Lumrah berumah tangga, ada pasang dan surutnya. Begitu juga dengan pelakon Zarina Zainuddin yang bergelar isteri yang kedua kepada suaminya, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar.
Bersyukur dengan kehidupannya kini walaupun bermadu dengan Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor, Zarina meluahkan rasa syukur dan penghargaanya terhadap suami dan madu di laman Instagramnya.
“Dua insan penting dalam hidup saya. Suami saya dan madu saya. Kalau mereka ni takde tak tahulah saya macamana sekarang ni,” tulisnya.
Dalam masa yang sama, Zarina turut berkongsi perjalanan kehidupan rumah tangganya.S
“Seawal perkenalan dengan suami saya. Saya rasa inilah insan yang banyak membantu menaikkan semangat saya semula ajar saya tidak sia siakan hidup saya agar saya tahu halal haram agar saya tahu menghargai setiap sen.
“Kami hidup bersama susah senang jatuh bangun tetap bersama. Allah sayang saya di prrtemukan dengan insan yang baik baik. Saya mungkin tidak di lahirkan di dalam keluarga yang tinggi ilmu agamanya tapi bila berkahwin saya jadi malu nape aku tak buat dari dulu.
Ads
“Saya juga manusia biasa kadang saya mengeluh tentang peritnya hidup tetapi bila saya fikirkan semula Allah sebaik baik perancang saya tinggal bersyukur dan selalu ingat budi baik di kandung badan,” luahnya.
Tidak lekang juga ucapan terima kasih terhadap kedua insan yang telah banyak berjasa dalam hidupnya.
Ads
“Terima kasih Dato Sri dan Datin Sri kerana membentuk saya menjadi manusia yang lebih di hormati dan tahu menghargai hingga ke hari ini,” katanya.
Untuk rekod, Zarina Zainuddin telah melalui bahtera rumah tangga bersama suami dan madunya selama 29 tahun.
Sumber: Instagram Zarina Zainuddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam minggu ini, sosial media dipenuhi dengan berita gembira dengan pemberian bonus daripada majikan. Bukan sahaja kakitangan kerajaan tetapi juga swasta.
Terbaru menerusi perkongsian usahawan dan pempengaruh popular, Khairul Aming (KA) sekali lagi membuatkan warganet teruja. Mana tak menerusi hantaran terbaru, KA telah membuatkan staffnya meluahkan rasa syukur apabila diberi layanan istimewa.
Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff.
Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family,
bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak
NAK JADI STAFF KA
Melihat perkongsian KA, warganet meluahkan ingin menjadi staff KA, malah ada yang sanggup pindah ke negeri Cik Siti Wan Kembang.
Trend meraikan sambutan hari jadi menggunakan kek tarik duit menjadi kegemaran ramai. Tiada lagi lilin untuk ditiup sebaliknya hanya menarik topper happy birthday dan duit akan keluar dari dalam kek.
Ia umpama memberi kejutan kepada yang dirai. Jumlah duit diletakkan dalam kek adalah atas permintaan pelanggan.
Namun begitu disebalik kegembiraan meraikan, sebuah keluarga terkejut apabila mendapati jumlah wang yang diletakkan dalam kek tarik melebihi jumlah yang sebenar.
Sebagaimana perkongsian seorang pengusaha kedai kek menerusi aplikasi TikTok, Mieza KCD memberitahu, situasi tertukar kek tarik duit berkenaan ekoran kesilapan kakitangannya.
Namun melahirkan rasa syukur pelanggannya telah memulangkan kembali wang yang sepatutnya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Memiliki keluarga yang semuanya berkongsi minat yang sama pastinya satu bonus. Bagi Rose Malawati Mohd Ariffin, 46, aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama suami dan anak-anaknya menjadi satu perkara yang dinantikannya setiap minggu.
Kelibat dia dan suaminya, Syd Ahmad Azimin Syd Jamaluddin, 45 dan dua anak-anaknya, Syd Asyraf Ukail, 22 serta Syd Haziq Uzair, 18 tahun yang turut berkongsi minat yang sama, sentiasa menjadi perhatian setiap kali mereka berkonvoi.
Lebih menarik lagi, bukan hanya dihujung minggu malah satu keluarga ini juga turut sama berkonvoi pulang kampung di hari raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Dan aktiviti ini menjadi aktiviti wajib mereka setiap kali raya.
Balik Konvoi Raya
“Kalau hendak ke mana sahaja terutama balik kampung di musim perayaan, motorsikallah menjadi pilihan suami dan anak-anak. Sehingga kini boleh dikatakan setiap kali balik ke Teluk Intan dan Kuala Kangsar, kami berkonvoi empat beranak sahaja. Saya ikutkan sahaja [permintaan anak-anak dan suami.
Tidak dinafikan kelibat kami menjadi perhatian apabila berada di atas jalan raya. Mungkin kerana kami sekeluarga. Kalau singgah di R & R pasti jadi perhatian.
Malah saudara mara sendiri sudah tahu dan ternanti-nanti kepulangan kami berkonvoi setiap kali raya.
Tapi yang tak seronoknya, bila balik berhari raya dengan motor, terpaksalah lupakan soal bercantik-cantik dan melaram di hari raya. Terpaksalah pakai seluar,” ujarnya yang turut berkonvoi ketika menziarah sanak saudara di hari raya.
Terpaksa Demi Anak
Bagi ibu anak dua ini, minatnya mula cenderung selepas suami dan anak-anak mula sukakan aktiviti ini.
“Jujurnya saya bukanlah peminat motor apalagi motor berkuasa tinggi. Suami saya usah cakaplah, sudah semestinya itulah minat dan hobinya sejak dulu.
Malah sejak dulu lagi memang dia selalu bawa anak sulung kami setiap kali ada konvoi ke mana-mana.
Bila dah besar sikit, anak sulung saya, Syd Asyraf Ukail pula mengikut jejak langkahnya. Mungkin sudah terbiasa mengikut ayahnya ke mana-mana.
Berbeza pula dengan anak bongsu saya. Dia mulanya minta dibelikan sebuah basikal untuk menganggotai aktiviti kelasnya, tetapi saya larang kerana risaukan keselamatannya ketika itu.
Pada saya daripada keluarkan duit beli basikal baiklah beli sebuah motorsikal sahaja. Malah saya bagitau dia kalau dia setuju untuk dibelikan motorsikal, saya akan turut serta sekali bawa motor seperti ayah dan abangnya. Tanpa saya sangka dia bersetuju dengan cadangan saya. Itulah permulaannya.”
Sejak itu, wanita yang pernah berkhidmat di sebuah bank selama 24 tahun ini mula memberanikan diri menunggang motorsikal berkuasa tinggi bersama suami dan anak-anaknya.
Destinasi Lukut, Negeri Sembilan dengan jarak sejauh 80km menjadi trip pertama bagi Rose Malawati berkonvoi bersama suami dan anak-anaknya.
Perjalanan selama dua jam setengah itu menjadi kenangan terindah buatnya.
“ Pengalaman pertama kali menyertai konvoi empat beranak adalah satu pengalaman yang indah buat saya. Seronoknya kerana bukan hanya menunggang motor sendiri tetapi lebih seronok lagi bila suami dan anak-anak ada sekali.
Menariknya ketika pertama kali, berdebarnya bukan main lagi. Malah tanpa disangka-sangka ada pula polis buat sekatan jalan raya dan tiba-tiba enjin saya berhenti.
Semuanya sebab panik. Walaupun panik tapi saya rasa seronok. Biasanya suami di hadapan, saya di tengah bersama anak bongsu dan anak sulung di belakang sekali.
Sehingga ini kami juga pernah berkonvoi ke Gunung Semanggol, Perak dengan jarak sejauh 330km malah merancang ke beberapa destinasi lain seluruh negara. Seronok dan paling penting dapat luangkan masa bersama suami dan anak-anak,” katanya lagi.
Sumber: Majalah Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di