Kesihatan

Susu Buang Angin, Petua Atasi Perut Sebu, Meragam, Bagus Untuk Pelawasan

Share

Mesti rasa tidak selesa bila perut terasa sebu. Selalunya keadaan ini berlaku bila kita makan macam-macam jenis makanan. Mulalah perut meragam. Rasa ada ‘angin’  dalam badan. Macam-macam petua tradisional juga yang boleh dicuba untuk menghilangkan angin dalam badan.

Mengikut perkongsian petua oleh Khairul Hakimin Muhammad, beliau berkongsi cara untuk membuat susu dengan  campuran madu dan halia tua yang telah diajar oleh isterinya untuk mengatasi masalah ini, supaya angin dapat keluar dan lawas dengan baik.

Menurut beliau lagi, syarat utama petua minuman ini ialah perlu menggunakan susu tepung.

Susu Buang Angin, Petua Atasi Perut Sebu, Meragam

SUSU BUANG ANGIN

Bahan-Bahannya:

2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar madu
1/2 inci halia tua
1 cawan air panas

Bagus Untuk Pelawasan

Cara membuat:

  1. Kikis kulit halia dan ketuk sedikit. Bukan tumbuk lumat.

2. Kemudian letakkan air mendidih separuh cawan dahulu dan campakkan halia tadi. Biarkan dalam seminit.

3. Masukkan pula madu.

4. Setelah itu masukkan pula susu tepung.

5. Akhir sekali, kacau dan tambah air panas lagi. Minum sejam sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Kredit: Khairul Hakimin Muhammad

IKLAN