Susah untuk menabung? Anda berpotensi miskin di hari tua. Menyimpan untuk hari tua sering kali dilihat sebagai satu cabaran, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai tuntutan kewangan dalam kehidupan harian.
Susah Untuk Menabung? Anda Berpotensi Miskin Di Hari Tua
Amalan menyimpan untuk masa depan sebenarnya amat penting dalam memastikan kestabilan kewangan dan kesejahteraan pada usia tua. Jika kita gagal atau sukar untuk menyimpan pada masa muda, terdapat beberapa kesan negatif yang mungkin akan kita hadapi di kemudian hari.
Tanpa tabungan yang mencukupi, kita mungkin berdepan dengan kekurangan sumber kewangan semasa tempoh persaraan. Apabila sudah bersara, pendapatan bulanan yang biasa diperoleh daripada gaji akan terhenti, dan kita hanya akan bergantung kepada simpanan serta pencen (jika ada).
Ketiadaan simpanan bermakna kita mungkin tidak mampu menampung kos kehidupan asas, apatah lagi untuk keperluan lain seperti perubatan, tempat tinggal, dan lain-lain.
Berikut perkongsian daripada pakar kewangan dan hartanah, Azizul Azli Ahmad
BERAT UNTUK MENABUNG?
Jika kita berat atau susah untuk menyimpan di hari tua, kita mungkin akan menghadapi beberapa kesan negatif, antaranya:
1. Ketidaktentuan Kewangan: Tanpa simpanan yang cukup, mungkin sukar untuk menampung keperluan asas seperti perubatan, tempat tinggal, dan makanan di hari tua. Ini boleh mengakibatkan tekanan kewangan yang besar.
2. Ketergantungan Pada Orang Lain: Ketiadaan simpanan boleh membuatkan kita terpaksa bergantung pada anak-anak, keluarga, atau bantuan luar, yang mungkin membebankan mereka.
Ads
3. Kurang Kemerdekaan: Simpanan yang sedikit atau tiada langsung boleh menjejaskan kebebasan kita, menjadikan kita lebih bergantung pada bantuan pihak lain untuk membuat keputusan atau urusan peribadi.
4. Kurang Persediaan untuk Kecemasan: Tanpa simpanan, kita mungkin tidak bersedia menghadapi keadaan kecemasan seperti penyakit atau perbelanjaan tidak terjangka yang boleh membebankan.
Untuk masa muda, perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah:
1. Simpan Secara Berterusan: Mulakan simpanan walaupun sedikit. Bina disiplin untuk menyimpan secara konsisten setiap bulan, sama ada melalui tabungan biasa, simpanan emas, atau pelaburan yang selamat.
2. Pelaburan Bijak: Kenalpasti pelaburan yang sesuai dengan risiko yang boleh ditanggung. Pelaburan seperti saham, hartanah, dan emas boleh membantu menambah nilai simpanan jangka panjang.
3. Didik Diri Tentang Kewangan: Fahami asas kewangan, seperti pengurusan hutang, faedah kompaun, dan kepentingan pelan simpanan persaraan.
4. Jaga Kesihatan: Kesihatan yang baik akan menjimatkan perbelanjaan di kemudian hari, kerana kita mungkin akan kurang bergantung pada perbelanjaan perubatan.
Ads
Menyimpan untuk hari tua bukanlah satu pilihan, tetapi satu keperluan. Walaupun mungkin sukar untuk memulakan amalan ini disebabkan tuntutan kewangan harian, tetapi dengan perancangan yang bijak dan disiplin dalam kewangan, kita boleh mencapai kestabilan kewangan pada usia tua.
Usahakan untuk menyimpan sedikit demi sedikit dan jadikan tabiat ini sebagai satu amalan. Masa depan yang tenang dan bebas daripada tekanan kewangan adalah satu hadiah yang boleh kita berikan kepada diri sendiri jika kita bermula sekarang.
Dengan persiapan kewangan yang kukuh dan gaya hidup sihat, kita boleh lebih tenang dan bebas dari tekanan kewangan di hari tua nanti.
Dapat memiliki rumah pertama yang menjadi aset berharga tentunya menjadi impian yang indah. Apatah lagi rumah tersebut akan menjadi tempat berteduh untuk kita anak beranak dalam suasana yang selesa.
Oleh itu sekiranya anda masih tercari-cari rumah pertama untuk dibeli dengan tawaran mampu milik, ada berita baik untuk yang penduduk Selangor dan rugi sekiranya dilepaskan begitu sahaja. Cubalah memohon di bawah inisiatif Rumah SelangorKu, terdapat banyak pilihan projek serta lokasi berbeza boleh anda pilih dan kemudian hantar permohonan.
Rumah Selangorku merupakan Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami.
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.
Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik dikenali sebagai Rumah Selangorku.
Gambar hiasan
Pun begitu, difahamkan terdapat banyak lagi unit-unit kosong yang belum dipohon dan ini dikongsikan oleh salah seorang di unit jualan yang dikenali sebagai @itslela berkongsi info di media sosial.
Ramai yang tak tahu boleh beli melalui developer sebenarnya termasuk la saya sendiri dulu. Puas menunggu giliran dari 2019 lama betul
Syarat untuk mohon rumah selangorku: -Warganegara Malaysia atas 18 tahun -Penduduk Selangor -Belum pernah memiliki rumah -Pendapatan min 3k- max 10k (jenis rumah B,C,D)
Lokasi rumah adalah berdekatan UKM Bangi. -MYR 240,000 untuk 1000sft with balcony -Freehold -3 bilik 2 bilik air -2 lot parking -Bulanan rm867-rm1051 (depends loan dapat 90% atau 100% dan tempoh bayaran 30/35 tahun)
Mesti korang nak tahu kos nya kan? i will be transparent about the cost senang untuk korang prepare.
– Booking rm500 (untuk check loan dan unit) – Downpayment 10% (boleh guna epf akaun 2) – SPA & Legal fees rm4800 – MOT percuma untuk pembeli rumah
Jadi untuk anda penduduk Selangor, yang masih belum memiliki rumah sendiri bolehlah memohon Rumah Selangoku untuk dapatkan tawaran harga yang mampu milik.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Baru-baru melalui perkongsian di akaun facebook Lembaga Zakat Selangor mengenai sepucuk surat tulisan tangan yang bertarikh 12 Ogos, telah diterima daripada salah seorang penerima zakat cukup menarik perhatian umum.
Pelbagai pujian diberikan daripada kalangan netizen atas tindakan seorang ketua keluarga yang bertindak jujur dan amanah untuk menghantar surat bagi memohon ditamatkan bantuan bulanan.
Difahamkan lelaki terbabit membuat permohonan dihentikan bayaran zakat kerana merasakan pendapatan hariannya dijangka mulai stabil untuk beberapa bulan akan datang.
Menurut agensi itu, penerima terbabit sebelum ini mengajukan permohonan itu kepada LZS di cawangan agensi itu di Bandar Baru Bangi dan memaklumkan pendapatan bulanannya dijangka stabil pada September 2022.
“Ustaz, saya nak keluar asnaf. InshaAllah, pendapatan saya dah semakin baik dan cukuplah zakat bantu saya sebelum ni, tentu ramai lagi yang memerlukan bantuan dari zakat. Terima kasih pembayar zakat”…
Mohon Tamatkan Bantuan
Memetik berita yang dikongsikan akhbar tempatan, difahamkan bapa empat anak ini terdorong untuk memohon agar bayaran bantuan zakat ke atas dirinya dihentikan kerana dia tidak mahu rasa bersalah apabila sudah mampu menanggung keluarganya.
Nik Muhammad Halizu Awang, 46, yang mula menerima zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak 2018 bertindak sedemikian kerana mahu asnaf yang lebih layak menerima bantuan zakat tersebut.
Menurut Nik Muhammad, dia memohon bantuan zakat ketika itu kerana pendapatan diperoleh sebagai peniaga produk kesihatan tidak menentu, malah tidak mampu membayar yuran tuisyen anaknya di sekolah.
Namun katanya, selepas empat tahun menerima zakat LZS, kini pendapatan keluarga itu termasuk pendapatan isteri sebagai penyedia makanan di sebuah kilang semakin baik berbanding sebelumnya.
“Saya tidak mahu dan akan rasa bersalah jika masih menerima bantuan zakat LZS ketika pendapatan saya kini semakin baik dan dijangka bertambah dalam RM200 hingga RM300 pada September.
“Saya kena bertindak cepat sebelum September agar bantuan zakat yang saya terima dihentikan kerana ramai lagi asnaf yang susah di luar sana ketika ini.”
Berazam Jadi Pembayar Zakat
Ketika ditanya jumlah pendapatan kasar keluarganya, beliau berkata, walaupun tidak banyak dan hanya berjumlah sekitar RM1,400 sehingga RM1,700 sebulan namun ia sudah cukup untuk mereka.
“Perniagaan saya dan isteri bergantung kepada rezeki, namun saya yakin dengan usaha yang dilakukan secara berterusan, moga pendapatan kami akan menjadi semakin baik di masa depan.
“Saya juga berazam untuk menjadi pembayar zakat kerana saya amat memahami situasi sekarang yang telah menyebabkan ramai keluarga memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan mereka,” katanya.
Sakit mata kan lihat wayar berselirat belakang kabinet tv. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak kecil. Bimbang dibuat main wayar tersebut.
Jadi kena cari alternatif bagi mengtasi masalah tersebut di samping membuatkan ruang berkenaan nampak teratur, kemas dan cantik.
Ada cara untuk menguruskan wayar yang berselirat ini dengan menggunakan Cable Management area tv.
Gambar sebelum. Ada wayar TV, plug extension, modem unifi, wifi router dan wayar2 lain yg berselirat sana sini.
Tip ini dikongsikan oleh puan Dila Akashah menerusi page Kelab Kaki Deko. Simple tapi membantu dengan menggunakan tiga barang sahaja.
Tada. Kabinet TV bebas dari segala benda dan segala mak nenek wayar. Bawah kabinet pun dah tak nampak. Semoga bermanfaat.
Hi. nak share cara sy buat cable management area TV yg ada macam2 benda ada macam2 wayar. Kos bawah RM10 je 😁
Bahan-bahan
PVC Case
Cable tight
Double sided
3 benda ni je 😀 PVC case beli dekat kedai hardware, cable tight dan double sided tape beli dekat mr.diy.Ikat wayar dan lekatkan PVC case kat mana2 tempat yg sesuai. Kena buat lubang sikit dekat PVC case utk keluar masuk wayar. Lebihan wayar sorok dalam tu.Wifi router pun sy sumbat sini. Sakit mata tengok sepah2. Modem pulak letak dalam kabinet TV. Setakat ni tak menjejaskan speed internet walaupun duduk dalam bilik.Siap
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di