Terkadang kekangan masa setiap hari membuatkan kita mak-mak memilih menu yang mudah untuk disediakan buat anak-anak. Makanan dalam tin misalnya antara menu yang cukup mudah disediakan namun sebaiknya elakkan beri pada anak selalu. Mengapa?
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, makanan dalam tin ini jika diberikan pada anak-anak kecil kita yang sedang membesar boleh mengganggu hormon, daya ingatan anak dan kesihatan anak. Jadi sebaiknya elakkan.
Makanan dalam tin, boleh ganggu hormon, memori dan kesihatan anak. Elakkan. Terutama untuk anak-anak yang kerap tak sihat, yang kita nak jaga usus mereka.
Untuk anak asthma dan eczema, lagilah kita kena sedaya upaya jauhkan. Makanan macam ni, makanan yang tinggi proses. Kita tahu ia tahan bertahun-tahun di rak pasaraya. Masih elok tanpa kerosakan walau dah lepas 2 tahun dari tarikh ditinkan.
Ads
Makanan dimasak suhu tinggi, kurang nutrisi dari makanan sebenar. Toksin terserap dalam makanan sebab tersimpan dalam tin dalam tempoh yang panjang.
Pengawet dan aditif ditambah untuk makanan tahan lama. Kita sebenarnya ada pilihan. Tin sardin gantikanlah dengan ikan sebenar.
Sandwich tuna ganti sandwich telur. Banyak resepi mudah mushroom soup. Buah tin ganti buah potong. Cendawan guna yang fresh. Sos pasta buat yang homemade.
Makanan proses ni, memang dicipta untuk bantu kita. Untuk cepatkan proses kita memasak. Tapi tulah, kadang kita tak perasan, makin lama, anak makin kerap tak sihat.
Ads
Dalam sebulan, 3 minggu anak batuk, 1 minggu je sihat. Makin berulang, dan berulang episod macam ni. Yang eczema, gatal masih tak baik-baik. Dah cuba ubat macam-macam, ubat makan sudah, ubat sapu pun sudah. Tapi anak masih menggaru tengah malam.
Check balik makan minum anak kita. Yang kerap tak sihat, memang kena pantang kejap makanan tinggi proses macam ni.
Ads
Tunggu sampai anak betul-betul sembuh. Bila dah sembuh, anak pun dah terbiasa makan real food, tak ada dah makanan tinggi proses macam ni kat rumah kita.
Korang boleh check dapur masing-masing, ada tak makanan dalam tin sebagai stok makanan kat rumah. Kalau masih ada, jadikan ini stok terakhir, lepas ni cuba banyakkan real food kat rumah. Kita usaha sama-sama ya.
Penyanyi Shila Amzah berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Seth Uwais tiba-tiba hampir pengsan selepas bermain panas di luar kawasan rumah.
Menerusi Insta Story miliknya, Shila berkongsi mengenai perkara itu bersama pengikutnya.
Tambah Shila lagi yang kini sedang berpantang, kejadian itu berlaku berkemungkinan disebabkan anaknya turut menghidapi penyakit talasemia sama seperti dirinya.
“Ya Allah budak ini (Seth) buat mama takut. Main panas dekat luar, pastu terus naik rumah, mandi. Lepastu nak pitam (pengsan).
“Bergegas mama turun tangga nak tengok dia dah pucat muka. Terus mintak papa dia bawak ke klinik.
“Ternyata sebijik mama. Sebab itu mama tak boleh sukan dari kecil sampai sekolah menengah.
“Allahu anak, saya boleh lihat dia ada talasemia seperti saya. Semoga Allah lindungi anak-anak kita, keluarga kita dari segala apa yang memudaratkan,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, pelantun lagu Patah Seribu itu berkata dia menyedari menghidap penyakit berkenaan semasa hamil cahaya mata pertama.
“Saya sedar ada talasemia jenis carrier (pembawa) semasa hamil anak pertama,” katanya lagi.
Sekadar info, Shila mendirikan tangga dengan pempengaruh Ubai MZ pada 5 Ogos 2023 dan mereka baru sahaja dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Teknologi yang semakin berkembang kini membuatkan mak ayah gagal menyekat penggunaan telefon kepada anak-anak.
Ada mak ayah yang memberikan hanya dua jam sehari, namun ada juga yang memberikan pada anak setiap hujung minggu. Terpulang pada mak ayah.
Apa yang ibu ayah perlu tahu adalah terlampau kerap menonton televisyen dan telefon membuatkan mata anak berpasir, gatal dan kering. Ini akan membuatkan mereka menggosok mata.
Elakkan kerana anak boleh terdedah risiko Keratokonus. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Malar menerusi Instagramnya.
Kalau anak selalu sangat gosok mata berhati-hati sebab boleh dapat penyakit keratokonus. Anak-anak banyak tengok gajet, telefon dan televisyen.
Kalau waktu biasa kita berkelip mata lebih kurang 17 kali dalam seminit tapi kalau kita tengok tv atau telefon, kita hanya kelip mata dari 4 hingga lima kali sahaja seminit.
Jadinya bila kerdipan mata berkurang, mata akan rasa berpasir, kering dan mata akan rasa penat.
Bila berlaku tiga situsi ini kanak-kanak akan mula gosok mata mereka. Tindakan gosok mata ini akan merosakkan atau pun mencederakan lapisan kornea.
Sepatutnya permukaan kornea rata, licin dan agak tebal tetapi bila selalu digosok, permukaan kornea akan berubah, jadi terlampau nipis dan sedikit terbonjol di bahagian hadapan.
Jadi bila kornea rosak, dia akan dapat penyakit keratokonus. Keratokonus ini menyebabkan rabun dan silai yang terlampau tinggi dan tak boleh dibetulkan dengan cermin mata biasa malah ada kanta khas.
Jadi mak ayah tolong pantau anak. Saya sendiri faham dan akui memang anak-anak akan tengok tv dan telefon terutama musim cuti sekolah.
Jadi kalau anak kerap menggaru mata, tolong dapatkan ubat titisan air yang ada pelembap dan titiskan ubat titis mata supaya kurang berpasir dan kering.
Kurangkan skrin time pada anak-anak. Bukan anak-anak sahaja, kita yang dewasa pun berpotensi untuk dapat masalah ini kalau terlampau lama bekerja dengan telefon. Jagalah kesihatan mata kita.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas hampir lapan jam berada dalam kenderaan di Ara Damansara, di sini, selepas ibunya menyangka sudah menghantar mangsa ke tadika semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.40 petang menyatakan mangsa tidak sedarkan diri di rumah di Ara Damansara, di sini.
Beliau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati pada jam 7 pagi, ibu mangsa berumur 30-an menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran dan seterusnya ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa.
“Sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.
“Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhruddin berkata, bapa mangsa membuat panggilan MERS 999, memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian.
“Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia.
“Bedah siasat dijalankan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka, lebih bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.