Selepas hampir dua minggu pemergian suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari atau BCL kembali ke pentas buat pertama kalinya.
Biarpun masih berduka, namun dia tetap bangkit dan mengenepikan segala rasa pedih kehilangan insan tersayang demi meneruskan kehidupannya sebagai seorang anak seni.
Ads
Penampilan pertama BCL di di Friday Fusion di SQ Quarter Dome, Cilandak, Jakarta Selatan. Di susuli pula dengan kemunculan di Konsert Valentine Romantic yang diadakan Sabtu lalu sekali lagi menyentuh hati ramai orang. Biarpun nampak tersenyum manis ketika menyampaikan beberapa buah lagu, namun ada masanya dia tidak dapat menahan emosi dan menitiskan air mata kerana masih lagi terkesan dengan pemergian mengejut suami tersayang.
Menurut BCL, walaupun lagu ini sudah berulang kali dinyanyikan, dia berharap agar semua orang dapat harga waktu dengan orang yang kita cintai kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari esok.
Ads
“Dalam waktu secepat ini, saya harus kehilangan cinta sejati saya. Tapi saya harap setiap kali saya menyanyikan lagu ini atau ada orang yang mendengarkan lagu ini.
Ads
“Saya harap kita semakin menghargai namanya ‘waktu’ dengan tersayang, dengan keluarga untuk dinikmati untuk saling mencintai.” Ungkap BCL dengan nada sebak sebelum mengalunkan lagu Cinta Sejati penuh emosi.
Ulam raja merupakan sejenis tumbuhan liar yang mudah tumbuh pada kawasan yang luas serta terdedah kepada cahaya matahari dan ianya pada asalnya berasal dari Amerika latin. Kini, tumbuhan ini semakin mudah didapati di seluruh negara Asia dan mendapat permintaan ramai berikutan daripada khasiatnya yang bermanfaat. Ianya mengandungi nutrien lengkap yang berkhasiat seperti protein, lemak, kalsium, karbohidrat dan juga vitamin A.
Ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad kebaikkan ulam raja.
Ulam Raja atau cosmos caudatus popular di Malaysia, Indonesia dan Brunei sebagai hidangan tambahan dalam menu bersama sambal.
Ia mengandungi nilai kalori yang rendah, dan pelbagai nutrisi.
Setiap 100 gm Ulam Raja mengandungi:
• Tenaga 20 Kcal
• Karbohidratg 0.5 gm
• Protein 3.0 gm
• Serat 1.6 gm
• Vitamin C 65.0 mg
• Thiamin (B1) 0.15 mg
• Riboflavin (B2) 0.25 mg
• Kalium 430mg
• Fosforus 35 mg
• Kalsium 250 mg
• Magnesium 50 mg
• Zat besi 5.0 mg
Selain itu, kebaikan Ulam Raja ialah :
1. Mengawal paras gula
Pesakit diabetes yang amalkan 15 gram ulam raja setiap hari selama lapan minggu menunjukkan paras bacaan glukosa dalam darah yang lebih terkawal. Ini kerana ulam raja berbanding pesakit yang tidak mengambil ulam raja kerana ia meningkatkan paras sensitiviti insulin.l
2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Ulam raja kaya dengan sumber sebatian bioaktif seperti asid askorbik, asid klorogenik, quercetin, dan proathocyanidin dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes, darah tinggi dan tahap kolestrol yang tinggi. Selain itu ia dapat menurunkan tahap keradangan dalam tubuh.
3. Kaya dengan sumber antioksida
Ulam raja mengandungi sebatian antioksida yang tertinggi, yang penting untuk melawan radikal bebas yang terhasil akibat proses pencernaan makanan yang bersifat karsinogenik atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar.
4. Mengurangkan tekanan darah tinggi
Ulam raja dapat mengurangkan tekanan darah tinggi (terutama pre-hipertensi) kerana, ia bersifat anti-diuretik.
5. Perlindungan terhadap tulang
Ulam raja mampu mengelakkan dari penyakit osteoporosis.
6. Meningkatkan fungsi Hati
Ulam raja dapat menguatkan fungsi organ hati dengan melancarkan pembuangan bahan kumuh yang terkumpul.
7. Bertindak sebagai anti-kulat and anti-microb
Phenylpropane yang berada pada akar ulam raja bersifat anti-kulat seperti kulat Cladosporium cucumerinum, Candida albicans dan anti-mikrob terhadap lima jenis bakteria seperti Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Candida albicans.
Kesimpulan
Pengamalan ulam raja sebagai sumber alternatif dalam perubatan moden masih diperingkat awal tetapi terbukti banyak khasiat-khasiat untuk kesihatan.
Ia juga tidak memberikan sebarang kesan sampingan terhadap pengguna.
Semoga bermanfaat.
Penyanyi Alyah menyifatkan kehadiran anak angkatnya, Nur Izzara adalah hadiah dari Allah buatnya dan suami.
Malah katanya lagi, kehadiran anak kesayangan itu dalam keluarga mereka tepat pada waktu dan ketikanya.
Bahkan penyanyi bersuara merdu itu turut dilihat berkongsi pelbagai video bersama buah hatinya.
Terbaru Alyah memuat naik video dia meluangkan masa bersama suami dan anaknya. Paling tersentuh pastinya kapsyen pelantun lagu Kisah Hati itu yang menyifatkan puterinya sebagai pemberian terindah daripada Allah SWT.
“Hadiah dari Tuhan. Tiada yang terlambat, tiada yang terlewat.
“Semuanya tepat pada waktunya kerana Dia maha tahu bila dan bagaimana,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan kebahagiaan Alyah dan suami serta anak mereka.
Malah Tok Ram juga turut dipuji kerana setia melayani buah hatinya malah sikap penyayang yang ditunjukkannya dipuji ramai.
Terdahulu, Alyah dan Datuk Ramli MS mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013. Alyah mencuri perhatian apabila berkongsi foto ketika majlis cukur jambul dan aqiqah Nur Izzara menerusi Instagram.
Lelaki warga emas hilang lebih dua minggu, kereta ditemui terbakar, ada pindahan wang ke akaun pihak ketiga. Keluarga warga emas yang hilang sejak 3 September lalu percaya lelaki berkenaan Sabari Baharom,62, masih hidup dan dilarikan individu tidak dikenali.
Anak bongsu mangsa, Muhammad Amir Hakimi Sabari,25, berkata, ini kerana mereka telah mengenal pasti berlaku pemindahan wang dari akaun bank mangsa ke akaun bank seseorang tidak dikenali dengan jumlah yang agak besar.
“Pemindahan wang itu berlaku pada 4 dan 5 September. Kemudian selepas pihak polis meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) kelihatan seorang wanita tempatan yang melakukan transaksi berkenaan.
“Kami sekeluarga tidak ada sebarang masalah dengan ayah, jadi saya tidak rasa ayah bawa diri atau merajuk, kes ayah saya sekarang sudah dikategorikan sebagai kes jenayah,” katanya.
Menurutnya, andaian mereka itu dikuatkan lagi apabila menemukan kereta Proton Waja milik Sabari dalam keadaan hangus terbakar di tempat pembuangan sampah di Pulau Belantik, Sik pada Jumaat.
“Peliknya ayah tak ada dalam kereta itu. Jadi saya yakin ayah dilarikan seseorang,” katanya.
Mengimbas kembali kejadian pada malam 3 September lalu, Muhammad Amir berkata, ayahnya yang merupakan seorang pesara Pegawai Kanan Kewangan dipercayai keluar berjumpa rakannya menaiki kereta Proton Waja berwarna emas (KBP 5778).
“Mereka pergi berurut sebelum singgah makan di sebuah kedai dan pulang ke rumah bertempat di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, Baling.
“Bagaimanapun, keesokan harinya ayah gagal dihubungi, kali terakhir keluarga berhubung dengannya pada siang hari kejadian sahaja,” katanya.
Amir yang juga anak bongsu daripada tiga beradik berkata, dia merayu kepada individu berkenaan agar pulangkan ayahnya.
“Tinggallah ayah saya di masjid atau tepi jalan sekali pun, saya akan pergi ambil ayah. Saya tak nak kes kehilangan ini berakhir seperti kes-kes sebelum ini yang bertahun-tahun tidak dapat dijumpai,” katanya.
“Oleh itu, kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang ayahnya, diminta menghubungi keluarga di talian 019-523 0287 (Amir) atau 0111-0408552 (Muhaimin),” katanya.
Terdahulu, berita kehilangan Sabari itu dikongsikan sendiri oleh anaknya @syilla_syilla menerusi beberapa hantaran di aplikasi Instagram.
Dalam perkembangan terbaharu, @syilla_syilla turut memaklumkan kereta milik ayahnya telah dijumpai dalam keadaan ‘total lost’ dan terbakar di sebuah tempat pembuangan sampah.
“Kereta ayah dah ditemui. Kereta dibakar. Area Pulau Belatik. Tapi ayah tak ada dalam kereta,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.