Jika masak tomyam memang sedap ni! Makan panas-panas bersama nasi memang bertambah dibuatnya.
Jika anda penggemar tomyam, cuba resipi ni. Siap ada step by step nak buat. Memang mudah. Rasa pun macam di kedai. Jom buat!
IKUTI PERKONGSIAN NI
TOM YAM KHUNG RESEPI ASLI SELATAN THAI SEDAPPPPPP !!!
a.k.a TOM YAM UDANG
CARA PENYEDIAAN:
Gelegakkan:
Air 3 cawan
Serai 3 batang yang dihiris menyerong
Lengkuas sebesar dua ibu jari di ketuk
1 biji Bawang besar holand dihiris nipis
5 helai Daun limau purut
Akar daun ketumbar
Cili api ketuk
BIAR menggelegak Lama sikit sebab kita nak keluarkan rasa dari sayur2 ni. Setelah mengelegak, masukkan:
3/4 cawan santan pekat
3 sudu besar Paste Tomyam yang muka Nyonya Thai tu.
6 – 8 sudu besaq Sos ikan
(pastikan sos ikan yang ada Gambar sotong kering tu. Cap lain tak sedap chef kata)
(TIPS PENTING CHEF: JANGAN MASUKKAN GARAM. Perasa hanyalah sos ikan. Kalau masuk garam, dia kata akan rasa lain)
1 sudu teh gula
Masukan UDANG
Sila pilih udang yang berkulit lembut warna kelabu kebiruan. Saya guna udang Harimau. Bila masak dia jadi warna merah , cantik.
Lagi besar lagi sedap Laaaa kann…harga pun lagi la sedap.
Biar menggelegak. Jangan lama sangat masak. Nanti isi udang keras tak best.
Sebelum tutup api
Masukkan:
Cendawan tiram
Daun ketumbar
Tomato
1 biji perahan LIMAU NIPIS. Jangan guna limau kasturi.
NOTA: masa saya masak ni, cendawan tiram tak dak, so saya guna cendawan yang panjang ni. Cendawan lebih keras dari Cendawan tiram, so saya masukkan awal sket.
Masukkan semua ni terus tutup api. Sayur2 ni akan lembut sebab kuah masih mengelegak.
RUJUK GAMBAR:
SIAPPPP… Sedap dimakan dengan nasi beras wangi Thai panas2. Jangan lupa sambal belacan dan telur dadar.
Fuhhh…. menghirup kuah tomyam panas2 yang masam2 pedas dan lemak manja ni sangatlah tak boleh dibayangkan kesedapannya. Anda harus cuba sendiri.
Pastu kan, kalau ada lebihan kuah tomyam tu, celurlah mee ka, bihun ka, kueatiaw. Hirup second round lepas terawih..
Selamat mencuba!
Resepi : Labiu Zalina
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Musim durian eloklah buat stok tempoyak. Senang nanti nak masak patin tempoyak , sambal udang tempoyak atau apa-apa masakan berasaskan tempoyak.
Namun nak buat tempoyak ada caranya untuk mengelak jadi berkulat. Malah jika kena caranya boleh tahan sehingga bertahun.
Sebagaimana yang dikongsi oleh puan Momo Chan yang menujukan cara langkah demi langkah untuk membuat tempoyak mengunakan resipi ibunya.
Ikuti perkongsian beliau.
Kena cara betul jika nak tempoyak tahan lama
Saya nak share cara buat tempoyak supaya tak berkulat dan tahan lama…. resepi ni tak mewakili mana2 negeri… tapi resepi ni dari mak sendiri… kami dulu tak ada peti ais .. jadi cara2 kat bawah nii adalah cara yg memang bepuluh tahun mak buat.. sebenarnya tempoyak nii masam….tapi ada org dia lebih suka dengan rasa durian bukan masam kan… kalau yg suka dengan rasa durian wangi lemak tak nak masam.. 1@asingkan isi dan biji masukan dalam bekas terus masukan dalam peti sejuk yee.. unt makan harian masukan dalam bekas asing .. unt simpanan masukan bekas lain letak tempat beku… yang ni cara buat tempoyak.. ni betul2 tempoyak ye yang rasa masam dan boleh tahan bertahun…. cara2 dekat gambar…. boleh disimpan dalam peti ais dan luar peti ais.. jika nak sentiasa segar letak ja bahagian bawah peti ais.. bau pun wangi ja…
Cara penyediaan ikut langkah demi langkah ini.
Durian ni boleh pakai yang murah2 .. maksudnya buah yg pecah2 dan isinya nampak tak cantik.. kalau nak pakai buah musang king pun tak da masalah..
Maksud tak elok tuu bukan kata berulat atau bekulat atau dah busuk tapi yang rasanya dah tak.sedap dimakan begitu saja…
Masukan dalam tapis.
Tip elak berkulat
Ni saya toskan 2 malam diluar peti ais ya. Air ni yang selalu jadi punca berkulat.
Masukan garam secukup rasa..Ada org cakap ehh tak perlu masuk garam nanti tak sedap. Dulu tak ada peti ais, jadi masukan garam ni unt awetkan isi durian sentiasa cantik tak da kulat atau rosak. Jadi saya tetap masukan garam walau letak dalam peti ais.
Masukan dalam balang bagi penuh pun tak pa sebab dia tak kan mengembang dah sebab masa kita tos gas dia dah keluar dan isinya pun dah kembang elok.. sebelum tutup tabur sikit gula diatas pemukaan. Nak segar letak bahagian bawah peti ais. Andaikata peti ais penuh boleh ja letak kat luar.
Memikirkan menu apa yang mudah disediakan dan menepati selera sekeluarga untuk dinikmati sebagai menu minum petang, mungkin inilah pilihan menum yang hebat untuk dicuba.
Menu lasagna yang dimasak tanpa menggunakan kepingan lasagna tapi digantikan dengan beberapa keping roti.
Melihat hasil masakan yang disediakan oleh Puan Mimie ini, nyata nampak sungguh menyelerakan.
Lagi teruja untuk dicuba kerana menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Jadi usah tunggu lagi, jom kita masuk dapur untuk mencuba sediakan menu ini.
Bahan-bahan:
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping keju
1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula
Cara-cara Penyediaan:
Inti Daging
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering.
7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.
Lasagna Roti
1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5. Susun kepingan keju ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.
Kredit : Mimie Ali via Pakar Diari Hati
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Shiera Al-Khaired berkongsi kegembiraan apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, selamat melahirkan cucu kedua yang diberi nama Aisa Zaina pada 3 Ogos 2026.