Ada orang suka untuk ada anak ramai di rumah, barulah meriah! Ada pula orang cukup sekadar yang ada senang untuk diberi perhatian.

Begitulah juga buat pasangan pelakon Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya yang memaklumkan mereka tidak merancang untuk menambah anak bagi mendapatkan zuriat lelaki selepas dikurniakan dua orang cahaya mata.

Menurut laporan Kosmo!, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari menyifatkan tugasnya dalam membesarkan dua anak perempuannya kini sudah cukup mencabar.

“Untuk menambah bilangan cahaya mata, saya ada bercakap dengan isteri, cukuplah (dua orang anak).

“Ketika anak masih kecil, memang seronok melayan tapi apabila mereka semakin membesar, ada satu tanggungjawab yang perlu kita lakukan dengan sempurna.

“Sebagai ibu bapa, kami perlu menyediakan yang terbaik untuk anak-anak selain perlu memastikan kesihatan mental mereka terjaga sebab saya dan isteri memang jenis sibuk keluar pagi, balik malam,” katanya kepada Kosmo!.

Tak Rancang Tambah Anak Lagi, Awal Ashaari – “Takut Kalau Ada Anak Ramai, Jadi Tidak Terjaga”

Namun begitu, pasangan tersebut tidak menolak jika diberikan rezeki untuk menimbang seorang lagi zuriat pada masa akan datang walaupun bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata.

IKLAN

Tambah pengacara itu, tanggungjawabnya sebagai seorang bapa sangat tinggi terutamanya dari segi masa dan kos, serta meluahkan rasa bimbang sekiranya tidak dapat memberikan perhatian yang penuh jika mempunyai ramai anak.

“Saya takut kalau ada anak ramai, jadi tidak terjaga. Buat masa sekarang dua anak sudah pun membuatkan saya dan Scha gembira. Tapi kalau ada rezeki, kami tidak menolaknya (anak ketiga).

“Sebagai bapa, sudah tentu saya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak terutama pendidikan. Macam Lara, saya hantar dia ke kelas itu dan ini.

“Jadi bila difikirkan balik, lagi ramai anak, lagi besar tanggungjawab kami nanti terutama daripada segi pelaburan (kos).

“Kos membesarkan anak pun sudah cukup tinggi. Tapi mungkin sebab pilihan kami sendiri juga yang mahu berikan terbaik buat mereka,” ujar Awal.

IKLAN

Pelakon berusia 41 tahun itu turut mengakui rasa kasihan apabila melihat anaknya perlu menghadiri pelbagai jenis kelas kemahiran yang telah didaftar kerana tidak mahu melihat kedua-duanya ketinggalan di belakang.

“Kasihan juga sebab pada usia masih kecil, Lara sudah sibuk dihantar ke pelbagai kelas. Saya tidak nafikan sebenarnya saya sendiri takut anak-anak akan ketinggalan.

“Tapi bila difikirkan semula, bagus juga sebab apabila mereka besar nanti, mereka akan memiliki pelbagai kemahiran berguna,” jelasnya.

Untuk rekod, Awal dan Scha telah mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan dikurniakan dua orang zuriat iaitu Lara Alana, 9, dan Lyla Amina, 2.

IKLAN

Sumber: Kosmo Online (Mohammad Shahemy Azmi),

Tak Rancang Tambah Anak Lagi, Awal Ashaari – “Takut Kalau Ada Anak Ramai, Jadi Tidak Terjaga”

MARI MEWARNA MERDEKA

Wow mewarna BINTANG KECIL datang lagi!!! Hanya RM40 sahaja. Bawa pulang:

1. Akaun simpanan sspn RM20
2. Bekas pensil
3. Pensil warna
4. Sijil penyertaan

Hadiah akaun SIMPAN SSPN dan barangan keseluruhan bernilai RM1000.

Daftar sekarang! Tempat TERHAD

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI