Terkenal dengan trademark ‘peningggg’ pempengaruh media sosial yang popular di Utara, dikenali sebagai nama Man Kulim Peninnggg dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di sini pada petang Selasa.
Berita mengejut pemergian Allahyarham tersebar di pelbagai platform media dengan orang ramai sempat menzahirkan rasa pilu akan perkhabaran berkenaan.
Sementara itu menerusi facebook rakan, Mohd Zaki Salleh menzahirkan arwah seorang yangg baik dan rajin membantu orang lain.
“Innalillahhiwainnailaihiraajiuunn…. Al-Fatihah… salam takziah. Saya saksi bahawa Man Kulim seorang yang sangat baik, pernah bantu saya dalam bisnes kedai makan.”
“Tak berkira dan sangat ringan tulang, semoga arwah Man Kulim Peninnggg ditempatkan bersama orang yang beriman,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Dimaklumkan, ibu kepada Allahyarham Man Kulim Peninnggg, Siti Asa Lateh baru sahaja dilaporkan meninggal dunia pada 11 Disember lalu.
Ads
“Tak sampai dua minggu arwah mak beliau meninggal, kini, petang tadi dalam anggaran jam 6 petang giliran beliau pula menyusul.
“Allah sebaik-baik percaturan yang menyusun semua perjalanan kehidupan semua insan Al-Fatihah,” tulis beliau.
Ads
Menerusi beberapa perkongsian di media sosial difahamkan arwah mengalami demam dan lemah anggota badan dalam beberapa hari ini. Selain itu menghidap penyakit kencing manis.
Man Kulim atau nama sebenarnya Burhan Che Mokhtar sememangnya dikenali di media sosial, lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang berada di Kedah dan Pulau Pinang yang amat senang dengan telatahnya.
Popularitinya di media sosial menyaksikan pelbagai jenama tempatan mengambil peluang mengiklankan produk masing-masing, sekali gus menaikkan lagi nama pempengaruh tersebut.
Ads
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan disemadikan di Kuala Muda, Kedah yang merupakan kampung halamannya.
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000! Daftar sekarang
Sumber: Media Sosial
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita ‘hilang’ suami 10 bulan lalu kini hilang dua anak, “Saya tak kuat…”Norizan Ujak, 40 sedih apabila dua orang anaknya maut dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA dekat Stadium Hang Jebat, Krubong di sini, pada petang Isnin.
Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, anak sulung dan anak bongsunya, Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan Nur Afiqa Sofea Hazlin, 5, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.
Norizan yang melihat sendiri nahas membabitkan anaknya di depan mata berkata, dia hanya mampu menjerit ‘Ya ALLAH anak aku’ apabila melihat motosikal yang ditunggangi anaknya merempuh tong sampah pukal roro berwarna biru menyebabkan mereka terpelanting.
Menurutnya, ketika kejadian dia mengekorinya mangsa dengan motosikal lain dari arah belakang sebelum dua beradik itu merempuh tong sampah tersebut.
“Kami dalam perjalanan nak ke Tanah Perkuburan Islam Bertam Ulu untuk menziarah kubur arwah suami yang meninggal dunia akibat komplikasi sakit termasuk kencing manis.
“Kami rancang lepas ziarah nak makan bersama selepas itu, namun tak sangka berakhir dengan tragedi,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Melaka, di sini, pada malam Isnin.
Ibu anak tiga itu berkata, lebih menyedihkan dia nampak depan mata tong roro yang diletakkan betul-betul atas bahu jalan lorong kecemasan menyebabkan anak tidak sempat mengelak kerana terdapat lori di lorong kanan.
Katanya, lebih dikesalkan tong sampah pukal yang diletakkan di bahu jalan untuk membuang sisa pokok ditebang didakwa tidak diletakkan ciri-ciri keselamatan termasuk kon diletakkan terlalu hampir dengan tong terbabit.
“Malah ketika kejadian tak ada seorang pun pekerja kontraktor yang mengawal lalu lintas memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
“Harap pihak berkuasa supaya ambil tindakan tegas kerana kecuaian ini telah menyebabkan saya hilang dua anak sekali gus. Jangan ada orang lain lagi yang menjadi mangsa,” katanya lagi.
Tambahnya, bukan sahaja kehilangan dua orang anak seretak malah hilang punca pendapatan keluarga kerana sejak pemergian arwah suami November lalu, arwah anak sulung yang menanggung keluarga dengan bekerja sambilan sebagai tukang cuci kereta.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan perjalanan dua beradik untuk menziarahi pusara bapa mereka, tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan.
Kejadian yang berlaku mengakibatkan mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 7.40 malam dan 12.30 pagi Selasa ketika dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setiba di lokasi kejadian, mangsa yang merupakan penunggang motosikal terbabit dipercayai tidak perasan sebuah tong sampah roro berada di bahu jalan sebelum merempuhnya.
Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak terutamanya dalam pendidikan. Ada yang sanggup mengeluarkan ratusan ringgit setiap bulan demi memastikan keselesaan anak-anak dalam meraih ilmu.
Namun dalam pada keterujaan, terselit kebimbangan apabila anak seolah-olah sukar menerima rutin baru yang harus dijalaninya ini. Lebih-lebih lagi apabila anak asyik menangis dan seolah trauma sedangkan pada dasarnya dilihat semuanya manis-manis sahaja.
Satu perkongsian dari seorang wanita mengenai pengalamannya menghantar ke sekolah tadika ini telah mendapat pelbagai maklumbalas dari orang ramai. Ini kerana, rupanya ramai yang pernah melalui pengalaman sebegini tetapi terpaksa diamkan diri kerana tidak mempunyai pilihan lain.
Wanita yang mesti membahasakan dirinya Pah ini telah menceritakan kisah benar yang dialaminya sendiri sewaktu menghantar anaknya ke sekolah tadika.
Siap-siap dari rumah anak ok saja tapi bila nampak saja sekolah dari jauh, dia dah meraung dalam kereta. Saya cuba hubungi cikgu supaya dapat bincang. Manis lembut dia layan tapi Allah nak tunjuk, dia lupa off HP. Menggigil, berpeluh dan peluh Pah dengar ayat-ayat yang keluar dari mulut dia.
Kisah Benar
Salam sayang semua pembaca setia coretan page ini, kali ni Pah nak share pengalaman Pah sendiri lalui fasa anak masuk ke tadika.
Pah percaya bila akhir tahun, semua ibubapa yang ada anak berumur 4 hingga 6 tahun mesti sibuk mencari tadika terbaik untuk si comel kita kan. Al maklumlah pengalaman pertama mereka ke sekolah. Tahun 2016, anak sulung Pah, berusia 5 tahun dan Pah sangat teruja nak hantar tadika.
Ini adalah salah satu sebab kenapa Pah berhenti dari kerja Arab Saudi sebab nak fokus pada dia. 2015 Oktober, Pah berhenti dari Saudi, duduk rumah mak abah di Kluang sementara mahligai kecil kami masih dalam renovation di JB.
Time tu Pah pregnant anak kedua. Dalam masa yang sama, sangat busy survey tadika yang terbaik untuk anak. Habis satu Kluang pusing. Of course anak sulung excitednya lain macam kan. Akhirnya Pah pilih satu tadika (centre) agak GAH namanya, kalau dengar dah tahu MAHAL.
Dan confirm-confirm kalau hantar anak ke sini expctation dia, anak akan pandai. Tapi paling Pah tak sangka bila anak menangis hampir 3 bulan setiap kali nak pergi sekolah. Siap-siap dari rumah ok saja tapi bila nampak saja sekolah dari jauh dia dah meraung dalam kereta.
Puas pujuk macam-macam cara tapi tetap menangis. Sampai teacher dukung dia dari kereta, meronta-ronta, jerit nangis. Allah sebenarnya hati ni tak kuat sangat tengok macam tu. Pah cuba yakinkan anak, ummi hantar awak sekolah je, ummi tak balik, ummi tunggu dekat bawah dalam kereta.
Hakikatnya balik rumah siap masak-masak dulu. Jadi kalau pagi hantar pakai baju kelawar, tengah hari ambil, Pah pastikan pakai baju yang sama sebab nak dia percaya Pah. Mula-mula Pah tanya dia, kenapa pergi sekolah menangis?
Dia jawab, “Awish takut ummi tinggalkan Awish balik Madinah”
Maafkan ummi sayang. Ya, ummi pernah tinggalkan Awish dan pergi jauh, tapi kali ni ummi janji, ummi tak akan jauh lagi dengan Awish. Hari-hari hantar dia dengan membawa kesabaran yang tinggi sangat, kadang- kadang hilang juga sabar.
Tapi itulah hakikat yang perlu Pah terima. Ada satu hari, dia balik sekolah dia cerita, “Ummi, tadi teacher suruh Awish diri dekat luar kelas, lama berdiri, tak boleh masuk kelas sebab Awish nangis nanti kacau kawan-kawan nak belajar.”
Terkejut Pah dengar tapi Pah tak backing dia depan-depan. Dalam hati ni menangis sebab apalah salah budak umur 5 tahun yang baru seminggu dua dalam dunia baru mereka, tentulah ambil masa nak sesuaikan diri. Kenapa teacher tak pujuk dia? Dah pujuk ke? Seribu persoalan timbul.
Ada ketika, seharian dia tak belajar, teacher suruh dia duduk jauh dari kawan-kawan dan hasut yang lain jangan dekat dengan dia. Sedihkan.. tapi Pah tetap menangkan cikgu bila nasihatkan dia. Satu hari, Pah cuba hubungi principle sebab Pah cadang nak try tukarkan anak ke session petang, mungkin sebab dia jadi moody kena bangun awal pagi.
“Salam Puan Fara (Bukan nama sebenar), saya ingat nak berjumpa dengan puan sebab masalah anak saya.’’
“Hari ni saya busy nak bawa mak saya berurut, kenapa yer Sharifah?”
“Yelah sebab dah dekat 2 bulan dia pergi sekolah menangis, jadi saya nak minta pendapat macam mana’’
“Oklah datang esok, kita jumpa.”
“Thanks Puan Fara, saya dah puas pujuk Awish yang saya takkan tinggalkan dia lagi, puan tolonglah saya pujuk Awish. Suruh cikgu-cikgu pun bantu bagitau dia yang saya tunggu dia dekat bawah, saya tak balik.”
“Ok, insyaAllah Sharifah, jangan risau tau, teacher-teacher semua faham, nanti kita jumpa ok.’’ Baik tetul nada dia, lembut sangat.
Tetibaaaaaaaaa Allah nak tunjuk sesuatu di sebalik kelembutan suara dia!!!! Sebelum Pah letak telefon, Pah terdengar dia berbual dengan husband dia! Dia tak end call!! Menggigil, berpeluh-peluh Pah dengar ayat-ayat yang keluar dari mulut dia.
“Siapa tu? Suami dia tanya.
“Ibu Awish.’’ Dia jawab dengan nada yang kurang sedap. Husband dia pun incharge tadika tu juga.
“Nangis lagi ke pegi sekolah?’’ Suami dia tanya.
“Iyerlahhhhhhhhhhh, hari-hari nangis, pastu boleh pulak ibu dia suruh kita pujuk-pujuk anak dia, eh kita pulak disuruh-suruh!!!! Dia pujuklah sendiri anak dia!!!!!! Ni esok tak taulah apa lagi dia nak, sebok nak jumpa.’’
Dengan nada mengejek-ejek, suara tinggi, nada marah. Tengah masih dia membebel, tetiba tuuuttt tuuutttt… Allahhhh kredit Handphone Pah abiss. Pah nangis semahu-mahunya. Ya Allah, apalah salah anak aku. Pah cerita dekat mak Pah sambil menahan sedih dan geram.
Pah terus siap-siap nak keluar sebab nak jumpa dia dekat sekolah time tu jugak. Mak nasihatkan tapi Pah berdegil, tak kiralah apa nak jadi aritu. Rasa dah lama menahan sabar. Sampai sekolah, takdir Allah, Allah tak izinkan Pah jumpa dia, dia baru saja keluar.
Pah duduk dekat tangga menangis. Mak pujuk, betul apa mak cakap. Kalau Pah tanya principle pasal hal telefon tu, nanti awish akan jadi m4ngsa keadaan dekat sekolah. Ikutkan hati nak berhentikan tapi memandangkan dah bayar mahal, 2k++, Pah akur dengan nasihat mak. SABAR.
Setiap kali nak hantar sekolah, Pah pulak yang nangis. Mengandung pulak masa tu memang emosi sangat. Doa dan doa tak putus-putus akhirnya dah tak nangis lagi. Tapi masih tak happy balik sekolah. Tak suka environment sekolah tu.
Sabarlah nak, sikit masa saja lagi. Sampailah hari akhir sekolah, penyampaian sijil, Pah balik tanpa bercakap apa-apa dengan principle tu. Tapi Pah dah maafkan perbuatan dia. Jadi, apa yang Pah nak cuba kongsikan tak semestinya tadika yang brand-brand mahal ni bagus, dan bukan semua tak bagus, semuanya bergantung pada owner dan cikgu-cikgu.
Jujur Pah boleh cakap semua cikgu-cikgu dekat tadika tu tak berkualiti, dan ownernya hanya mulut manis. Awish pernah cerita yang ada cikgu gunakan perkataan yang biadap dalam kelas.
“Ummi, tak baik kan kalau kita cakap bongok dan pergi mampus kan?”
“Siapa cakap macam tu?”
“Teacher cakap dekat kawan Awish’’. Allahualam.
Setahun anak Pah di tadika tu, nak masuk 6 tahun masih tak pandai membaca!! Boleh imagine tak macam mana Pah punya susah hati dan gelabah. Sebulan RM330 bayar selama setahun tapi hampa. Budak yang cerdik, cekap, senang tangkap, cepat hafal, tapi pelik dia masih tak boleh baca.
Pah pulak setahun tu memang tiada ajar dekat rumah sebab bulat-bulat serah dekat tadika, tambah pulak emosi pregnant asyik letih saja. Lepas tu dah busy dengan baby baru. Pening jugak kepala risau sebab bila Awish masuk darjah 1 nanti ada exam LINUS.
Dalam masa busy nak pindah ke JB Pah sekali lagi trauma nak cari tadika 6 tahun. Allah tolong aku Allah, tolong anak aku Allah. Akhirnya Allah gerakkan hati Pah pilih tadika berdekatan kawasan Pah tinggal. Hari pertama orentasi bersama parent Pah rasa seronok sebab happy dan excited sangat.
Masa nak ke toilet Pah melintas satu kelas semua budak-budak 4 hingga 6 tahun dengan beberapa teacher. Mereka asingkan ibu bapa dengan anak-anak untuk taklimat. Pah rasa terharu dan airmata mengalir bila ada seorang teacher sedang peIuk seorang budak comel tengah menangis sambil berzikir.
Ya Allah, bila imbas kembali kena diri luar kelas sebab menangis, sedihhhnyaaaaaa, kesiannya anak aku. Sampai hati cikgu tu, padahal kalau pujuk mesti diam. Alhamdulilah, Pah dapat pilih tadika yang terbaik untuk 6 tahun.
Tak menangis lagi dah pergi sekolah. Semua teacher sayang dekat dia. Macam-macam pujian dapat. 3 bulan berlalu, positif progress pelajaran tapi masih merangkak-rangkak membaca. Pah kena cari jalan macam mana nak bantu.
Nasiblah Pah jumpa satu centre yang ada buat program membaca. Dalam masa 3 bulan saja dah boleh membaca cerita pendek. Alhamdulillah.. Terima kasih sudi membaca tau, moga Pah dapat share sesuatu yang bermanfaat.
Pah tiada niat nak burukkan mana-mana pihak tapi Pah pengalaman sendiri. Moga anak-anak kita semua membesar menjadi anak soleh dan solehah serta boleh banggakan ibu bapa, negara dan agama. Aamiin…
Lots of love, – Sherifah ismail (Bukan nama sebenar)
Kerja sebagai penghantar makanan ini sememangnya mempunyai risiko yang tinggi walaupun pendapat yang diperolehi agak lumayan.
Paling mencabar apabila ianya bermain dengan waktu dan penilaian pelanggan sebagai taruhan untuk mendapat rating yang tinggi.
Sebab itulah jika dilihat di jalan raya, ada sesetengah rider yang sanggup berhujan panas demi memuaskan hati pelanggan.
Tetapi risiko yang lebih tinggi adalah berdepan dengan kemalangan kerana kebanyakan rider menaiki motorsikal kerana lebih jimat dan mudah untuk sampai ke destinasi.
Itulah yang terjadi kepada seorang rider, Muhammad Hafizi Idris yang kini koma akibat kemalangan jalan raya ketika bekerja sebagai rider penghantar makanan pada 29 Ogos tahun lalu.
Sejak terlibat dengan kemalangan itu, isterinya, Norfarahin Jamsari, 25, setia menanti di sisi suaminya.
Menurut Norfarahin, motosikal dinaiki suaminya dirempuh sebuah kereta, menyebabkan mangsa mengalami pendarahan dalam kepala dan masih terlantar di hospital sehingga ke hari ini.
“Saya dapat tahu suami kemalangan daripada rakannya yang juga seorang rider. Selepas suami koma, hidup agak sukar kerana selama ini saya hanya bergantung kepada pendapatannya sahaja.
“Suami pula anak sulung daripada lima beradik. Sebelum ini dia banyak bantu keluarga, termasuk adiknya yang masih belajar di kolej. Jadi kami terkesan daripada semua aspek.
“Suami dah lebih setahun kerja sebagai rider FoodPanda. Sebelum ini dia kerja biasa, banyak lompat kerja. Sewaktu jadi rider, dia memperoleh pendapatan sekitar RM3,000 hingga RM4,000 sebulan,” ujarnya yang telah berhenti kerja daripada sebuah butik.
Sepanjang fasa sukar itu, Norfarahin berkata dia tidak putus harapan, malah sentiasa yakin bahawa pemuda yang dinikahinya pada tahun 2021 itu akan bangkit semula suatu hari nanti.
“Keadaannya turun naik, tak stabil. Tapi doktor kata masih ada harapan untuk baik. Cuma ambil masa yang agak panjang. Selain kecederaan kepala, suami juga patah tangan kiri dan paha kiri.
“Sepanjang dia dalam koma, matanya pernah berkedip beberapa kali. Ada juga saya perasan pergerakan tangan dan kaki. Saya sentiasa berborak dengan suami, sebab doktor pun ada pesan suruh bercakap dengannya.
“Dan banyak kali juga suami mengalir air mata dalam koma sewaktu saya bercakap dengannya.
Tapi sangat jaranglah saya dapat saksikan detik macam ni. Saya berharap dia dapat ikut saya balik rumah, dapat sedar semula,” ujarnya yang berkenalan dengan suaminya sejak tahun 2017.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.