Memori dan ‘kehadiran ‘ Siti Sarah yang masih kuat dalam dirinya membuatkan Shuib sepahtu enggan bertemu dengan ‘kembar’ arwah.
“Kalau boleh saya mahu mengelak daripada berjumpa dengan dia (Emy Nur Faranizah).”
“Untuk melihat ‘figure’ Sarah sekarang ini saya tak sanggup. Sebab dia dah tak ada dan semestinya tak ada pengganti untuk dia. Untuk tengok depan mata saya tak sampai hati dan tak sanggup.
“Untuk anak-anak berjumpa dia (Emy) saya okay saja dan tak larang. Saya boleh bawa, tak ada masalah. Sebab Allah Maha Kaya, Maha Hebat. Saya selalu dengar kita ini ada tujuh kembar, muka sama kita dalam dunia ini. Satu kelebihan juga Allah nak bagi muka sama,” kata Shuib Sepahtu kepada Harian Metro.
Menurut Shuib dia tidak kisah jika orang ramai menyamakan wajah wanita itu dengan Siti Sarah.
Ads
“Saya anggap ini biasa. Saya percaya setiap orang ada muka sama. Begitu juga dengan saya. Perkara sebegini memang dah ada dan tak ada isu pun. Kalau terjumpa ia satu rezeki.
“Kalau orang tanya saya nak jumpa saja-saja saya cakap tak sebab rindu saya dengan Sarah memang takkan pernah habis. Saya tak boleh nak tengok, saya tahu bukan dia walaupun muka sama.
Ads
Terdahulu akhbar ini melaporkan bapa Siti Sarah, Raissuddin Hamzah menerima kejutan kehadiran ‘kembar’ arwah anaknya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-66, pada Ahad lalu.
Kejutan itu dirancang isterinya, Siti Fatimah Suberi, 35, atau mesra disapa dengan panggilan Mak Der.
Dianugerahkan anak sebagai zuriat penyambung warisan tentunya sesuatu yang cukup menggembirakan dan membahagiakan.
Lebih-lebih berganda perasaannya bila dikurniakan bukan seorang cahaya mata malah kembar sembilan sekali gus! Rasa bahagia dan syukur yang sukar untuk digambarkan.
Pun begitu tidak dinafikan bukan mudah malah semuanya berganda perlu diuruskan.
“Melahirkan seorang anak sudah cukup sukar. Inikan pula sembilan anak, tidak dapat dibayangkan,” kata Halima, ibu kepada bayi kembar sembilan yang memecah rekod dunia sebagai kembar paling ramai.
Memetik berita di Sinar Plus, difahamkan setelah melahirkan Mei lalu di sebuah di Casablanca, Morocco, Halima Cisse, 26, dan bayi-bayinya akhirnya dibenarkan pulang ke Mali.
“Sungguh mengagumkan jumlah kakitangan yang terlibat dalam menjaga mereka. Saya berterima kasih kepada pasukan perubatan yang bekerja keras dan kerajaan Mali kerana membiayai kelahiran ini,” kata isteri kepada tentera laut, Abdelkader Arby, 35.
Daripada sembilan kembar, empat adalah lelaki dinamakan Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI.
Manakala lima daripadanya adalah perempuan diberi nama Adama, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatouma.
Kembar luar biasa ini pada awalnya dijangkakan mampu bertahan 50-50.
Bagaimanapun, semuanya kuat semangat, berjaya melepasi tempoh sukar dan kritikal hingga bebas inkubator sejak Ogos lalu.
Susulan itu, bayi-bayi berkenaan berpindah ke sebuah pangsapuri berdekatan hospital bagi memudahkan dipantau kakitangan perubatan.
Memiliki bayi yang ramai, Cisse terpaksa menggunakan 100 keping lampin pakai buang dan menyediakan enam liter susu sehari.
Kandungan kembar sembilan menjadi perhatian dunia selepas Cisse hamil tanpa sebarang rawatan kesuburan.
Pada awalnya dia dikatakan hamil kembar tujuh sahaja.
Berat perut Cisse juga dikatakan mencecah 30 kilogram, termasuk air ketuban.
Bayi-bayi tersebut dilahirkan pada usia pramatang melalui pembedahan caesarean.
Cisse difahamkan berada diambang maut selepas bersalin kerana kehilangan banyak darah.
Lapor Daily Mail, bil hospital sahaja cecah RM5.71 juta yang mana sebahagiannya ditanggung kerajaan Mali.
Halima Cisse dan suami terdahulu memiliki anak sulung perempuan, Souda berusia dua tahun setengah.
Pasangan ini tinggal di kediaman mereka di Timbuktu, Mali yang mempunyai tiga bilik tidur.
Untuk itu, mereka merancang untuk membesarkan rumah bagi menampung keperluan anak seramai 10 orang.
Sebelum ini, rekod kelahiran bayi kembar paling ramai dipegang wanita bernama Nadya Suleman dari Amerika Syarikat.
Wanita tersebut melakukan rawatan kesuburan untuk hamil dan dikurniakan bayi kembar lapan pada 2009.
Sumber : Sinar Plus
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah menguruskan anak yang ramai dan pada masa yang sama perlu memastikan rumahtangga dalam keadaan teratur dan kemas. Pastinya ia bukan tugas yang mudah. Ia memerlukan displin pengurusan masa yang amat teliti. Semua ini mengelak daripada kelam kabut terutana waktu pagi.
Melalui perkongsian oleh Ida Ifaz amat berguna untuk membantu ibu bapa menguruskan anak tanpa pembantu rumah. Malah amat sesuai sekali buat mereka yang bekerjaya. Walaupun perkongsian yang lama namun masih relevan untuk dijadikan panduan. Jom semak!
Menguruskan anak di awal pagi dan dalam masa yang sama perlu uruskan diri adalah tidak mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental supaya kita dan anak sama-sama terurus walaupun di awal pagi, pada masa yang singkat. Kita juga tidak perlu berpatah balik ke rumah kerana tertinggal barang dan menjejaskan prestasi kerja.
Mood pagi untuk bekerja juga penting. Mengurus anak dan diri sendiri dengan baik boleh membantu kita lebih fokus dan bersemangat untuk pergi kerja dengan baik.
Tips yang tidak seberapa ini adalah mengikut pengalaman saya sendiri yang mempunyai 5 anak lelaki yang masih kecil dan tidak mempunyai pembantu, malahan suami saya terpaksa pergi kerja pada awal pagi, segala urusan anak perlu saya uruskan sendiri tanpa pembantu.
Antara tips yang membantu saya:
1) Bereskan pada waktu malam Segala urusan beg sekolah dan beg-beg anak sebaiknya disiapkan pada waktu malam. Biasanya, saya ajar anak yang dah bersekolah untuk kemas beg mereka sendiri.
Beg-beg itu pula diletakkan di depan pintu supaya senang nak capai esoknya. Baju-baju sekolah mereka pun perlu siap digosok pada malam hari supaya tak kelam kabut pada waktu pagi.
2) Bangun awal pagi. Dengan bangun awal pagi, kita ada lebih banyak masa untuk uruskan banyak benda. Biasa juga berlaku sesuatu yang unexpected, seperti anak muntah dan anak membuang air serta perlu di cuci.
Ia ambil masa kita sebab dalam masa yang sama, kita juga perlu bersiap. So, bila ada lebih masa, kita boleh hadapi unexpected things lebih mudah.
3) Tenang-tenang aja Berhadapan dengan anak-anak kecil, banyak perkara yang menguji perasaan biasa berlaku. Mereka mengamuk di awal pagi, mereka inginkan itu ini yang tidak dapat ditunaikan pada waktu itu, tantrum yang sangat menguji perasaan.
Huh. Ibu-ibu yang ada pengalaman dengan anak kecil pasti memahami.
Tips saya, kita jangan stress dan tenang-tenang aje menghadapinya. Kalau anak saya mengamuk, saya biarkan aja untuk 5 – 10 minit dan kemudian saya akan pujuk. Bertindak tegas dengan mereka tetapi tidak marah-marah dan meninggi suara. Jika tidak, mood kita akan terjejas. Memang payah, perlukan latihan dan kekuatan mental yang tinggi.
4) Delegasi kerja urusan sendiri Bagi saya yang tiada pembantu, segala urusan menggosok baju saya ‘delegasi’kan ke kedai dobi, kerana walaupun weekend, saya masih lagi tidak sempat meluang masa untuk menggosok baju.
Ibu-ibu yang mempunyai masa boleh siapkan gosok baju sendiri pada hari weekend untuk seminggu hari bekerja. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan elektrik jika gosok baju sekali gus untuk seminggu. Urusan ini sangat ambil masa jika kita perlu membuatnya di awal pagi selain menguruskan anak.
5) Mohon bantuan anak
Anak yang berumur 5 tahun ke atas sudah pandai uruskan diri mereka sendiri serba sedikit. Menyiapkan beg sendiri, menolong mengangkat beg adik, membantu mengemas katil boleh dilakukan jika kita tolong ajar dan tunjukkan.
Mereka akan jadi lebih bertanggungjawab dan berdikari selain memudahkan kerja kita di rumah. Ia perlu di ajar pada awal usia mereka kerana jika mereka tidak biasa melakukannya, mereka tidak mudah untuk lakukan biasa dah capai umur 10 tahun ke atas.
6) Kekuatan Spiritual dan Mental Ini tips paling penting, apa-apa yang kita lakukan akan mudah jika kita fikir kita boleh lakukan. Pergantungan kepada Allah paling penting untuk elak stress.
Mohon bantuan kepada yang Maha Menguruskan setiap perkara di dunia ini adalah tips TERBAIK yang saya pernah dapat. Kuatkan mental dengan mengulang ayat “Saya Ibu yang Hebat, semua cabaran adalah cabaran kecil dan mudah sahaja bagi saya”
Ulang 5 kali terutama ketika menghadapi waktu-waktu sukar setiap pagi. Satu lagi tips, tukarkan perkataan “MASALAH” dengan “CABARAN”. Perkataan “Masalah” menjadikan kita lemah, perkataan CABARAN menjadikan kita lebih HEBAT dan akan cuba mengatasinya, bukan mengeluh menghadapinya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan Suruh Jadi ‘Queen Control’, Tapi Elak Suami Main Kayu Tiga!
Semua pasangan suami isteri ingin hidup bahagia sehingga ke penghujung usia. Namun ada juga ada beberapa perkara yang menyebabkan sesebuah perhubungan atau perkahwinan tidak bahagia.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini boleh dijadikan renungan bersama bahawa isteri jangan terlalu manjakan suami sebaliknya menjadi seorang ‘queen control’ untuk memastikan bahagia rumahtangga.
Katanya akibat terlalu ‘caring’ membuatkan suami mudah curang kepada isteri. Ikuti pandangannya yang telah meraih pelbagai respon daripada netizen.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Lelaki ni curang sebab apa? Sebab dia rasa dia mampu.
Sebab tu puan-puan, kalau boleh, susahkan mereka (lelaki) ni. Banyak kali dah pesan, kalau kerja, simpan duit tu, spend la duit suami.
Bagi dia rasa betapa banyaknya komitmen dia dengan 1 isteri. Tak mau dia tambah Lagi.
Ni kau rasa kau kerja, kau jadi terpaling caring rasa kesian kat si suami kena sara kau. Eh dah dia akad masa nikah dulu nak jaga kau, kau tanggungjawab dia la, kak.
Biar.
Biar dia susah. Kalau dia senang sangat, Allah akan soal dia kat akhirat nanti. Biar puan susahkan dia.
Bukan nak suruh jadi Queen Control. Cumanya, berpadalah. Simpan duit gaji tu, in case dia buat hal, kau ada backup plan.
Ok, puan?
By the way, “mampu” ni tak semestinya duit. Boleh jadi benda lain. Tapi takpe, curang ni kan pilihan. So untuk tinggalkan orang gini juga pilihan.
Mampu dari segi emosi, duit, masa.
Seperti banyak replies kata, “Curang itu pilihan”
“Jangan buli suami”
Mampu bukan duit je ye.
Lelaki ni curang sebab apa?
Sebab dia rasa dia mampu.
Sebab tu puan-puan, kalau boleh, susahkan mereka (lelaki) ni. Banyak kali dah pesan, kalau kerja, simpan duit tu, spend la duit suami.
Bagi dia rasa betapa banyaknya komitmen dia dengan 1 isteri. Tak mau dia tambah Lagi.
Sementara itu pelbagai respon daripada netizen daripada perkongsiannya. Ada yang setuju dan sebaliknya. Apa yang pasti, curang itu pilihan. Kaya atau miskin, ia adalah terletak pada hati untuk setia pada isteri.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.