Rezeki kita berbeza-beza. Ada ibu yang punya rezeki menyusukan anak hingga dua tahun namun ada pula separuh jalan. Tak mengapa, ibu jangan ‘down’.
Banyak faktor kegagalan penyusuan ini. Kurang pengetahuan menjadi penyebab terbesar kegagalan penyusuan dapat dijayakan sebaiknya. Namun terdapat beberapa lagi faktor penyebab penyusuan jadi kurang lancar.
Antara faktornya termasuklah:
Stress atau tekanan persekitaran
Penat dan tertekan dengan persekitaran ketika beberapa minggu pertama selepas bersalin menjadi punca utama ibu tidak dapat menjayakan penyusuan dengan baik. Ditambah pula dengan masalah kecil lain seperti rekahan, melecet, gagal melekap dengan baik yang menjadi punca ibu makin stress.
Kekurangan waktu tidur yang mencukupi juga menambah rasa stress dikalangan ibu yang akhirnya membuatkan terkesan pada masalah lain terutamanya penyusuan.
Apabila badan stress, badan akan kekurangan hormon oksitoksin dan seterusnya membuatkan produksi susu ibu merudum.
Tiada atau bekalan susu ibu rendah
Ads
Walaupun mencuba pelbagai cara, namun produksi pengeluaran susu tidaklah sebanyak orang lain. Salah satu punca tiada susu ini disebabkan oleh kemerosotan kesihatan ibu itu sendiri.
Tidak mendapat tidur yang mencukupi, kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan jadual bayi serta peningkatan kadar hormon tertentu seperti kortisol boleh mengurangkan bekalan susu badan secara dramatik.
Antara masalah lain yang boleh menyebabkan ketiadaan susu adalah disebabkan oleh masalah hipoplasia payudara, sindrom ovari polisistik (PCOS), hipotiroidisme di mana kelenjar tiroid kurang aktif lalu fungsi badan menjadi perlahan serta pernah menjalani pembedahan payudara.
Kurangnya Ilmu
Tanpa panduan menyusukan bayi dengan tunjuk ajar yang tepat, penyusuan anak boleh jadi hilang arah. Malah bebanan penyusuan di awal kelahiran dek kerana kurangnya ilmu dalam bidang laktasi membuatkan ada ibu-ibu muda gagal meneruskan penyusuan hingga akhirnya.
Ads
Ramai yang mudah berputus asa. Disebabkan itulah bakal ibu perlu mempunyai ilmu penyusuan dan memperbanyakkan informasi agar lebih bersedia menghadapinya.
Pengambilan ubat-ubatan
Ubat-ubatan yang kita ambil saban hari tanpa kita sedari turut memberi kesan kepada produksi susu setiap hari. Walaupun kebanyakan ubat sesuai diambil oleh ibu yang ingin menyusu badan, namun setiap ubat tetap mempunyai risikonya.
Ubat-ubatan terutama kepada rawatan penyakit tertentu kebanyakkannya memberi kesan kepada produksi susu setiap hari. Dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Air halba yang viral sedikit masa dulu bukan hanya sekadar viral tetapi sememangnya ia patut dikongsikan sebagai minuman yang baik untuk kesihatan. Gabungan air halba bersama kurma sememangnya cukup berkhasiat. Awet muda?
Bukan hanya awet muda bahkan air dengan halba ini dikatakan baik untuk ibu menyusu kerana mampu memperbanyakkan susu ibu. Paling best, katanya air yang mengandungi halba juga berpotensi menegangkan apa jua yang kendur. Jadi isteri-isteri wajib ikut saranan yang dikongsikan Dr Malinda ini.
” First time saya minum masa ziarah rumah saudara tempoh hari. Serius sedap dan menyegarkan! Khasiat kurma dah tidak dapat disangkal lagi dan rasanya ramai dah tahu.
Berbeza dgn halba, biasanya kita gunakan sebagai masakan tetapi tak sangka pula bila direbus dengan kurma, rasanya seakan-akan air mata kucing. Memang sedap!
Saya kongsikan sikit kebaikan Halba ataupun Fenugreek yang telah terbukti melalu pelbagai kajian sains, antaranya 7 kebaikannya ialah :
1. Anti keradangan atau Anti-Inflammasi.
Inflammasi kronik adalah penyebab berlakunya banyak penyakit kronik seperti Kanser, Penyakit Jantung, Diabetes, Darah Tinggi, Arthritis dll.
2. Membantu sistem pencernaan – kembung dan ulser.
3. Mengurangan sembelit
4. Menurunkan paras kolestrol
Satu kajian di India mendapati pengambilan 2.5grm Halba, 2 kali sehari selama 3 bulan dapat membantu pesakit Diabetes menurunkan paras kolestrol jahat, LDL dan Trigeliserida tanpa mengurangkan jumlah kolestrol baik.
5. Meningkatkan sensitiviti insulin dan mengawal tahap gula dalam darah.
6. Baik untuk kesihatan lelaki – Improve libido dan masalah Erectile dysfunction.
7. Memperbanyakkan susu ibu. Ada juga kawan-kawan yang berkongsi pengalaman, minum halba ni membantu membesar dan menegangkan apa yang dah mula kendur ??
Simple je cara membuatnya:
Bahan-bahan:
1 sudu halba (Fenugreek)
7 biji kurma (saya prefer guna Kurma Mariami sebab tak manis, kalu tak just guna kurma biasa yang tak manis )
Air – setengah cerek
Caranya:
1. Masukkan air dalam cerek untuk merebus.
2. Masukkan halba dan kurma tadi.
3. Rebus sampai warna air kelihatan seperti teh.
4. Siap! Ambil airnya dan minum seperti teh biasa.
Anda tak perlu tambah gula sebab manisan dari kurma tu dah cukup. Minum 2 kali sehari untuk kesihatan yang lebih baik.
– Dr Malinda
Selamat Mencuba!
Sumber: Dr Malinda Health & Beauty Academy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adakah anda pernah alami tubuh terasa lesu dan letih sedangkan tidak pula melakukan kerja-kerja berat sepanjang hari? Bahkan nak kata sebab tak cukup tidur, tidak juga. Ini memandangkan kelazimannya seawal jam 11 malam sudah pun lena dibuai mimpi.
Jadi apa usaha boleh dilakukan untuk ‘bebaskan’ diri anda dari masalah kelesuan ini ya?
Jika ada yang belum tahu, ada baiknya mencuba amalan ini untuk menyuntik tenaga berkekalan dalam tubuh sepertimana yang dikongsikan oleh Ana Mahabu ini.
Selamat mencuba dan semoga serasi.
Sering kelesuan walaupun tidur cukup dan lepas bersenam? Mari buat ‘energy booster’ dengan dua bahan sahaja
Bagi yang tidak tahu, limau kasturi sebenarnya penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan. Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit. Jadi, tidak hairanlah jika limau kasturi boleh menjadi agen utama untuk memberikan tenaga pada tubuh!
BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMBUAT:
1. Bahannya ialah limau kasturi- bukan sahaja murah malah mudah untuk didapati.
2. Belah dan buang biji limau tersebut. Kisar limau sehingga halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis.
3. Jika mahu lebih sedap, tambah sedikit madu asli.
4. Masukkan dalam bekas kiub (mould) kemudian simpan dalam peti ais di bahagian beku.
5. Setiap kali kita hendak minum, ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun sudah ditapis tetapi masih mengandungi serat di dalamnya. Ianya juga sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.
6. Boleh ambil setiap pagi sebelum subuh. Curahkan dengan air panas dan biarkan seketika sebelum diminum. Jangan tambah gula.
Boleh ulang secawan lagi pada waktu tengah hari atau malam. Bagi yang telah mencubanya anda pasti boleh rasakan perbezaan pada tu buh anda. Rasa sangat segar dan energetik serta kurang rasa sakit badan.
Diakui tiada siapa yang kebal atau boleh terlepas daripada cengkaman pandemik Covid-19 ini. Terbaharu Covid-19 ini turut ‘menyerang’ arena bola sepak negara dengan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ini seperti yang dikongsikan menerusi insta Story @hrhcrownprinceofjohor, memaklumkan bahawa selama dua minggu pemilik JDT itu berusaha melawan jangkitan Covid-19.
Katanya, beberapa minggu beliau berada dalam keadaan membabitkan fizikal dan mental dalam usaha melawan penyakit terbabit.
Namun, akhirnya pemilik JDT itu berjaya pulih dan sihat kembali seterusnya dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
“Beberapa minggu berada dalam fasa membabitkan fizikal dan mental. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan.
“Tapi sekarang, selepas dua minggu Covid…The Tiger(Harimau) kembali,” katanya.
Terdahulu pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) boleh dikatakan ‘lumpuh’ menjelang saingan Piala Malaysia bersambung hujung bulan ini apabila 20 pemain dan empat pegawai disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
Menerusi kenyataan media Negeri Sembilan FC memaklumkan bahawa pasukan itu terpaksa menarik diri daripada beraksi pada baki perlawanan Piala Malaysia yang akan bersambung hujung bulan ini.
Hal ini kerana, juara Liga Perdana itu terpaksa berehat panjang selepas perlu menjalani kuarantin wajib 10 hari di rumah dengan dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).