Kes penderaan remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom down yang dikenali sebagai Bella terus mendapat perhatian meluas.
Terbaharu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief).
Tunku Ismail berkata, beliau akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran tersebut.
“Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella.
“Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini,” katanya lagi.
Ads
Tambah Tunku Ismail, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam dan peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT)
“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini,” katanya.
Ads
Tawaran tersebut susulan isteri beliau, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam dilapor sedia membantu Bella mendapatkan keadilan yang sewajarnya.
Memahami keperitan hidup masyarakat terutama golongan B40 yang bergelut ujian hidup selepas berdepan era pasca COVID-19 dan sambutan Syawal tidak lama lagi, tercetuslah kolaborasi Seikhlas Hati antara TV9 dan ST Rosyam Mart ini.
Ia direalisasikan menerusi tawaran ayam segar berharga RM1.49 seekor sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia TV9 baru-baru ini.
“Bukanlah nak kata harga seekor ayam ditawarkan ini boleh meningkatkan ekonomi. Tapi setidak-tidaknya ia buka mata ramai pihak untuk beri sumbangan kepada masyarakat.”
Demikian luahan Datuk Rosyam Nor tatkala membuka bicara bersama media ketika ditemui Di St Rosyam Mart baru-baru ini.
Berlangsung selama dua malam berturut-turut pada 26 dan 27 April lalu, sebanyak 2,000 ekor ayam segar ‘laku keras’ di dua cawangan pasar raya diusahakan Datuk Rosyam Nor itu di Setiawangsa dan Shah Alam.
Kata Rosyam, 1000 ekor ayam ‘licin’ dalam tempoh dua jam pada malam pertama (di cawangan Setiawangsa). Begitu juga pada malam kedua, sebanyak 1000 ekor ayam lagi habis terjual.
“Saya jadi wajah wakilan TV9 sejak mengendalikan program bual bicara berbentuk kapsul 10 minit dipanggil Sembang Viral. Kemudian pada bulan Ramadan ini diterbitkan Sembang Viral Mega sebanyak lima episod berdurasi sejam setiap satu.
“Seterusnya TV9 angkat saya sebagai salah seorang wajah kempen raya mereka. Dari situlah tercetus idea kolaborasi ini. Ia kolaborasi yang bagus kerana selepas menuju fasa endemik, tentunya ramai yang terasa keperitan ekonomi. Ini juga kerjasama sulung pasaraya dengan stesen TV.
Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 2002 itu berterima kasih kepada TV9 kerana sudi bekerjasama dengan pasaraya diusahakannya.
“Walaupun pasar raya ini tidak ‘besar’ dan meluas seperti jenama lain, tapi penjenamaan kami cukup beri makna kepada masyarakat. Terima kasih TV9 kerana memilih kami yang menjual dengan harga borong.
“Harga RM1.49 itu merupakan simbolik kepada TV9 yang melalui penjenamaan semula program baharu dan boleh ditonton di platform Astro menerusi saluran 149.
“Harap kolaborasi ini akan berpanjangan. Kos kolaborasi ini ditanggung TV9 dan pasar raya saya ada ‘top up’ serba sedikit,” katanya.
Anak kelahiran Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur ini juga berbangga kerana selepas lima tahun, pengaruh dan jenama pasar raya berkenaan mula menjadi sebutan.
“Sekitar bulan Jun depan kita akan lancarkan cawangan kelima dan keenam masing-masing di Taman Ehsan Kepong dan Sungai Buloh.
“Dalam masa sama, aplikasi dalam talian, Harimau Fresh juga akan dilancarkan tak lama lagi. Aplikasi ini sudah boleh dimuat naik dan sebagai persediaan ke arah digital.
“Tujuan asal kewujudan pasar raya ini nak membantu golongan B40. Kita nak beri kesaksamaan kepada pengguna tanpa ada orang pembabitan orang tengah atau pengedar. Urusan dibuat terus termasuk daripada penternak dan nelayan dengan harga murah serta berpatutan,” katanya.
Rosyam berkata bukan mudah untuk berada pada tahap sekarang.
“Cabaran untuk mengekalkan perniagaan dan harga murah sebenarnya bukan perkara mudah. Malah pernah pada satu tahap ada yang memakai selipar jadi gerun nak masuk ke pasar raya ini kerana menyangkakan ia bersifat ‘mahal’,” katanya.
Ditanya sambutan Syawal tahun ini, akuinya mereka sekeluarga beraya di Kuala Lumpur.
“Tiada persiapan beria untuk Syawal ini,kami sambut Secara ala kadar. Cuma tahun ini sedikit meriah dengan kehadiran cucu baru,” jelas Rosyam lagi.
Wanita kena alert bab-bab keselamatan diri terutama apabila berjalan atau keluar sendirian. Apatah lagi sekarang ini banyak kes yang melibatkan kaum wanita seperti gangguan seksual, rompak,s amun rogol dans ebagainya.
Justeru, kaum wanita kena ada ‘persediaan’ tidak kira sama ada belajar ilmu pertahankan diri seperti taekwando atau anda juga boleh bawa barang seperti pepper spray untuk digunakan ketika kecemasan.
Untuk memudahkan anda, jom kita belajar buat sendiri pepper spray di rumah dengan menggunakan cili padi. Cepat, mudah dan paling penting menjimatkan!
DIY PEPPER SPRAY
1. Pertama sekali, apa yang anda perlukan adalah botol spray. Boleh didapatkan di kedai serbaneka dalam pelbagai saiz. Tapi, kalau nak mudah, beli sahaja saiz botol yang anda mudah letakkan dalam beg.
2. Bahan kedua adalah cili api.
3. Potong cili padi menjadi kecil supaya mudah dimasukkan ke dalam botol.
4. Agak-agak hampir penuh juga botol tersebut dengan cili padi.
5. Akhir sekali adalah masukkan air ke dalam botol dan goncangkan sekuat hati. Kalau anda nak tahu berkesan atau tidak, anda boleh cuba spray di permukaan plastik dan bau. Memang boleh pedih hidung!
*Senang je dah siap. Kalau ada orang kacau, boleh terus spray!
Jangan anggap orang lelaki boleh memendam perasaan dengan menghadapi tekanan seorang diri.
Hakikatnya mereka juga manusia perlu punya teman atau pasangan untuk meluahkan apa yang di rasa.
Malah, daripada laporan luar negara mengatakan peratusan lelaki bunuh diri lebih tinggi daripada wanita. Mengejutkan!
Melalui perkongsian Muhammad Hassan ada benarnya. Pasangan kena saling melengkapi antara satu sama lain. Kena saling memahami dan membantu. Ikuti perkongsian ni.
Dulu saya banyak memendam. Banyak berahsia. Rupanya kena luahkan juga. Apabila kita luahkan ikut pemerhatian saya jiwa kita akan lebih tenang,kita akan lebih yakin kerana ada insan yang sentiasa memberi sokongan. Syukur ada isteri tercinta dan jadi pendengar yang setia.
Isteri jangan anggap suami itu mengada atau lembik apabila suami ingin meluahkan sesuatu. Jangan anggap suami menangis itu tidak maskulin. Nabi Muhammad s.a.w pernah menangis apabila anaknya meninggal.
Stiqma masyarakat kita lelaki mesti kuat tak boleh merajuk,tak boleh menangis,kena hidup uruskan hal sendiri tanpa sokongan. Lagilah jika ada lelaki menangis disebabkan putus cinta ramai yang mengejek. Inilah dia stereotype emosi lelaki kena tempuhi akhirnya jadi toksik.
LELAKI RAMAI YANG TERTEKAN
Apabila saya baca data dari WHO kadar bunuh diri dari kalangan lelaki lebih tinggi berbanding wanita. 7.80% berbanding wanita 3.10% pada tahun 2016.
Saya nak pesan kepada mak ayah. Jika ada anak lelaki menangis jangan guna stigma diatas.
“Anak ayah tak boleh menangis,malulah kat orang perempuan anak lelaki menangis”
Akhirnya anak lelaki ini lebih memendam berbanding meluahkan. Inilah punca kenapa ramai anak anak muda lebih cenderung ambil dadah,isap rokok pada usia muda. Sebab mereka merasakan buat perkara nampak jahat barulah dipanggil LELAKI!
biarkan anak lelaki menangis,merajuk,mengadu dan berikan sokongan,panduan kepada mereka supaya setiap masalah itu ada penyelesaiannya.
TAK KIRA LELAKI ATAU WANITA, KENA LUAHKAN EMOSI
Menangis,meluahkan,mengadu itu adalah emosi yang normal yang patut kita rasai. Rupanya menangis ini adalah satu perasaan kekuatan untuk kita. Lebih lebih lagi apabila kita menangis dihadapan Allah s.w.t. ia sangat membantu untuk menenagkan jiwa kita.
So lelaki jangan takut untuk menangis,untuk meluahkan. Buang ego atau stigma karut itu dan mulakan hidup baru.
-EncikMatt- #PinjamBahuIsteri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.