Tidak dinafikan apabila penggunaan cermin pada dekorasi ruangan rumah juga akan menampakkan ruangan kelihatan lebih luas dan tanpak mewah bergaya.
Begitulah yang cuba dijelmakan oleh seorang suami ini untuk memberi impak luas dan selesa di bahagian dapur dengan olahan cermin di bahagian backdrop ruangan dapur yang dihasilkan sendiri untuk isteri tersayang.
Apa yang lebih mengujakan, lebihan potongan cermin tidak dibuang begiti sahaja, namun dimanfaatkan untuk menyuntik seri sebuah meja yang ada dikediamannya.
Berkongsi cerita tentang terhasilnya meja hiasan yang menawan itu, alkisahnya cermin-cermin tu bukannya pecah tetapi memang sengaja saya pecahkan.
Sebenarnya cermin-cermin tu adalah lebihan cermin backdrop kitchen yang isteri saya minta buatkan.
Jadi cermin yang lebih-lebih tu saya tak tahu nak buat apa. Ada yang masih elok dan ada yang saya potong tak jadi..tapi nak dibuang pula sayang..jadi saya simpan dulu.
Lepas tu saya teringat meja letak bunga tu sebab isteri saya ada plan nak tempah cermin ukuran bulat meja bunga tu kat kedai sebelum ni..so dari situ la terus datang idea nak buat cermin retak seribu tu.
Kalau dari segi tip keselamatan memang saya tak lulus sebab kerja saya koboi jer ..tapi dont try this at home ya.
Cuma untuk tip keselamatan saya sarankan pakai google dan glove bila kerja-kerja nak lekatkan cermin tu..lagi bagus kalau ada penyepit besi tu untuk kerja-kerja nak pegang serpihan cermin tu.
Ads
Alatan-alatan lain yang diperlukan adalah seperti :
1- silicone glue RM7
2- caulking gun (pump silicone glue) RM anggaran belasan ringgit sebab lupa.
3- putty filler/simen kapur.. saya beli yang pakai picit macam ubat gigi tu di kedai eco RM2.10 satu..untuk meja saya buat tu perlu lebih kurang 6pcs.
4- Sanding sponge block (saya pakai gred yang paling halus supaya bila gosok filler cermin tak calar) anggaran RM2 – RM3 macam tu..maaf pelupa.
5- Cermin pecah/sengaja dipecahkan harga ikut selera masing-masing.
Beli cermin kat kedai eco lagi jimat rm2.10 satu balik rumah pecah-pecahkan ..tapi awas jangan terdengar jiran sebelah nanti dipikir jiran orang sebelah berperang laki bini pulak hahahaaa gurau.
so total anggaran untuk sebesar meja yang saya buat tu dalam RM50 je..(kalau pakai cermin kedai ECO la)
Melakukan perancangan kewangan untuk berhari raya walau ada yang menyifatkan seakan sukar untuk direalisasikan tetapi andai bijak diurus akan mudah kita menjalani kehidupan ini.
Melihat lebih detail, wanita ini kongsikannya contoh kira-kiranya untuk dijadikan panduan.
BAJET RAYA – NGABIHKAN BOREH JO…
Ada rakan sahabat mencadangkan akak untuk membebel tentang bajet raya. Baiklah akak cuba ya… Jika ada yang tertinggal, silakan saja tambah agar kita semua beroleh manfaat.
Bagi rakan sekerja yang mengenali akak tentulah terfikir, elleehh…. akak suami isteri bergaji Manager juga Senior Engineer. Lagi nak sembang pasal bajet raya!
Duhai sahabat,Jika anda membaca e-catatan “Pelabur Bilis Yang Rojak” pasti anda faham bagaimana akak sentiasa menulis daripada perspective rakan bergaji rendah juga pasangan muda.
Benar, pendapatan isi rumah kami hari ini mencecah lima angka. Namun di awal perkahwinan kami adalah miskin bandar.
Arrgghh.. Anda bacalah e catatan akak baru anda faham. Barulah anda tahu bahawa 13 tahun lepas akak pernah memakai ‘kasut’ yang sama seperti anda.
Okay, berbalik kepada persoalan bajet raya, akak berpegang kepada beraya lah mengikut kemampuan. Jika bergaji besar tidak mengapa.
Namun jika gaji isi rumah di bawah RM3,000 anda mungkin berkeluh kesah bagaimana mahu membina bajet bagi menyambut perayaan?
Maka ini adalah pandangan akak yang pernah bergaji kecil juga :
1 – Pecahkan jumlah bajet perbelanjaan raya tahunan kepada beberapa bahagian seperti gambaran di bawah.
2 – Bahagikan jumlah tersebut kepada kadar bulanan dan kemudiannya harian. Barulah nampak berapa kadar harian perlu di simpan.
3 – Daripada situ kita boleh nampak bahawa peruntukan raya adalah pada kadar di bawah RM5 sehari. Bajet begini sederhana tapi bahagia.
4 – Kalau kita mengamalkan tabung berwarna hijau, hal ini tidaklah menjadi masalah. Setakat baju raya tiga orang anak tentulah lepas. Beli jenama Hari-Hari dan Mydin pun okay juga. Janji selesa.
5 – Tambahan pula jika kita punyai dana kecemasan untuk kerosakan kereta, kesihatan juga ‘unforseen maintainance’. Jika tiada apa berlaku, pulangkan balik ke dalam tabung kecemasan.
6 – Pakaian raya jika Baju Melayu dan baju kebaya seharusnya selang dua tahun barulah beli. Suami isteri di hari lain pakai baju uniform pejabat.
7 – Ye la, bukannya setiap hari kita pakai baju Melayu juga kebaya. Terkadang time kenduri kendara atau majlis tertentu sahaja. Itupun kalau ada jemputannya…
8 – Bab duit raya juga berilah secukup rasa. Jangan malu jika envelop kita nipis. Sekurang2 kita guna wang simpanan, bukan wang pinjaman untuk beraya.
9 – Kuih raya dua tiga jenis dah cukup dah. Adik beradik lain pun bawa balik kuih ke kampung juga. Jika di combine dah dapat 5-6 jenis kuih. Kan meriah jika adik beradik berkongsi rasa?
8 – Dalam wassup group family bincang dengan abang kakak. Saya bawa balik kacang dan kerepek, abang bawa semperit, kakak bawa tart nenas dan adik bawa air cordial. Mak ayah tentu gembira lihat keakraban kita adik beradik saling bekerjasama.
9 – Lebih meriah jika sekeluarga berkongsi rasa. Sediakan juga sedikit wang untuk beli lauk pauk juga. Sesekali balik kampung jangan jadi buaya. Selamba membedal makanan langsung tak nak keluar belanja. Sorang seratus dua, 3-5 beradik dah tentu cukup belanja.
10 – Jika gaji tak cukup untuk bina tabungan raya, carilah pendapatan kedua. Target sehari mahu dapatkan minimum RM5 sebagai bajet raya tahunan.
11 – Bajet raya tahun ini seharusnya bermula semenjak lepas raya tahun lepas. Rancang awal mengikut kadar harian tidaklah pening kepala.
12 – Macam biasa, kalau malas cari pendapatan kedua ikat perut kurangkan belanja. Dah memang asas kewangan begitu. Samada tingkatkan pendapatan atau kurangkan belanja.
13 – Jauhi perangai bergaya sakan di hari raya, hutang peribadi tidak terkira. Pagi raya kemain suami isteri menangis keinsafan. Balik raya fikirkan hutang suami isteri menarik muka. Apa guna bergaya raya hingga hilangnya rasa cinta?
14 – Credit card pun jangan asyik diguna. Wang plastik itu bukanlah hak kita. Itu wang bank yang punya. Gaji ciput perlulah kita berkira-kira. Berbelanja dengan berjaga-jaga.
15 – Yang mertua ipar duai janganlah perangai syaitoon kembali di hari raya. Buang perangai membanding mengumpat sesama kita. Menantu ini bagi angpow sedikit menantu itu bagi banyak. Adoiii jangan jadi dasar mertua versi ‘mak kau hijau’
16 – Kita ini di zaman millenium. Masyarakat lebih pintar. Kita tak heran gaya kalau poket rabak di sini sana. Langsir, sofa dan balang kuih bukanlah keutamaan berbanding saling menziarah bertanya khabar sanak saudara.
17 – Biar kurang gaya asalkan buku akaun berderet angka, asset dan passive income sentiasa ada. Bila dikutuk, abaikan saja. Mereka tak nampak angka PNB, KWSP, TH, AHB, portfolio juga pendapatan sewa yang kita punya. Tak perlu pun kita heboh cerita. Asset kita tak perlu dijaja cerita kepada sesiapa.
18 – Ehhh tapi ingat, bajet pun bajet juga. Zakat fitrah bayar sekarang. Jangan asyik bertangguh sesaja. Takut nanti terlupa, sibuk gegarkan rumah kawan yang layak menerima di awal pagi raya. Ini menyusahkan semua.
19 – Akak cerita ini bagi yang bergaji kecil. Yang gajinya besar masa ini adalah musim kita bersedekah. Berilah mengikut kemampuan. Dalam rezeki kita ada hak kawan. Jangan kedekut hingga menewaskan rekod ‘Haji Bakhil’ pula.
20 – Dalam gambaran di bawah akak cuba bina cadangan bajet bagi isi rumah bergaji bawah RM3,000. Anda nilai dan selarikan ikut kesesuaian. Dah nama pun cadangan secara anggaran.
21 – Sekian dulu bebelan akak. Semoga sedikit memberi manfaat. Mulakan bajet raya seawal boleh ya.. Jangan too little money, too much to spend pula.
22 – Ehh! Lagi satu, beria-ria buat BAJET RAYA tapi tak kalau tak de disiplin nak patuh, lebih baik jangan buat bajet. NGABIHKAN BOREH JO…
Notakaki : Sila rujuk anggaran bagi mendapat sedikit idea cara mudah membina bajet raya. Asingkan mengikut kategori ya!
Bukankah memasak lagi mudah bila ramuan dan bahan-bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, cili dan sebagainya telah sedia ada? Tidak dinafikan juga, bila semua bahan-bahan ini ada stoknya, secara tidak langsung masa memasak juga dapat dipendikkan.
Pun begitu, perlu ambil tahu juga petua dan tip untuk pastikan stok yang kita hasilkan itu mampu bertahan lama dan kekal elok untuk digunakan di masa akan datang. Bimbang juga, jika silap gayanya, membazir pula dek kerana bahan-bahan etrsebut menjadi rosak dan busuk sebelum sempat digunakan.
Untuk itu, jom pelajari cara-caranya seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Norazlina.
PETUA MUDAHKAN KERJA MEMASAK
Stok bawang kisar
Kisar bawang merah & bawang putih yang dah dikupas bersama minyak…bahagi 2 bekas, 1 bekas letak kat peti bawah untuk kegunaan harian & satu lagi letak kat peti beku (gunakan bila stok peti bawah habis)
Stok bawang besar & putih
Ini untuk stok bawang hiris, kupas bawang besar & bawang putih, letak dalam bekas berasingan bertutup ya, dialas dengan tisu dapur.
Stok cili api
Buang tangkai dan basuh bersih cili api. Letak dalam bekas bertutup yang dialas dengan tisu dapur. Letak bersama beberapa ulas bawang putih untuk tahan lama.
Cili api kisar
Cili api yang dah dibersihkan, kisar bersama garam sikit menggunakan pengisar kering. Letakkan 1 ulas bawang putih dalam bekas cili kisar untuk tahan lama. Nak buat sambal kicap, sambal cencaluk atau tempoyak dah mudah.
Kunyit, halia & lengkuas
Bersihkan kunyit, halia & lengkuas. Letak dalam bekas bertutup yang diisi dengan air. Stok saya ni dah berusia 1bulan…masih lagi segar. Tukar air setiap 2 minggu.
Bunga kantan & serai
Bunga kantan & serai yang telah dibersihkan letak bahagian peti beku…nak masak defrost cara semulajadi dengan biarkan diluar.
Stok cili kering
Potong cili kering dan basuh bersih…rebus bersama beberapa ulas bawang putih. Rebus cili kering bersama bawang putih hingga lembut. Tak perlu basuh ye, terus kisar cili bersama bawang putih dan minyak masak.
Penggunaan minyak menggantikan air untuk bawang kisar & cili kisar selain dari beri ketahanan lama, juga petua masakan tak terpercik terutama bila buat sambal tumis.
sumber : Norazlina Abd Aziz Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Viral di media sosial berkenaan kemurniaan hati seseorang yang tidak bernama apabila meninggalkan sekeping nota yang cukup ringkas tulisannya namun cukup tinggi nilainya. Ini sekali gus mencuri perhatian warganet apabila dikongsikan oleh pemilik warung Pok Choh yang terletak berdekatan dengan lapangan terbang Kuala Terengganu.
— Assalamualailum, Mohon Maaf, saya ambik air paip kat kedai ni. Di sini saya sertakan duit rm2#. Kereta mati. TQ —
Difahamkan menurut Mohd Fazli Jusoh atau lebih mesra disapa Abang Hogan, kedai makannya ditutup beberapa hari bersempena cuti panjang ketika mengundi baru-baru ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Warung kami berdekatan Airport Kuala Terengganu. Kami jual sarapan, antara menu Nasi Dagang nasi lemak dan sebagainya.
“4 hari lepas kami cuti, esok akan mula meniaga selepas mengundi marin. Bila kemas-kemas kedai, terjumpa nota ni terselit atas meja tempat kami biasa hidangkan lauk-lauk. MasyaAllah.. hebat orang ni” ujarnya ikhlas memuji tindakan tersebut.
Menyedari betapa murninya hati si pemberi nota tersebut, wang yang diberikan telah dimanfaatkan, bukan untuk tujuan peribadi malah dijadikan wang sedekah untuk manfaat yang lebih berganda.
“Moga dipermudahkan urusan awak sekeluarga, insyaAllah. Nanti kami masukkan duit ni dalam tabung madrasah.
“Sebenarnya dok perlu pon bayar setakat air paip tu. Ambik jer sebanyak mana yang perlu, moga pahala terus mengalir ke pusara ayahanda Pok Choh.. Amiin,” ujarnya yang juga suatu ketika dahulu pernah diuji dengan mengidap kanser limfoma tahap 4.
“bukan nilai duit tu sebenarnya.. perbuatan yang kecik macam ni.. nilainya tinggi..-Netizen
Meninjau diruangan komen, warganet memberikan pujian dan wajar sifat yang baik ini terpahat kukuh dalam diri setiap antara kita.
“bukan nilai duit tu sebenarnya.. perbuatan yang kecik macam ni.. nilainya tinggi..,” komen salah seorang netizen.
‘Mohon jangan cuti sampai 4 hari lain kali,” seloroh salah seorang warganet.
Dan tidak kurang juga ramai memuji tindakan orang tersebut. “Bagus la gitu ia maklum pada owner kedai,” komen yang lain.
“Allahu. Budi pekerti yang baik orabg yang amik dan bagi. Moga pahala buat semua,” ujar yang lain pula.
“terbaik..moga pahala berlipat kali ganda..dan mengalir seperti air sungai yang deras,” doa yang lain pula.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.