Lembut, gebu dan manis gabungan istimewa bila menikmati hidangan Kek Coklat Puding Karamel ini. Sungguh enak dimakan pada bila-bila masa, dan untuk itu apa kata dicuba resipi yang dikongsikan ini.

Cara buat karamel:
ina guna 8 sudu besar gula sebab loyang lebar. Masuk dalam periuk ke kuali ke dan biar atas api kecil sampai larut dan jadi perang terus tuang dalam loyang
gelek-gelekkan loyang bia rata karamel. Ok biar keras

Bahan-bahan puding: 
2 roti putih carik-carik dan buang tepi
1 tin susu cair
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula castor
1 sudu kecil esen vanila

Cara buat: 

ok senang masuk semua dalam blender dan blender halus tapis atas karamel yang dalam
loyang tadi ok..tepi-tepi loyang tadi basah kan siket supaya puding senang keluar  dan elok tak koyak.

 

IKLAN

Kukus la 30 minit. Keluarkan dan biar 10 minit atau puding keras cakar siket
permukaan.

Bahan-bahna kek coklat
4 biji telur
1 sudu kecil ovelete
1 cawan gula

IKLAN

Cara buat :
ok mix kembang, masukkn 1/2 cawan susu pekat ina tak nak manis sebab puding kan dah manis. Mix lg sementara tu ayak kan 1 3/4 cawan tepung dengan 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu 1/2 baking powder dan 1 cawan serbuk koko, sedikit garam halus
masukkan berselang dengan 1 cawan minyak. Ok 1 cawan susu cair didihkan. Masukkan dalam adunan tadi masa panas-panas ye dan kacau guna senduk je. Ok masukkan atas puding tadi dan terus kukus 40 minit siap.

sumber : Azlina Ina