Semalam tanggal 25 Jun, pasangan VVIP Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman Dan isterinya, Datin Sri Nur Shahida Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid selamat menyambut kelahiran anak keempat mereka, Yusoff Al Qardawi. Tahniah diucapkan.
Penantian lebih enam tahun untuk memperoleh anak keempat ini sesungguhnya satu kegembiraan besar buat pasangan ini dan seluruh keluarga mereka.
Menariknya, baru sahaja masuk hari kedua kelahirannya, si comel Yusoff Al Qardawi, anak keempat pasangan Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Nur Shahida sudah pun mempunyai lebih 115 ribu pengikut di instagramnya. Hebat!
Semalam Dato’ Sri Aliff dan Datin Sri Shahida berkongsi kegembiraannya selepas kelahirannya di instagram malah turut membuka instagram khusus buat Yusoff.
Terima Kasih Allah SWT atas anugerah ini. Saya telah pun selamat melahirkan khalifah kecil ini bayi lelaki pada 25/6/2018 bersamaan Hari Isnin. Alhamdulillah selamat semuanya. Terima kasih nenek @bondarozitaibrahim masakkan makanan berpantang. Sedap tak rasa macam berpantang pun.
Ads
Terima kasih semua rakan-rakan di ig dan fb yang tak putus-putus mendoakan saya dan bayi ini. Terima kasih kepada suami tercinta @aliffsyukriterlajaklaris …yang excited tunggu baby sampai saya pun confius siapa sebenarnya doktor.
Terima kasih doktor saya, Dr Datin Suhaiza Salleh, doktor paling best, rasa nak beranak je tiap tahun?…..
Terima kasih kedua ibu bapa dan mertua tercinta yang menemani dan sentiasa mendoakan saya.
Mudahan anak ini @yusoffalqardawi menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia dan akhirat amin.
Ads
Malah perkongsian video Dato’ Sri Aliff ketika saat melahirkan Yusoff ternyata sangat menyentuh hati. Ramai peminat mengalirkan airmata. Syahdu dengan pengorbanan seorang isteri.
Pengorbanan wanita sungguh hebat..setuju tak? Ketika ini saya berada bersama dia dan saya rasa pengorbanan melahirkan amat bemakna dan sukar untuk diungkapkan ketika moment ini berlaku.
Semoga anak ini @yusoffalqardawi menjadi anak yang soleh dan pengikat ikatan kita supaya lebih menyayangi antara satu sama lain. Walaupun berbagai dugaan hampir 12 tahun kita hidup bersama.. and ill always with u.. i love u syg @shahidadherbs forever.
Ads
Comel sungguh Yusoff, secantik ibu dan sekacak abahnya. Jom lihat gambar-gambar yang dikongsikan.
Sumber: IG @yusoffalqardawi, @aliffsyukriterlajaklaris dan @shahidadherbs
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lumrah membesarkan anak dilakukan oleh isteri. Biarpun ada yang kata, suami isteri kena saling membantu menguruskan anak-anak. Namun hakikatnya, isteri menjadi tonggak utama kepada anak-anak.
Tidak dinafikan bergelar ibu sungguh besar cabarannya. Jika dulu sebelum ada anak, nak jerit pun susah nak dengar. Bila ada anak, jeritan boleh dikatakan saban setiap jam pun ada.
Begitulah apabila membesarkan anak-anak lincah dan pelbagai peel. Menarik dengan perkongsian coach parenting ini, Mohd Fhais, bahawa dalam lembut seorang isteri itu ada garangnya.
Namun katanya lagi, segarang mana seorang ibu, dia tetap menjadi penyejuk hati anak. Malah anak akan mencarinya jika mempunyai masalah. Tidak salah untuk menganggap ibu itu pujaan hati anak!
Nak tahu lanjut kisah yang memang real berlaku kepada suri rumah, ikuti perkongsian ini.
Isteri. Dalam lembut ada garangnya.
Jangan di sangka air yang tenang tak ada piranha. Sekali ngap, semua diam.
– Anak nak makan, lembut je siapkan makanan, panggil anak makan, kadang siap suap guna tangan lagi.
– Tapi masa makan jangan la berlari-lari, gerak kaki sikit je memang keluar la suara jantan.
– Tu belum lagi kalau makan tumpah, memang bebel non stop la sampai bersih.
– Time belajar pun sama. Masa panggil anak belajar lembut je. “Kakak mari sini mama nak ajar”
– Sekali kalau tersilap jawab, dengan meja meja kena lepuk, bergegau meja tu.
– Jangan la main-main masa belajar, silap sikit buku boleh terbang. Adui..
– Bukan anak je kena, laki pun selalu kena. Huah..
– Baju dah siap lipat, susun cantik jangan la pungah memang kena basuh kaw kaw.
– Kadang time ambil baju tu bergalih sikit susunan, saya dah betulkan pun. Itu pun dia perasan lagi baju dah bergalih. Aduhai..
– Kita selalu dengar orang cakap jangan jadi pembaris lurus sangat tapi dengan isteri memang kena jadi pembaris. Salah kemas katil pun kena marah. Haih..
Kadang lembut, kadang garang. Lembutnya itu sifat semulajadi wanita, garang pula sifat semulajadi bila dah jadi ibu. Garang mana pun ibu tetap jadi pujaan hati setiap anak. Sungguh!
Hati mana yang tidak sedih dan rindu. Tempat berpaut sejak kecil hilang sekelip mata apabila ajal menyapa. Diri yang masih kecil mahukan belaian kasih sayang dan tempat untuk bermanja sudah tiada. Sesiapa sahaja yang melaluinya tentu hidup tidak keruan. Waima orang dewasa apa tah lagi kanak-kanak sudah tentu hati tidak dapat membendung kesedihan diri.
Menerusi siaran sebuah akhbar, memaparkan kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun masih merintih sedih setelah kehilangan bapanya Iskhandar Shah, 37, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Muar, Johor, Isnin lalu.
Walaupun sudah seminggu berlalu, tetap bersedih.
“Irwan nak ayah”.
Itulah perkataan kerap diulangi anak kecil ini
Mohamad Irwan Shah Iskhandar tinggal di Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina (PUJAYWA) di Taman Satria, Senawang, Negeri Sembilan berikutan nenek yang menjaganya sebelum ini tidak mampu berbuat demikian atas faktor kesihatan.
Pengasas PUJAYWA, Mohd Zatullah Kamarudin berkata hampir seminggu berlalu, namun kanak-kanak itu sehingga kini masih berada dalam keadaan sedih.nya
“Sebaik diberitahu bapanya meninggal kerana kemalangan itu, dia menangis tidak henti dan saya memeluknya manakala pelajar lain turut memujuknya supaya bersabar.
“Irwan seorang yang rajin dan mendengar nasihat dan kami sentiasa memintanya supaya tidak lupa sedekah bacaan al-Fatihah untuk arwah bapanya
“Saya dan rakan-rakannya serta penghuni asrama yang lain berusaha memujuknya dan walaupun peristiwa sedih itu sudah seminggu berlalu, namun Mohamad Irwan Shah sentiasa menyebut nama bapanya. Jelas, dia sukar melupakan bapanya itu kerana individu itu banyak membantunya dan memberikan kasih sayang serta perhatian walaupun mereka duduk berjauhan.”
PUJAYWA menempatkan 14 anak yatim berusia antara tujuh antara 15 tahun.
Semoga adik kecil ini kuat untuk meneruskan hidup tanpa kasih sayang ibu ayah. Jika kini hidupnya penuh duka, barangkali ada bahagia yang menanti buat dirinya apabila dewasa kelak.
Kredit & Foto: www.hmetro.com.m
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, demi anak ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja. Lebih-lebih lagi apabila anak dilanda musibah.
Demikian juga dengan Delvirahafiz Masnel, 37 yang terpaksa bertungkus lumus mencari wang bagi menampung rawatan anak, Del Uwais Alqarni Delvirahafiz, 10 bulan.
Uwais dikatakan mengihidap Meningitis atau radang otak sejak tahun lalu. Awalnya Uwais diserang demam panas pada 9 september tahun lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 3 hari selepas itu.
Menurut Delvirahafiz, selepas 22 hari mendapat rawatan, anaknya mula menunjukkan perkembangan positif.
“Sebelum ini Uwais terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan tetapi selepas menunjukkan perkembangan postif, jantung dan pernafasan makin baik, alat tersebut dicabut.
“Namun apabila dipindahkan ke wad biasa, badannya mula menegang sehingga tulang belakang membengkok, jari tangan tertutup rapat dan pergelangan tangan juga bengkok. Pihak hospital terpaksa memasukkan susu melalui tiub kerana Del Uwais tidak memberikan sebarang respond,”ujar Delvirahafiz sambil memberitahu sampel air tulang belakang anaknya di ambil sebanyak 3 kali bagi memastikan tiada kuman di bahagian saraf tunjang dan otaknya.
Dalam pada itu, Delvirahafiz terpaksa menjual biskut dengan jenama Cookies Kukimon di sekitar Shah Alam bagi menambahkan pendapatan hariannya.
“Kami sekeluarga juga sepakat untuk menapatkan rawatan alternatif memandangkan Del Uwais tidak memberikan sebarang respond. RM100 sehari diperlukan dan kos untuk tempoh sebulan RM3000 untuk digunakan bagi rawatan terapi saraf.
“Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, otot mulut dan kerongkong anak mula bergerak dan kami mula berikan susu melalui mulut. Doktor cakap Del Uwais mungkin lumpuh, pekak, bisu, buta dan tidak waras. Namun kita harus berusaha selagi mampu kerana setiap penyakit ada penawar kecuali mati,” ujar Delvirahafiz lagi.
Berikut adalah perkongsian Delvirahafiz kronologi anaknya jatuh sakit sehingga ke hari ini.
9 Sept = Del Uwais Alqarni demam
11 Sept = masuk icu dengan pelbagai ubat
18 Sept = 2 doktor pakar panggil saya dan isteri ke biliknya dan katakan, DEL Uwais Alqarni tiada harapan hidup dan sedang menunggu maut. Dr benarkan kami bawa 6 anak yg lain ke icu jika mahu melihatnya buat kali yg terakhir.
19 Sept = Allah swt pencipta saya dan kita serta Del Uwais Alqarni, Alhamdulillah, telah berikan dia kekuatan dan jantung serta pernafasan nya semakin baik.
2 okt = Del Uwais Alqarni dicabut bantuan pernafasan dari mulut (22 hari di icu)
3 okt = Del Uwais Alqarni di masukkan ke wad biasa. Semasa di wad biasa, badannya mula menegang sehingga tulang belakang membengkok, jari tangan tertutup rapat, pergelangan tangan bengkok, dan dia masih belum respon bila di panggil dan belum boleh hisap susu. Susu dimasukkan melalui tiub dari hidung ke perut.
19 Okt = Del. Uwais Alqarni dibenarkan pulang setelah 3x di ambil air tulang belakang untuk pengesahan tiada kuman lagi di saraf tunjang dan otak. Masih belum. Respon dan belum boleh hisap susu.
26 okt – Del Uwais mula buat rawatan terapi saraf di Sri petaling. Kos rawatan sehari hampir RM 100 sehari (dibuat setiap hari), sebulan RM 3000.
29 okt – setelah nampak otot mulut dan kerongkong ada bergerak, kami mula berikan del Uwais Alqarni susu melalui mulut, Alhamdulillah hingga hari ini dah hampir sebulan del Uwais Alqarni minum susu melalui mulut.
Sehingga hari ini, usaha merangsang saraf sarafnya di terus setiap hari sehingga pulih.
Kos rawatan sehari mencecah RM 100 sehari membuatkan saya terpaksa aktif dalam menjual apa apa barang. Dan sekarang saya menjual Cookies kukimon (home made) dari meja ke meja makan restoran sekitar Shah Alam. Mmg berat untuk merendahkan diri bergerak menjual barang dari meja ke meja, namun, bila melihat wajah Del Uwais Alqarni yg sakit, saya menjadi kuat untuk terus mencari dana untuknya dengan usaha jualan.
Doktor pakar mengatakan Del Uwais Alqarni mungkin lumpuh, pekak, bisu, buta dan tiada kewarasan. Namun, siapalah kita untuk menentukan masa depannya, sedangkan kita masih ada Allah. Semua penyakit InsyaAllah ada penawarnya kecuali maut dan ketuaan. Setiap jualan sangat membantu cikgu dalam menampung kos rawatan dan pengurusan anak kami.
Buat masa ini, Uwais (Muhammad), Alhamdulillah sudah mula hisap susu badan ibu susuan. Tapi masih belum respon bila di panggil dan kejang otot kaki tangan dan pinggang. Mohon doa semua setiap lepas solat.
Uwais (Muhammad) setiap hari di bawa rawatan terapi saraf dan diberi susu oleh isteri perawat. Proses rawatan mengambil masa sehingga 5 jam setiap hari dengan kos rawatan RM 100 sehari.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.