Cili padi merupakan antara tanaman kesayangan yang sering digunakan di dalam masakan harian. Namun seringkali juga, tanaman cili ini sukar untuk kekal “hidup”, kurang menjadi, membesar apatah lagi mengeluarkan hasil.
Semua ini berpunca daripada serangan serangga perosak seperti siput, semut hitam, kumbang dan sebagainya. Namun demikian terdapat petua yang cukup mudah untuk mengatasi masalah ini, iaitu hanya dengan menggunakan bawang putih.
Bahan-bahannya:
Beberapa ulas bawang putih
Langkah-langkah:
Tanamkan beberapa ulas bawang putih bersebelahan dengan pokok cili.
Jangan tanam terlalu dalam. Memadai sekadar menimbuskan tanah tersebut.
Biarkan sehingga bawang putih mengeluarkan tunas atau daun, nescaya serangga tidak lagi berani membuat sarang pada pangkal pokok ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Laman Hati-Kebun Bandar:Jom Tanam Sendiri
Nasi Kak Wok Yang Simple Jer Tapi Sedap. Ayam Goreng Lengkap Dengan Kuah Gulai Pekat, Patutlah Ramai Suka
Sebut sahaja Nasi Kak Wok pasti ramai yang membayangkan kuah gulainya dan sambal belacan yang power tu. Patutlah kalau nak makan di kedai sentiasa penuh dengan orang ramai.
Jika keluarga anda memang menggemari nasi ala kak wok, apa kata ibu-ibu buat sendiri. Admin kongsikan resipi yang simple je tapi mudah untuk yang pertama kali nak buat.
Selamat mencuba!
RESEPI NASI KAK WOK
Nasi putih berlaukkan Ayam Goreng kunyit yang dipotong saiz dadu, lengkap dengan kuah gulai pekat dan sambal belacan,perghhhhh sape je yang tak cair konfom meleleh
walaupun lauknya agak simple.Ini resepi untuk nasi kak wok bagi sesiapa yang tidak tahu dan ingin mencuba.
Resepi gulai ayam kakwok
—————————————
Bahan Bahan:
Bawang bombay – 4 labu
Bawang putih – 5 ulas
Halia – 1 inci setengah
Lengkuas – 1 inci setengah
Rempah kari daging – 3 sudu
Rempah kerutub – 1 sudu
Kacang panjang – potong
Terung potong kecil
Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong kecil.
Santan (jangan pekat sangat)
Garam dan kiub ayam
1 Nisan Kerek / Gula Melaka
Cara-cara Penyediaan:
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam, perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan bahan yang ditumis tadi, masukkan ayam dan masak ayam empuk, masukkan santan, masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat dan kemudian masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan kerek dan serbuk kiub ayam, dan biarkan masak sekejap.
Ayam goreng harum
——————————
Bahan Bahan:
1 ekor Ayam – potong kecil
Garam- 2 sudu kecil
Kunyit hidup – 2 inci tumbuk lumat
Serbuk kunyit – 1 sudu kecil
Serbuk cili – 1 sudu kecil
Daun kari – 3 tangkai
*Tips, daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ini.
Cara-cara Penyediaan:
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecil dan lumurkan/sapu ayam dgn bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dalam minyak terendam sampai sederhana garing.
Sambal belacan ala kak wok
——————————————-
Bahan Bahan:
4 biji cili kering – direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa
Cara-cara Penyediaan:
Blend kesemua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.
Sumber : Sajian Malaysia
Berdiet Takkan Lapar Bila Minuman Ni. Sedap & Berkhasiat!
Nak berdiet tapi tidak mahu terasa lapar? Ini ada satu jenis minuman yang bukan sahaja berkhasiat tapi cukup menyelerakan. Menikmati boleh memberi rasa kenyang dan tenaga untuk tubuh.
Apabila melihatnya saja sudah membuatkan kita tak sabar untuk menikmatinya. Betulkan?
Minuman berasaskan susu yang dicampur dengan buah-buahan serta bahan berkhasiat lain menjadikan minuman ini bukan sahaja sesuai untuk yang berdiet malah anak-anak juga pasti menggemarinya.
Oleh itu, usah tunggu lagi. Ayuh kita cuba resipi ini dan nikmati keenakannya!
Bahan-bahan:
4 sudu rolled oats
100ml susu
1 sudu besar greek yogurt
Buah-buah campuran (strawberi, blueberry, anggur) nak letak kismis pun boleh.
Cara Buat :
1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas.
2. Sejukkan semalaman untuk rasa yang lebih enak.
3. Sedia untuk dinikmati.
sumber : Syarifah Anne Via MAHN
Ekstra Info Kebaikkan Oat Untuk Diet
1. Oat mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan sepenuhnya.
2. Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain.
3. Oat juga boleh memberikan perut berasa kenyang dalam masa yang lama.Oat adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat. Oleh itu Oat berikan anda jawapan untuk kurus dengan mudah kerana apabila anda makan oat untuk sarapan pagi, anda akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.
Penyediaan Bahan Masakan Jadi Super Ekspres Bila Guna Blender. Sekelip Mata, Siap!
Blender atau mesin pengisar merupakan peralatan dapur yang penting untuk memudahkan persiapan mengisar bahan mentah sebelum proses memasak dilakukan.
Sama ada hendak kisar bawang, cili kering, kekacang, rempah ratus dan sebagainya semuanya menggunakan mesin pengisar. Tanpa pengisar, pastinya tugas memasak menjadi lebih rumit dan proses penyediaan makanan juga akan menjadi lebih panjang.
Jadi sebab itulah Pengisar Panasonic MX-V310KSL dijamin boleh memudahkan kerja-kerja mengisar bahan masakan.
6 SEBAB BLENDER NI PALING TERBAIK!
- Ada 6 Kekunci Auto
Anda boleh memilih kekunci yang sedia ada mengikut kesesuaian menu dengan pengisar ini. Sama ada untuk menyediakan jus, smoothies, sup, makanan bayi, puding, kekacang malah mengisar ais batu sekali pun boleh.
- Kuasa Maksimum Putaran Motor 600W Dengan Teknologi V&M
Rekaan dinding balang bahagian bawah lebih sempit berbanding bahagian tengah akan membentuk putaran yang dinamik agar memastikan bahan-bahan yang dikisar berputar sempurna.
- Bilah Pisau Bergerigi
Keunikan lain pengisar ini apabila ianya boleh digunakan untuk mengisar pelbagai jenis bahan, maka bilah pisau yang digunakan adalah yang hebat dan terbaik. Direka dengan bentuk melengkung dan bergerigi bagi menjamin kisaran yang lebih halus.
- Mudah Dibersihkan
Hanya dengan mengisi air dan bahan pencuci pinggan ke dalam pengisar, kemudian tekan kekunci P2, pengisar sudah dibersihkan sepenuhnya. Begitu mudah, cepat dan pantas.
- Tersedia Bekas Kaca Untuk Kisaran Kering
Bila menggisar bahan-bahan kering seperti kekacang, rempah dan sebagainya dengan menggunakan bekas kaca akan menjadikan bahan kisaran tersebut tidak melekat pada dinding bekas dan mudah untuk dicuci, sekali gus lebih bersih.
- Saiz Praktikal
Ukuran balang pengisar praktikal dan berupaya memuatkan bahan kisaran hingga 1.5 L. Oleh itu, tidaklah perlu mengisar berkali-kali untuk menyediakan bahan dalam kuantiti yang banyak.
Nyata, bila anda menggunakan pengisar Panasonic MX-V310KSL ini memang terbaik bukan? Ia hanya berharga RM282.10. Jadi semestinya proses menyediakan bahan masakan menjadi lebih pantas dan cepat.
Kata mudahnya, sebut sahaja keluarga teringin nak makan apa, semuanya boleh. Untuk itu, apa kata anda cuba sediakan 3 menu ini. Selamat Mencuba!
GULAI DAGING TETEL BERSERTA NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel | potong kecil dan rebus hingga empuk
300gm nangka muda | potong dadu dan rebus empuk
1liter santan kelapa
3 sudu makan rempah gulai daging
2 sudu makan pes cili
1 sudu teh serbuk cili
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
2 batang serai | titik
3sm lengkuas | titik
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3sm halia
2sm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kisar ke dalam blender dan kisar hingga halus. Ketepikan.
- Kemudian panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan yang telah dikisa, kacau lagi.
- Setelah pecah minyak, masukkan campuran rempah gulai dengan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
- Setelah garing masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata dan masukkan santan.
- Tambahkan serai, lengkuas dan asam gelugor.
- Biarkan gulai terus mereneh di atas dapur.
- Apabila daging empuk, masukkan nangka.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah cukup masak, tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KUZI AYAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
2 ulas bawang putih | kisar
2sm halia | kisar
Sedikit saffron
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN GORENG DAN KISAR:
3 biji bawang besar | hiris
50gm badam
50gm kismis
BAHAN-BAHAN LAIN:
3 sudu makan rempah kuzi
3sm lengkuas | hiris memanjang
2sm halia | hiris memanjang
1 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji limau nipis | ambil jus
Sedikit saffron
1/2 cawan tomato puri
200ml susu cair
500ml air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan bahan perapan, kemudian perap 15 minit.
- Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak, kemudian toskan.
- Ambil bahan yang perlu dikisar dan masukkan ke dalam blender. Kisar halus dan ketepikan.
- Kemudian panaskan minyak sapi bersama minyak masak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga wangi.
- Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
- Seterusnya, masukkan puri tomato dan bahan goreng yang telah dikisar tadi, kacau rata dan tambahkan air.
- Masukkan ayam goreng tadi, kacau rata dan tambahkan susu cair.
- Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau roti jala.
KETAM KARI CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersih dan potong dua
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1 biji bawang besar hiris
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan air asam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya| menumis dan menggoreng
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2sm halia muda
2 biji buah keras
1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ketam hingga kemerahan kulitnya. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian masukkan bahan yang perlu dikisar ke dalam blender dan kisar hingga halus. Ketepikan.
- Keluarkan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan air asam, kacau rata.
- Setelah pecah minyak, masukkan ketam yang telah digoreng, gaul ratadan kemudian perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
- Tutup api, ketam sedia dihidang panas-panas.