Sememangnya layak untuk menerima pingat ini, Azwan Omar atau nama samaran Abang Viva yang pernah menjadi fenomena semasa beberapa negeri dilanda banjir dahulu. Beliau yang banyak mengerah tenaga menghulurkan bantuan pada mangsa banjir walaupun bergerak secara solo dari Melaka hanya berbekalkan sampan miliknya dengan menaiki kereta Viva.
Ads
Dimaklumkan, beliau bekerja sebagai operator mesin, dia memohon cuti kecemasan daripada majikannya unutk selamatkan mangsa banjir di Shah Alam.
Abang Viva telah menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) atas jasa dan bakti beliau terhadap negara sangat diambil kira, tidak dinafikan sememangnya layak untuk menerima anugerah tersebut. Beliau antara 833 penerima Darjah Kebesaran Melaka sempena hari jadi Yang-Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73 hari ini.
Ini menjadi sumber inspirasi kepada orang lain untuk berbakti pada negara dengan orang yang memerlukan bantuan, tanpa mengenal erti penat lelah. Tahniah Hero Malaysia!
Sebagai ibu yang baru melahirkan anak, sangat penting dalam merancang jarak kehamilan anak seterusnya. Lebih-lebih lagi jika proses bersalin dilakukan secara pembedahan. Jangan sampai ‘lekat’ sedangkan anak sulung baru masuk beberapa bulan usianya.
Demikian yang berlaku pada pelakon Sharifah Sakinah. Dia mengandung lagi walaupun anak pertamanya, Anais Adha baru sahaja berusia empat bulan. Namun pelakon ini mendedahkan dia telah menggugurkan kandungan tersebut atas nasihat doktor.
Katanya, kandungan yang masih baru itu harus digugurkan atas faktor keselamatan dan kesihatan. justeru dia diberi tempoh seminggu untuk mengeluarkannnya. Justeru, pelakon ini memilih untuk makan nanas bagi menggugurkan kandungan tersebut.
Hal ini mendapat respond dari pelbagai pihak. Ada yang menyokong tak kurang yang mengecam perbuatan tersebut. Turut berkongsi hal ini adalah pakara perubatan Dr Rusyainie Ramli. Nak tahu lanjut jom baca ni. Moga bermanfaat untuk ibu-ibu semua!
HARI TU DURIAN, SEKARANG NENAS.
Aduh…
Tersebar baru-baru ini tentang seorang artis tempatan yang baru saja melahirkan bayi beberapa bulan dan mengandung lagi. Dia mengeluarkan kenyataan yang doktor yang merawatnya menasihatkan dia untuk memakan nenas bagi tujuan menggugurkan bayi tersebut.
Ada beberapa isu yang menjadi persoalan saya sekarang. 1. Merancang kehamilan – setiap pasangan mesti berbincang dengan doktor dan jururawat yang merawat mereka untuk mencapai keputusan sepakat dalam memilih kaedah merancang keluarga yang berkesan dan bersesuaian dengan mereka.
Mengapa bab ini dipandang sepi oleh pasangan suami isteri, malah bersulam dengan segala mitos, sehinggakan apabila isteri sudah hamil, mula lah mencari jalan keluar untuk menggugurkan kandungan. Ini satu konsep yang sangat salah.
Mengapa tidak sediakan payung sebelum hujan? Saya sudah kerap kali menyatakan pentingnya merancang keluarga. Tahukah kalian yang kalian boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan tanpa risau pada risiko untuk mengandung? Kebebasan itu milik kita. Kenapalah pendek sangat akal tu?
Tu belum sebut bab dosa sebab sengaja menggugurkan kandungan. Sedangkan merancang keluarga, fatwanya harus.
2. Penyataan memakan nenas untuk menggugurkan kandungan itu, saya was-was. Benarkah ia datang dari seorang doktor yang bertauliah, berlesen dan beretika. Tidak ada kajian saintifik ke atas manusia tentang makan nenas boleh meggugurkan kandungan.
Ada 1 kajian yang dilakukan untuk melihat kesan nenas ke atas rahim tikus. Berdasarkan kajian itu, ada kemungkinan bahan aktif dalam nenas boleh mempengaruhi kontraksi rahim tikus yang bertindak seakan-akan seperti sebatian serotonin.
Malangnya kajian itu, hanya pada rahim tikus. Untuk manusia, kesannya tidak diketahui. Kita kena tahu, bahan aktif yang dimaksudkan dalam nenas yang digunakan dalam kajian tadi, mungkin sudah jauh berubah apabila ia melalui sistem penghadaman manusia, maka kesan yang sama ke atas rahim, mungkin tidak wujud pun.
Jadi, berapa banyak nenas yang artis itu memang mengambilnya untuk tujuan itu. Berpuluh-puluh biji mungkin sekali hadap? Mahu meragam sistem penghadaman makan nenas sebanyak itu. Itu pun belum tentu dapat hasilnya.
3. Benar, kalau wanita itu baru bersalin secara Caesarean, dan mengandung lagi dalam masa kurang 12 bulan, risiko untuk mendapat rahim pecah, uri melekat secara tidak normal di dinding rahim, bayi tidak cukup berat atau bulan, uri di bawah dan sebagainya, adalah tinggi. Tetapi, ia tidak bermakna, kandungan itu tidak boleh diteruskan.
Untuk menggugurkan kandungan atau Termination of Pregnancy, ia adalah prosedur yang mesti dilakukan dengan perbincangan yang terperinci di antara pakar sakit puan yang terlibat dan pesakit. Mesti ada sebab musabab yang jelas. Contohnya, dengan mengandung, nyawa mak itu terancam atau fetus yang dikandungnya mengalami kecacatan yang ketara menyebabkan ia tidak mampu hidup sekiranya lahir nanti.
Saya sendiri tidak pasti apa butiran diskusi artis itu dan doktor terbabit sehinggakan keluar topik makan nenas sebagai jalan untuk menamatkan kandungan sekarang. Untuk menggugurkan kandungan, doktor tidak menggunakan nenas ya. Kita bagi ubat yang bersesuaian. Sebab kita tahu dos selamat dan potensi kesan sampingan.
4. Nenas selamat dimakan semasa mengandung dan dalam pantang selepas bersalin selagi mana ia dimakan mengikut sukatan yang biasa, iaitu sepotong kecil untuk 1 hidangan. Amalan makan makanan sihat, suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah mesti untuk seumur hayat. Adakah nenas menyebabkan keguguran? Tiada kajian mengatakan begitu.
5. Dengan apa yang artis ini katakan, saya bimbang ramai wanita di luar sana beranggapan yang kalau mengandung rapat-rapat, menggugurkan kandungan itu adalah satu pilihan yang mereka ada. Sedangkan ia tidak benar. Saya risau menderulah nanti wanita datang mencari doktor untuk tujuan itu.
6. Media sukakan berita yang sensasi. Sosial media juga begitu. Makin merapu, makin viral lah kisah itu. Kebenaran di sebalik kisah itu, tiada siapa ambil peduli. Maka saya menjadi risau, adakah ini juga salah satu cara slapstik untuk publisiti murahan sesetengah pihak. Entahlah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masuk dunia perkahwinan, kebanyakan pasangan sering abaikan emosi dan perasaan isteri. Mungkin masing-masing penat mencari rezeki dan menguruskan hal anak-anak, tetapi dari sudut ambil hati anda tetap tidak boleh letak tepi.
Namun masalah ini boleh dibaiki, cuba ambil tahu beberapa perkara mudah ini…
1. Pegang Tangan
Sentuhan fizikal paling mudah bagi simbol cinta suami isteri adalah dengan pegang tangan tanpa diminta. Tetapi apa yang pelik kalau sudah halal, anak pula akan dijadikan satu alasan untuk pegang tangan pasangan. Perlu pasangan tahu, pegang tangan juga mampu kurangkan tekanan emosi isteri.
Cuba buat waktu isteri merajuk, lagi cepat aura positif itu muncul. Mahu lagi istimewa, sesekali paut jari jemari waktu sama-sama menonton televisyen. Atau lebih manis curi pegang tangan waktu keluar membeli belah, walau payah dengan dukung anak. Jangan pula satu pasangan di depan, satu di belakang.
2. Beli Hadiah
Isteri selalunya tidak meminta. Ada yang menghulur dia menerima. Kalau pun pasangan sama-sama mencari rezeki di luar, apa salahnya jika anda selalu ada hadiah kecil buat tambat hati. Tidak perlu yang mahal, mencukupi walau sekeping coklat. Lebih puas hati jika anda belikan makanan atau barang kesukaannya.
Waktu memberi mungkin boleh selit gurauan, semata untuk cungkil rasa cinta yang tersembunyi. Kadang penat kerja di rumah atau pejabat boleh hilang apabila mata melihat pemberian kecil dari orang tersayang. Tanda mengingati…
3. Buat Sesuatu Tanpa Disuruh
Ya, mungkin masing-masing penat tetapi jangan saling mengarah. Jika nampak sesuatu yang kurang enak depan mata, anda boleh memahami hati pasangan. Letak diri anda di tempat pasangan. Mungkin tidak sempat untuk kemas kerana anak-anak meragam. Jika mahu menjaga hati, anda sendiri boleh terus tolong pasangan.
Bertindak lebih baik daripada mengarah. Isteri, kalau nampak suami bertindak dia akan terus rasa bersalah. Jadi automatik, esok-esok hari kerja harian anda lebih dijaga kerana tidak mahu apa yang suami buat sendiri, terulang seperti hari sebelumnya.
4. Pujian tanda menghargai
Wanita lebih bertindak dan rasa dihargai jika suami selalu memuji. Mungkin hidangan tidaklah begitu istimewa, tetapi jika anda pandai ambil hati, isteri pasti lebih rajin masuk dapur walau penat seharian bekerja. Andai tidak begitu memuaskan, anda boleh sampaikan dengan cara lebih positif. Awas, jangan kritik kalau bab makanan yang dimasak. Nak menegur bab masak, suami kena sama-sama masuk dapur.
Mahu lagi romantis, saling berebut saat menyuap depan anak-anak. Anak-anak tengok pun, pasti mereka dapat baca isi hati kedua ibu bapa yang sedang bahagia.
5. Belajar mendengar
Memang tidak pelik kalau isteri selalu bercerita hal remeh sampai bertukar jadi bebelan. Saat mereka bercerita bukan kerana suka-suka ya, itu kerana mereka rasa tertekan dengan keadaan yang dilalui. Walau anda rasa perkara yang dikongsi agak tidak penting, tetapi belajarlah menjadi pasangan yang memahami. Faham saat pasangan berduka kerana sikap wanita, hanya meluah mereka akan rasa lebih puas dan disayangi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menerima keputusan yang membanggakan di dalam peperiksaan SPM 2019, tentunya seisi keluarga turut merasa bangga dan bersyukur. Segala usaha dan penat lelah selama ini, terbalas juga dengan keputusan yang cemerlang.
Antara yang mendapat perkhabaran gembira dengan keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan hari ini adalah keluarga ustaz Kazim Elias dan turut berkongsi rasa syukur di akaun fbnya.
Alhamdulillah… tahniah buat anak..
Terima kasih kepada guru-guru yang mengajar anak saya..dan semua staf Sek. Men. Sains, Tapah, Perak.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.