
Cakoi merupakan makanan yang berasaskan tepung dan bahan yang digunakan juga tidak banyak. Menu ini juga sangat sesuai dimakan ketika panas-panas selepas dimasak.
Dengan resipi yang dikongsikan oleh Suraya Yaacob ini, anda hanya perlu ikut sahaja step-step berikut untuk membuat cakoi yang gebu dan enak. Bukan itu sahaja, cakoi ini juga sangat sedap dimakan bersama sos karamel atau coklat.
Cakoi

Bahan-Bahan:
- 300gm/1 mangkuk /⅓ peket tepung gandum
- 2 sudu makan gula
- ½ peket yis mauripan
- 1 sudu teh baking powder
- 1 biji telur
- 1 cawan air
- ⅓ cawan minyak masak
Cara-Cara:
– Campurkan semua bahan kering. Gaul biar rata.
– Masukkan air dan telur. Uli sampai jadi doh.
– Masukkan minyak masak dan uli sampai jadi doh lembut.
– Canai doh dan potong menjadi empat segi panjang.

– Lekatkan 2 doh menggunakan air dan tunggu kembang.

– Goreng dalam minyak panas sehingga perang.

Sumber: Suraya Yaacob
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rupanya Rahsia Nak Pucuk Ubi Lembut & Warna Cantik Kehijauan, Waktu Rebus Letak ‘Baking Soda’

Pucuk Ubi antara sayuran hijau yang memang sedap dicicah dibuat ulam. Cicah pula dengan sambal belacan memang sedap. Atau boleh juga dimasak kuah lemak dan sebagainya.
Jangan tak tahu,ada cara sebenarnya kalau nak rebus pucuk ubi supaya lebih lembut tetapi warna tetap cantik kehijauan. Inilah yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun.
Sayur-sayur dah naik harga, kita masak pula sayur kampung. Pucuk ubi pun jadi la. Pucuk ubi ni kalau direbus, makan pulak dengan sambal belacan…laju je. Boleh juga masak lemak kuning dan lain-lain.
Bahan-bahan:
Pucuk Ubi
Garam Kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda
Cara merebus:
1.Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.

2.Bilas kemudian toskan.
3.Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda

4.Masukkan pucuk ubi tadi.
5.Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.
6.Kemudian toskan.
Hasilnya pucuk ubi nampak menarik kehijauan dan lembut. Selamat mencuba!
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tart Nenas Daun Viral, Senang Rupanya Nak Buatnya, Rugi Tak Cuba!

Tart nenas sememangnya antara biskut raya yang wajib ada di semua isi rumah. Inti nenasnya yang padu ditambah dengan adunan kuihnya yang cair di mulut membuatkan tart nenas cukup digemari semua. Bukan hanya kita yang dewasa, anak-anak pun turut sukakan kuih yang satu ni. Memang sedap.
Sebelum ini kita hanya diperkenalkan dengan tart nenas tradisional yang digulung kemas, kemudiannya diolah menjadi tart nenas berbentuk bunga yang diletakkan isi di atasnya, juga tart berinti blueberi yang tiba-tiba muncul.
Tahun 2018 menyaksikan tart nenas berbentuk daun menjadi kesukaan semua. Mungkin dek kerana bentuknya yang ringkas dan cantik untuk disajikan kepada tetamu. Nak buatnya pun mudah sahaja.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Auni Azalia di facebooknya ini. Nampak senang je.

Alhamdulillah. Tahun ni dapat banyak sambutan untuk tart daun. First time buat, sekarang pun dah mula untuk tester raya.
Bahan-bahan:
1 ketul mentega farm cows ( sejuk dr chiller)
20gm gula ising
1 sdb minyak sapi
1 sdt esen vanilla
1 biji kuning telur ( dr peti sejuk)
2 sdb tepung jagung
Tepung gandum secukupnya ( tuang sikit2 sehingga doh tidak terlalu lekat di tangan)
2 biji kuning telur dan sedikit pewarna kuning
Cara-caranya:
1. Keluarkan farm cows dari peti dan potong-potong supaya cepat lembut tetapi (bukan sampai cair ya).

2. Kacau dan gaul dengan wisk atau senduk bila masukkan minyak sapi hingga sebati.
3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau lagi.

4. Masukkan gula ising dan tepung jagung.
5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga doh tidak melekat di tangan.
6. Timbang inti jem nenas 5gm dan dan doh pastry pula 8gm. Penyekkan doh dan letak inti di tengah-tengah dan tutup dengan doh pastry.

7. Cara nak membentuk daun tu sila rujuk gambar di bawah.
8. Gunakan penyepit kuih bangkit dan flower lifter untuk ambil inti ( jem nenas) supaya jari tidak melekit-lekit.
9. Dah siap susun dan sapukan dengan kuning telur dan setitis pewarna kuning. Bakar dengan suhu 120°c ( soner oven) atau 150°c api atas bawah.
Posted by Viral Oh Viral on Sunday, 3 June 2018
Tips
1. Tidak digalakkan menggunakan butter yang cair sebab akan menghasilkan tart yang berminyak selepas dibakar.
2. Doh pastry boleh disimpan di dalam chiller sekiranya tidak habis atau nak sambung semula diwaktu yang lain . Simpan didalam bekas yang bertutup.

3. Biarkan di suhu bilik bila nak gunakan semula.
4. Tidak menggunakan tepung kastard supaya tidak terlalu lembut dan shape daun tidak berubah atau kembang selepas dibakar.
Variasi Tart Nenas

Tart Gulung legend.

Perkongsian resipi daripada Shima Jamaah. Cantiknya tart ni.

Ini pula Tart Blueberri daripada Eriqa Sweet. Sedap!
Kredit Resepi : Auni Azalia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Homemade Bahan Perasa Makanan, Confirm Bebas MSG. Rasa Masakan Pun Sedap & Selamat! Ni Cara Buatnya.

Penggunaan bahan perasa di dalam masakan diakui dapat menjadikan makanan yang dimasak lebih enak dan sempurna rasanya. Pun begitu, umum juga mengetahui bahan perasa tersebut jika mengandungi Monosodium glutamate (MSG), dan andai seorang ibu menggunakannya setiap hari, bimbang juga akan mengundang bahaya di kemudian hari.
Sedar hal itu, ada baiknya setiap kali memasak kita sebagai ibu yang perihatin dengan pemakanan keluarga, menggunakan bahan penyedap rasa yang boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan rempah terpilih. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Aj Idris.
Nak tahu lanjut jom ketahui campuran rempah yang digunakan olehnya.
Pengganti ajinomoto saya. Homemade salt seasoning

Bahan-bahan
Garam halus
Serbuk bawang putih
Serbuk bawang merah
Serbuk ketumbar
Serbuk lada hitam
Serbuk kumin (jintan putih)
Cara Penyediaan :

- Campurkan kesemua bahan di atas dalam satu bekas kedap udara.
Untuk lebih mudah, bahan-bahan rempah ini ada tersedia dijual dipasaran, antaranya :





Ekstra info :
Serbuk bawang putih dan serbuk bawang merah boleh didapati di pasaraya, bahagian rempah. Sesetengah kedai runcit pun ada.
Sukatan bahan semua satu sudu kecuali garam dua sudu. Kalau nak banyak / penuhkan bekas, gandakan je nisbah tu ya.
Simpan dalam bekas kedap udara, boleh tahan lama sebulan dua sebab dia bahan kering. Simpan dalam fridge pun boleh.
Selalu saya letak dalam sup, makanan bergoreng macam mee, spaghetti, lauk-lauk berkuah macam kari, masak kurma, sayur campur, dan perapan ayam / daging. Masak nasi goreng kosong pun saya letak serbuk ni..
sumber : Aj Idris
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

