Zaman sekarang boleh dikatakan semua pasangan suami isteri bekerja untuk menyara pendapatan bagi keluarga. Oleh yang demikian, anak-anak akan dihantar ke sekolah walaupun usia mereka masih mentah (2 tahun ke bawah) atau ke rumah pengasuh.

Di pejabat pula, hampir setiap ketika fizikal dan mental kita digunakan untuk melunaskan tanggungjwab di pejabat. Dalam fikiran kita bagi mendapatkan rehat yang mencukupi adalah sewaktu dirumah.

Itulah sebabnya kita akan berasa tidak sabar untuk sampai ke rumah apabila selesai waktu bekerja.

Ada juga yang berpendapat, sebaik sahaja pulang dan dapat melihat wajah anak, segala kepenatan dan kekusutan secara automatik akan hilang.

Bagaimanapun, terdapat juga ibu bapa yang memiliki sikap yang berbeza.

Mana tidaknya, segala masalah yang berada di tempat kerja turut diheret ke rumah.

Biasanya, permasalahan akan menjentik kepada emosi negatif.

Tip / Petua

Natijahnya, apabila anak-anak melakukan kesalahan yang sedikit seperti menjerit kegembiraan, ada sesetengah mak ayah hilang pertimbangan.

Tak perlu pergi jauh, penulis mendengar sendiri keluhan seorang rakan yang sedih dengan sikap ibu bapanya yang terlalu fokus pada kerja sehingga beliau dan adik beradik berasa terpinggir.

IKLAN

Bukan itu sahaja, wajah mak ayah beliau memanjang berkerut lantaran terbawa-bawa dengan segala kekalutan di ofis.

Pernah berlaku beberapa kali, adik-adik rakan penulis menjadi tempat ibu bapa mereka melampiaskan kemarahan.

Ah! Mendengarkannya, hati penulis pun yang jadi tak keruan. Cara itu memang tidak adil, bukan?

Healthline menjelaskan, tindakan memarahi anak-anak mungkin menyebabkan mereka berdiam diri, namun ia tidak membantu memperbetulkan segala kesalahan yang dibuat.

Tindakan ibubapa memarahi dan menjerit kepada anak-anak juga boleh mendorong golongan itu menjadi lebih agresif sama ada daripada segi fizikal atau percakapan, kata PubMed Central seperti dipetik oleh Healthline.

“Keadaan itu secara tidak langsung boleh mengakibatkan kesan jangka panjang. Ia akan memicu kepada berlakunya gangguan keresahan, kurang keyakinan diri dan meningkatkan sikap untuk memberontak,” kata sumber berkenaan.

Hal yang sama turut dibincangkan oleh Pegawai Perubatan Pediatrik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor, Dr Redza Zainol.

IKLAN

Dr Redza telah memuat naik tentang 10 perkara yang ibu bapa perlu elakkan daripada berlaku di rumah menerusi laman Twitternya.

Berikut Perkara Yang Disenaraikan:

1) Mengugut Anak


  • Sikap ibu bapa yang suka mengugut anak merupakan petanda bahawa kemahiran berkomunikasi bersama si kecil masih lagi lemah.

2) Tidak Meletakkan Peraturan Yang Jelas


Apabila mak ayah tidak menetapkan peraturan yang jelas untuk anak-anak fahami, ia menyebabkan mereka kerap melakukan perkara yang tidak diingini.

3) Menipu Anak-anak

  • Sebaiknya, ibu bapa perlu berkongsi maklumat dengan anak mengikut tahap usia mereka.

4) Membiarkan Anak


IKLAN
  • Apabila mak ayah telah menetapkan peraturan yang perlu anak-anak patuhi, mereka tidak boleh membiarkan si kecil melanggar garis panduan tersebut.
  • Anak-anak berfikiran bahawa peraturan boleh dilanggar sesuka hati.

5) Bercakap Dengan Nada Tidak Sepatutnya Atau Sarkastik

  • Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah tidak memahami konsep abstrak.
  • Elak menggunakan perkataan atau nada yang tidak boleh mereka fahami dengan jelas.

6) Mendesak


  • Sikap suka mendesak atau memaksa si kecil dengan bertanya berkali-kali tidak akan membantu mereka untuk menerangkan masalah.
  • Sebaliknya, ibu bapa perlu beri anak-anak masa untuk bertenang.

7) Abaikan Emosi Anak Yang Rasai.

  • Sebagai ibu bapa, perlu untuk mengiakan setiap emosi yang anak kecil rasakan. Mereka sedang belajar memahami setiap emosi yang ada iaitu marah, sedih, gembira dan takut.

8) Elak menggunakan Time-out, sebaliknya gunakan Time-in

  • Perkara yang ingin dijelaskan adalah ibu bapa perlu ada di sisi anak semasa dia sedang menangis dan tanpa memarahi mereka.
  • Peluk, gosok belakang anak dan minta mereka untuk ceritakan masalah yang berlaku.

9) Respons Dengan Cara Anak


  • Sekiranya anak-anak menjerit apabila di rumah, ibu bapa tidak seharusnya memberi respons dengan cara yang sama.
  • Sebaliknya jawab dengan tenang dan jelaskan kepada mereka, tentang cara percakapan dengan menjerit adalah tidak sopan.

10) Tidak peduli dengan kesalahan anak


  • Tugas ibu bapa bukan hanya membesarkan anak-anak tetapi menjadi insan yang sentiasa mengajar si kecil tentang kesalahan yang mereka lakukan.
  • Elak tuju kesalahan pada anak, sebaliknya jelaskan perbuatan yang tidak benar itu.

Oleh yang demikian, buat ibu bapa yang sudah penat bekerja, cuba elakkan membawa masalah pulang ke rumah. Tahu tak, pendekatan itu akan memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan.

Ingat, impian untuk anak-anak menjadi seseorang yang memiliki keperibadian sempurna adalah bergantung kepada cara didikan ibu bapa di rumah.

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Stress Di Tempat Kerja, Jangan Lepaskan Pada Anak

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI