Sejak dahulu lagi, Datuk Rosyam Nor  tidak suka berkongsi kisah peribadi apatah lagi berkenaan isterinya yang dikatakan amat cantik, sopan dan masih maintain muda. Sebaliknya, pelakon dan pengarah terkenal ini lebih gemar memuatnaik tentang kariernya.

Terbaru dalam satu perkongsian anak keduanya yang mesra disapa Anis menerusi laman instagramnya _aniskiss memuatnaik beberapa keping gambar ketika keluar makan meraikan hari ulang tahun kelahiran ayahnya baru-baru ini.

Celebrated parents birthday over dinner with the whole fambam. Happiest birthday Papa ❤️ For the gazillionth time, thank you so much for all the sacrifices, hard work and 💸💸 👻,” demikian kapsyen yang dimuatnaik Anis.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah wajah Rosyam dan isteri yang tetap maintain awet muda  dan tidak dimamah usia biarpun kini sudah menimang cucu.

Anis dalam perkongsian sebelum ini pernah mendedahkan sifat sebenar ayahnya  itu di mata seorang anak.

“Sejujurnya saya tak rasa benda tu susah sebab papa tak beritahu kepada orang ramai tentang siapa anak-anak atau famili dia. Jadi, kami adik-beradik tak ada limelight sangat di media. Hanya orang yang tahu saja akan tahu. Macam saya, saya tetap hidup macam anak-anak lain dan kalau keluar rumah pun tak ada sampai kena serbu atau sebagainya.

IKLAN

“Paling penting, kami adik-beradik kena tahu jaga nama papa dan tak buat benda yang boleh jatuhkan reputasi dan memalukan. Alhamdulillah dari dulu sampai sekarang, semuanya baik. Bercerita tentang papa ni, dia nampak je garang. Tapi sebenarnya dia sangat penyayang, very romantic and very sensitive dengan anak-anak dia.

“Kenangan bersama papa memang banyak sangat tapi yang tak dapat saya lupa jasa mama dan papa ialah bila mereka buat perkahwinan saya menjadi momen paling bermakna dalam hidup. Apa sahaja idea yang saya nak, mereka akan cuba buat sampai dapat. Bukanlah bermaksud majlis tersebut kena mahal sebaliknya lebih kepada momen yang menyatukan kami sekeluarga,” akhirinya.

Selain Anis,  Rosyam Nor turut dikurniakan empat lagi cahaya mata perempuan iaitu Arniesha Azureen, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam.

Sumber: Ig Anis & Nona

IKLAN

ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!

“Percutian Singkat Tapi Bermakna, Peluk Cium Anak Sendiri.” 2 Biji Kek Jadi Perhatian, Ibu Dr Amalina Syukur Kejutan Menjadi!

BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!

IKLAN

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

“Tak Dimamah Usia Muka Papa & Mama.” Anak Kongsi Gambar Keluarga, Wajah Rosyam Nor & Isteri Dipuji Maintain Muda!

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI