutamnya lelaki yang jenis utamakan kawan ni, saya guarantee 30 minit jaga anak rasa macam tiga jam.
“Hang kerja pagi sampai petang, balik hang lepak dengan kawan, dah tu bila masa hang dengan anak hang? Jadi BE CONSIDERATE. Anak tu amanah berdua bukan amanah isteri sahaja.
“Paling tak boleh bla ugut nak ‘lepaskan’ bini sebab ‘memalukan’ dia di hadapan kawan-kawan. Tak tahu nak tolong macam mana lah lelaki macam ni. Mesti egois, keras kepala, fikir dia lah yang paling hebat dalam keluarga tu dan paling penting bini tak ada hak dan tak boleh bersuara.
“Kepada wanita-wanita yang masih belum berkahwin tolonglah jauhi lelaki-lelaki kolot dan selfish macam ni. Kepada wanita yang dah ter-kahwin lelaki macam ni, my prayers are with you. Apa kata kalian? Ke ampa tuju dengan pendirian lelaki ni?” tambahnya.
Usianya sudah memasuki 19 tahun, namun dia hanya mampu terlantar di rumah. Segalanya dilakukan oleh ibunya memandangkan dia tidak berupaya untuk menguruskan diri sendiri.Lebih menyedihkan si ibu tidak bekerja tetapi terpaksa menanggung beban kewangan yang besar setiap bulan.
Ini secebis kisah penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh gadis bernama Izzati yang menghidapi penyakit ‘Cerebral Palsy’ sejak berusia 6 bulan.
Kisah Izzati atau nama sebenarnya Norizzati Hairudin dikongsikan oleh Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial – KELSS dalam usaha mendapatkan dana untuk membantu gadis ini untuk menampung kos keperluannya setiap bulan yang dikatakan mencecah RM1300.
TABUNG UNTUKMU SAYANG – ADIK IZZATI
Bismillahirahmanirahim..Kami dengan ini melancarkan ‘Tabung Untukmu Sayang – Adik Izzati’ bagi mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi rezeki bagi membantu adik Norizzati Hairudin 19 tahun, terlantar menghidap penyakit ‘Cerebral Palsy’ yang disahkan ketika berusia 6 bulan.
Kos keperluan khasnya mencecah RM1,300 sebulan termasuk susu khas dan lampin.
Tabung ini akan ditutup setelah mencecah sasaran RM6,760 dan akan diserahkan dalam bentuk berikut selepas selesai proses pembelian,
1) 6 bulan bekalan susu Ensure Gold Vanilla 850g
RM89 x 10 tin sebulan x 6 bulan = RM5,340
2) 6 bulan bekalan lampin Drypers Wee Wee Dry – XXL
RM35 x 2 pek sebulan x 6 bulan = RM420
3) Bantuan kewangan one-off RM1,000
Jumlah: RM6,760
Ibunya Siti Aminah Mohamed tidak bekerja kerana masalah kesihatan serta perlu menumpukan sepenuh masa untuk anak syurganya itu.Beliau bergantung pada bantuan bulanan JKM (RM350) dan Baitulmal (RM250) untuk keperluan khas Izzati dan keperluan hariannya.
Aminah bersama Izzati kini tinggal dirumah sewa anak keduanya yang telah berumahtangga di Kg Kemus, Alor Gajah, Melaka itu sebelum ini disantuni oleh kru kami melalui siri lawatan awal (Lawatan Kasih)
Sumbangan atau infaq dari orangramai boleh disalurkan ke akaun rasmi kami seperti dipersetujui ibunya.
CIMB BANK 8602 4983 68
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL
Pertanyaan melalui WhatsApp
Tekan www.wasap.my/60179404640/Izzati #SelamatMembantu #TogetherWeHelp
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semakin dekat nak peperiksaan, semakin debaran buat anak dan juga ibu ayah. Biarpun anak tak pandai, tetapi ibu ayah bagilah harapan buat anak. Cara ini memberinya semangat buat dirinya.
Walaupun kadang, tanggungjawab berat sebagai ibu bapa mencari rezeki, namun apa salahnya selit sedikit ruang waktu untuk memberi semangat dan harapan buat anak-anak. Ingatlah, masa emas bersama anak-anak semasa kecil tidak akan berulang kembali. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi terbaik kepada anak-anak .
Begitu juga dengan perkongsian guru ini dalam status laman facebooknya Mohd Fadli Salleh III. Beliau berharap setiap ibu bapa meluangkan sedikit masa untuk memberi semangat dan harapan buat anak-anak. Biarpun anak-anak kurang bijak, namun, harapan masih menggunung tinggi untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kita bukan yang menentukan hari esok apa yang akan berlaku, hanya tuhan yang menentukan segalanya. Ikuti perkongsian guru ini .
Petang semalam sewaktu dalam kelas saja aku survey tanya murid tahun 6,
“Siapa mak ayah dia tak boleh datang solat hajat malam ini?”
Lebih 10 orang angkat tangan. Terkejut aku. Tak sangka ramai juga. Tu baru sekelas.
“Awak balik rumah, cakap kat mak dengan ayah kata cikgu suruh datang malam ini. Solat hajat beramai-ramai di sekolah malam ini adalah solat hajat terakhir untuk awak semua menjelang UPSR.
Jika mak ada adik, bawa adik sama. Tiada masalah. Jika ayah ada kerja, suruh tinggal sekejap kerja. Datanglah solat hajat. Semua ini bukan untuk cikgu, ini semua untuk awak juga.”
Murid menganggukkan kepala tanda faham. Dan malam tadi, Alhamdulillah bertambah bilangan dari survey awal aku petang semalam.
Namun masih ada beberapa murid hadir tanpa diiringi oleh sesiapa. Mak, ayah atau abang hantar kat pagar sahaja dan pulang.
Malam tadi masa ke kantin lepas solat hajat untuk jamuan makan, seorang murid perempuan dari jauh memanggil aku,
“Cikgu! Tunggu!”
Aku perlahankan langkah tunggu dia mengejarku dan kami berjalan beriringan. Sambil-sambil itu aku tanya,
“Awak datang dengan siapa?”
“Ayah hantar,” balasnya pendek.
“Mana ayah?”
“Ayah hantar kat pagar sahaja. Jam 9:00 nanti ayah akan datang ambil. Ayah kata ada kerja,” balas dia perlahan.
Mata hanya pandang lantai tempat kaki melangkah. Sekilas aku perasan, sedikit perasaan sedih dan sebak terbayang di wajah anak itu.
Orang lain, berjalan beriringan dengan ibu ayah ke kantin. Yang berpimpin pun ada. Sambil-sambil berborak dan bercerita dengan gembira.
Mungkin itu sebab dia panggil aku. Nak berjalan beriringan seolah berjalan dengan ayah sendiri. Dia nak perasaan itu hadir dalam hatinya walau sedikit. Walau tidak sama.
Dia dan segelintir yang lain, hanya cuba menghiburkan diri dengan guru dan kawan-kawan senasib. Bergelak ketawa, bergurau senda dan bermain sesama mereka.
Nampak luaran gembira, namun percayalah. Di dalam hati mereka terasa satu perasaan mengharap ibu dan ayahnya hadir sama.
Ibu bapa. Bila pihak sekolah anjurkan program tolonglah luang masa dan hadir.
Terutama jika anak kita di tahun peperiksaan. Program bertemu waris, program solat hajat, program diskusi bersama pihak sekolah dan guru, tolonglah hadir.
Itu anak kalian. Anak kandung kalian yang dari kecil kalian dukung, tatang, mandikan, suap makanan, belai, hiburkan dan segala macam.
Kenapa bila rasa anak sedikit besar, maka boleh lepaskan begitu sahaja?
Mereka masih anak yang sama kalian pernah suap nasi dahulu. Anak yang sama kalian pernah basuh berak kencing mereka.
Susuk tubuh mungkin sudah besar bagai orang dewasa. Namun mereka tetap anak kecil kesayangan kalian suatu ketika dahulu lagi.
Mereka sangat perlukan sokongan dan semangat dari kalian. Meski pun tidak berjalan beriringan, tidak berkepit dengan mak ayah sewaktu program sekolah, namun sesekali mereka akan mencari-cari.
Ya, anak-anak ini mencari-cari wajah ibu dan ayah mereka dicelahan ratusan wajah-wajah lain.
Sebaik terpandang wajah ibu atau ayah, satu perasaan lega dan selamat pasti hadir dalam lubuk hati. Satu perasaan yang sukar aku nak ungkap dengan kata-kata. Seolahnya hati berkata,
‘Oh, ayah dan ibu aku ada.’
Pasti hadir perasaan tenang, lega, selamat dan memberi semangat.
Kita pernah menjadi anak kecil suatu ketika dahulu. Aku yakin kalian faham perasaan itu.
Biar Anak Tak Pandai, Bagilah Harapan Buat Anak Untuk Peperiksaannya. Status Cikgu Ini Penuh Pengisian
Tak kiralah anak kita itu tidak pandai ke, langsung tiada harapan dalam peperiksaan ke, atau pandai berdikari dan urus diri sekali pun.
Itu anak kita. Hadir dan beri mereka satu perasaan yang istimewa buat mereka. Tolong ya!
Briskwalk pada waktu pagi atau petang, mana lebih baik? Ketahui pandangan pakar mengenai manfaat setiap waktu serta tip mendapatkan kesan maksimum untuk kesihatan jantung dan tubuh.