Bersempena Hari Kemerdekaan ke 63, pihak Astro telah mengadakan beberapa kempen menerusi rancangan Go Shop. Menurut hos Go Shop, Rai atau nama sebenarnya Raianna A. Rahman, kempen ‘Jom Go Lokal’ Go Shop menawarkan potongan harga sehingga 63% kepada pembeli untuk produk terpilih, sepanjang tempoh tersebut.

Sokong Jenama Tempatan, Go Shop Tawar Promosi Rebat Menerusi Jom Go Lokal Sempena Hari Kemerdekaan!

“Bermula pada 7 Ogos yang lalu sehingga 30 September, setiap belian di Go Shop dan berbelanja lebih RM300, boleh guna kod Promo Lokal 30 secara automatik untuk mendapat diskaun RM30. Manakala untuk mereka yang berbelanja lebih RM500, boleh guna kod Promo Lokal 63 untuk menikmati diskaun sebanyak RM63.

“Selain itu, kami juga menjalankan kempen lain melalui program Dapur Malaysia bersama Pak Nil dan Rai yang turut disertai oleh Chef Nakhaee. Program ini akan ke udara sebanyak 9-10 episod. Rancangan ini bersiaran selama sejam setiap Khamis bermula jam 11 pagi di Go Shop RUUMA (saluran 118) dan Astro Ria HD (saluran 104).

Sokong Jenama Tempatan, Go Shop Tawar Promosi Rebat Menerusi Jom Go Lokal Sempena Hari Kemerdekaan!

“Dalam rancangan ini akan menampilkan produk jenama tempatan, sekali gus  menunjukkan kami juga menyokong inisiatif pihak kerajaan dalam menggunakan produk jenama tempatan,” jelas Rai sambil memberitahu penonton juga boleh berinteraksi bersamanya dan Pak Nil menerusi Instagram Go Shop iaitu @shopatgoshop.

IKLAN

Melalui rancangan ini juga, Pak Nil dan Rai akan menunjukkan betapa mudahnya menghasilkan makanan berasaskan menu Malaysia dari Semenanjung termasuklah Sabah dan Sarawak dengan menggunakan barangan jenama tempatan.

“Kerana itu ia dinamakan Dapur Malaysia. Jadi, nak tahu betapa mudahnya penggunaan produk ini yang dibawakan dari Go Shop, penonton jangan ketinggalan menonton rancangan ini. Memang menarik kerana ia membantu ibu-ibu di luar sana untuk variasikan menu di dapur.

Sokong Jenama Tempatan, Go Shop Tawar Promosi Rebat Menerusi Jom Go Lokal Sempena Hari Kemerdekaan!

“Antara produk yang digunakan termasuklah Nakada Air Fryer yang merupakan produk jenama tempatan. Ia alat yang membantu menggoreng makanan dengan menggunakan minyak yang minima atau langsung tidak menggunakan minyak.

IKLAN

“Produk ini ditawarkan pada harga promosi istimewa RM199 dengan kapasiti yang cukup besar. Jadi, untuk ketahui lebih lanjut berkenaan produk ini kena tengok Dapur Malaysia bersama Pak Nil dan Rai pada 10 September nanti.

“Selain itu, turut ditawarkan adalah produk Mind Galaxy Air Cooler serta AT& IN Pillow . Bagi anda yang suka bersenam dan kekal aktif, kami tawarkan Zero eC Run Treadmill. Produk-produk yang ditawarkan ini merupakan jenama keluaran tempatan.

“Setiap produk ini ditawarkan dengan harga mampu milik dan berkualiti serta selamat digunakan di rumah. Malah ia juga menjimatkan tenaga,” Ujar Rai sambil mengakui sasaran kempen ini adalah untuk suri rumah selain penonton Go Shop.

Menerusi kempen ini juga, pelbagai produk rumah tangga, fesyen, kecantikan, gaya hidup Islam, makanan dan kesihatan ditawarkan khusus buat penonton Go Shop.

IKLAN

Sokong Jenama Tempatan, Go Shop Tawar Promosi Rebat Menerusi Jom Go Lokal Sempena Hari Kemerdekaan!

Bagi mereka yang berminat untuk dapat diskaun, bolehlah sertai kempen atau promosi Jom Go Lokal. Promosi ini berlangsung di saluran Astro iaitu  Go Shop RUUMA (saluran 118), Go Shop GAAYA (saluran 120),  saluran 111 dan saluran berbahasa Mandarin Go Shop iaitu 303.

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan produk Go Shop yang terkini, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI