Bagi yang seangkatan dengan usianya, pasti kenal dengan figura seni bernama Najwa Latif.
Satu ketika dahulu, dia cukup dikenali dikalangan anak-anak muda. Siapa sangka, anak gadis yang sekadar menyanyi dalam kereta, namun berjaya mencipta nama sehingga menapak ke pentas besar Anugerah Juara Lagu (AJL).
Namun sudah lama tidak melihat kelibat Najwa Latif di media massa usai melanjutkan pengajian.
Hampir 11 tahun bergelar sebagai anak seni, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, sememangnya layak dijadikan contoh terbaik kepada ramai.
Dia bukan hanya memiliki bakat dalam bidang muzik, bahkan cukup berjaya dalam bidang akademik.
Baru-baru ini suaranya kembali mewarnai dunia seni apabila dijemput sebagai tetamu menerusi stesen radio Suria Malaysia, untuk segmen ‘Carta SURIA Top 40 bersama Bintang ‘ yang dikendali oleh penyampai radio Fizi Ali dan Suraya Borhan.
Rupanya Najwa kini sudah bergelar pensyarah di salah sebuah universiti. Kehadiranya di Suria.fm dikongsikan menerusi laman instagram. Tetap tampil malu- malu dan bersopan seperti dahulu.
Ads
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa rindu mereka setelah melihat Najwa dalam video tersebut.
“Saya Tak Nak Anak Derhaka Pada Ayah Mereka..”-Mulianya Hati, Netizen Respect Cara Ziana Zain!
Bercerai tidaklah bermaksud untuk bermusuh. Begitulah mulianya hati penyanyi Madah Berhelah, Ziana Zain ini. Walaupun jodoh tidak panjang bersama bekas suaminya, namun tidak pernah sedikit pun melarang anak-anaknya untuk meneruskan hubungan baik dengan bapa kandung mereka, Armin Zaharin.
Empat tahun memegang status ibu tunggal, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, dia mahu anak-anaknya hidup dalam keberkatan dan tidak menjadi anak derhaka.
Semua ini diceritakan ikhlas darihatinya melalui program bual bicara Next To Neelofa musim kedua yang bersiaran di Astro Ria pada malam Sabtu yang lalu.
“Saya tidak akan pisahkan anak-anak dengan bapa dia orang. Saya cakap dengan anak-anak saya nak hidup mereka ada keberkatan dari ayah dan juga ibu. Saya tak nak anak-anak saya derhaka kepada ayah dia dan juga saya,” katanya.
Dalam pada itu, Ziana Zain turut berpesan pada anak-anaknya untuk menunaikan tanggungjawab kepada ayah mereka untuk menjaganya bila suda tua kelak.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah apabila dah tua, saya pesan agar mereka ambil dan jaga ayah. Saya tidak akan marah, itu tugas mereka,” demikianlah katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh hati dan meluahkan rasa bangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyanyi kesayangan mereka itu. Meskipun telah banyak dugaan yang dilalui namun tetap mahu menjaga hubungan baik anak-anaknya dengan ayah kandung mereka.
Ini antara komen yang ditulis oleh warganet :-
“Bagusnya kakziana ni… didik anak2 sy cuba jadi ibu mcm kakziana juga”
“Tabahnya kak zz..nangis kita tgk”
“Hebat anak2 Kak Ziana..good looking🥰”
“MashaAllah Kuat nya kakak ku ziana, ank2 pun Baik alhamdulillah 🥺”
“Muka anknya mcm… penyanyi indonesia tu… Rizky Febian😁”
Ekstra Info : Terdahulu, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas tuduhan mencederakan anak lelakinya pada Mei 2018. Perkahwinan yang dibina selama 20 tahun itu berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 12 Julai 2018.
Gadis dihempap kayu balak, kembali jalani hidup seperti biasa, “Saya rasa bagaikan mati, hidup semula.” Mangsa yang dihempap kayu balak terjatuh dari lori di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, pada 9 Julai lalu telah sembuh dan keluar dari hospital selepas hampir sebulan menerima rawatan dan beberapa kali terpaksa ditidurkan.
Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, berkata, sehingga hari ini dia tidak pernah menyangka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa walaupun beberapa organ dalamannya seperti hati, paru-paru, buah pinggang hampir rosak serta mengalami patah pada lima tulang rusuk serta belakang.
“Saya rasa bagaikan mati, hidup semula.
Bayangkan pada hari kejadian sehingga 7 Ogos lalu saya keluar dari HRPZII (Hospital Raja Perempuan Zainab II) ramai yang menyangka sudah meninggal dunia.
“Alhamdulillah, berkat doa ahli keluarga, semua rakyat Malaysia serta tunang, ALLAH masih memberi peluang kepada saya untuk menikmati kehidupan,” katanya.
Menurut anak keenam daripada tujuh beradik itu, mengimbau kembali kejadian tersebut katanya, dia dalam perjalanan ke tempat kerja dan berhenti di lampu isyarat sebelum terdengar bunyi yang sangat kuat.
Ujarnya, dia melihat bagaimana kayu balak bergolek menerpa ke arahnya sehinggalah merasa kesakitan yang amat sangat namun masih sedarkan diri.
“Saya sedar apa yang berlaku walaupun tidak respon kepada orang sekeliling.
Saya hanya mampu menahan sakit dan mendengar orang sekeliling bercakap sehinggalah dibawa ke hospital.
“Sepanjang menerima rawatan juga saya sedar apa yang diborakkan oleh ahli keluarga serta doktor dan jururawat tetapi hanya mampu memberi tindak balas dengan menggerakkan anggota badan.
Setiap hari saya bercakap dengan diri sendiri, kena kuat, jangan lemah semangat, kena bangun berjalan semula,” katanya.
Siti Norelyana memberitahu, sehingga ke hari ini dia masih tidak percaya dapat berjalan serta pulang ke rumah dan menjalani kehidupan bersama ahli keluarga seperti sebelumnya.
Dia sangat bersyukur malah berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu sepanjang menerima rawatan di HRPZII.
Menurutnya, tunang, Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, sanggup menunggu di hospital setiap hari walaupun dia dalam keadaan ditidurkan.
“Kami sepatutnya disatukan pada Disember ini, namun melihat keadaan saya begini ia mungkin terpaksa ditanggungkan ke tahun hadapan.
“Ini kerana sehingga sekarang saya masih berada dalam keadaan trauma terutama bila melihat lori balak, mendengar bunyi yang kuat serta masih bermimpi tentang kejadian tersebut.
Disebabkan itulah saya terpaksa tinggal di rumah kakak di sini (Paloh 3) kerana rumah ibu di Simpang Aring, Ciku 4 terletak di tepi jalan raya,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Miskalsom Domea, 59, memberitahu, bersyukur sehingga sukar untuk digambarkan keajaiban yang ALLAH berikan kepada anak perempuannya itu.
“Setiap hari hanya perkataan ‘kritikal’ yang keluar dari mulut doktor, sebagai ibu hanya doa yang mampu saya panjatkan lebih-lebih lagi ramai yang menyangka umur Siti Norelyana tidak panjang.
Alhamdulillah, dia sembuh dan boleh meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan trauma,” ujarnya.
Ibu kepada tujuh orang anak itu berkata, trauma melihat anaknya dimasukkan lima pek darah dalam sejam serta ditidurkan masih tidak dapat dilupakan.
Namun katanya, fokus sekarang adalah meneruskan rawatan di HRPZII dua kali sebulan dan sama-sama berusaha menghilangkan trauma mereka sekeluarga.
Sinar Harian pada 9 Julai lalu melaporkan seorang wanita hampir maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Selasa.
Kejadian jam 11.23 pagi itu berlaku apabila lori membawa muatan kayu balak terbabit terbalik ketika mengambil selekoh.
Difahamkan semasa kejadian mangsa, Siti Norelyana dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Utama Gua Musang.
Mangsa yang mengalami kecederaan telah dirawat di Hospital Gua Musang.
Kesibukan kerja dan bebanan di waktu siangnya membuatkan kita kurang keinginan untuk ‘bersama’ pasangan di malam hari.
Jangan jadikan alasan kerja dalam hubungan yang satu ini sebaliknya cuba cari waktu sebaik mungkin untuk merealisasikan hasrat kedua-dua untuk saling ‘bersama’ dengan waktu sendiri.
Pagi hari antara yang paling indah untuk suami isteri berlayar di lautan penuh indah.
Lima fakta ini anda perlu tahu untuk mengetahui kelebihan berhubungan intim di waktu ini.
Tubuh Lebih Kebal
Seks di pagi hari ternyata mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membuat keduanya makin sihat dan tubuh lebih cergas.
Kulit Anjal & Sihat
Selain itu saat mencapai klimaks, tubuh akan melepaskan zat kimia yang akan meningkatkan level estrogen, yang sekaligus membuat kulit wanita lebih tegang dan kencang.
Lebih Energi
Setelah berehat di malam yang cukup panjang disertai dengan tidur yang nyenyak, hubungan diwaktu pagi pasti lebih bertenaga daripada biasa. Malah lebih segar. Kepuasannya juga lebih maksima!
Hormon Oksitosin
Ketika melakukan hubungan intim di waktu pagi, sejenis hormon yang dipanggil oksitosin akan dilepaskan yang mana bertindak memberi lebih perasaan bahagia.
Gembira Maksima
Percaya atau tidak, hubungan intim di pagi hari sangat meninggalkan kesan pada emosi anda. Mood terasa lebih bahagia malah mampu memulakan langkah ke tempat kerja dengan lebih gembira. Hati berbunga riang!
Minda Lebih Positif
Tidak hanya mood gembira dan perasaan berbunga riang, anda juga makin positif sepanjang hari. Tak hairanlah kalau anda mampu senyum sampai ke telingan hingga ke petang. Begitulah penangan kuasa pagi hari ini. Hebat!
Lebih Sihat
Hubungan ini tak hanya meningkatkan sistem kekebalan tubuh bahkan melancarkan peredaran darah. Paling penting ia sekaligus mengurangkan rasa sakit pada sebarang kesakitan lain seperti migrain dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.