Melihat bunga kertas yang ‘meriah’ bunganya memang cantik, dari kejauhan sudah terlihat serinya di laman rumah. Teringin juga untuk ditanam di dalam pasu untuk penambah seri pokok=pokok yang sedia ada di hadapa rumah. Untuk itu, mengetahu lanjut apakah tip dan rahsianya untuk mendapatkan pokok kertas bukan sahaja berbunga lebat, malah merimbun elok kita ketahui daripada yang berpengalaman. Jom semak perkongsian ini.
“Saya tunjukan cara tanam bunga kertas yang rimbun boleh cuba kat rumah.. silakan share ye boleh sama-sama pandai tanam bunga. Bila
pokok bunga kertas yang sudah hidup kat tempat matahari penuh ya tak mau tempat redup.”-Nano Nursery
Langkah-langkahnya :
1. Tanam dalam bag/ pasu yang sesuai. Saya guna tanah campur. Nak guna tanah lain pon boleh tak kisah.
Ads
2. Letak kayu di tengah-tengah sebagai sokongan 3. Naikan pokok ke atas lilit pada kayu
4. Ambil tali dan ikat pada bahagian bawah
5. Bila bunga dah habis gugur potong ranting pokok. Biarkan togel macam ni
Ads
6. Lepas trim mesti bubuh baja tinja tayam untuk tumbesaran pokok. Baja tayam campur baja 12+12 ( mcm dlm gmbr) gaulkan sekali pon tak apa baja tu. Pakai baja bunga kat kedai tu pon boleh jugak tapi mesti campur dengan baja tinja ayam. Lepas baja mesti siram ye bagi baja merasap ke tanah. Jika tak hujan hari-hari kena siram ye.
Ads
8. Pokok akan bertunas baru dan keluarkan bunga. Tengok tunas banyak kuarkan. Kena rajin potong/ trim dan baja. Bbaja pokok 2 minggu sekali dan ulang lagi proses tadi bila bunga dah gugur ye. Nanti pokok akan jadi macam ni
Sering juga kita rasa pening kepala untuk mengurus barang-barang untuk disimpan di dalam stor agar tersusun kemas dan teratur. Pun begitu, tidak dinafikan dengan saiz stor yang sedia begitu terhad, keadaannya semakin padat dengan pelbagai jenis barangan.
Jadi buat anda yang ingin menyelesaikan hal penstoran, ada baiknya mengambil idea yang dikongsikan oleh seorang suami ini iaitu dengan lakukan DIY untuk hasilkan rak tinggi. Dengan cara ini walau ruang rumah anda terhad, masih boleh mengwujudkan ruang storan yang praktikal.
Difahamkan menurut perkongsian Hairul Nazmi, dia hasilkan rak tersebut kerana ianya jimat ruang. Ini memandangkan ruang bahagian bawah tidak terganggu dan paling sesuai untuk hasilkan rak tersebut pastikan ruang dinding mempunyai bentuk U.
Bahan-bahan yang digunakan untuk hasilkan rak tinggi yang ringkas sepertinya ini adalah hanya menggunakan papan pine untuk lantainya dan kayu saiz 1 x 2 pula untuk membentuk tulang kerangka rak tersebut.
“Baru siap buat rak tinggi, sebab nak jimat ruang bawah konon nya. Kalau dalam rumah ada dinding bentuk ‘U’ macam ni, boleh cuba buat. Perlukan material kayu sikit je. Saya pakai kayu size 1×2 buat tulang, pastu papan pine untuk buat lantai nya. Lebar rak ni dalam sekaki je, panjang tu bergantung pada jarak dinding kiri kanan tu.”
Jadi buat anda yang ingin menghasilkan rak tinggi seperti ini, bolehlah sediakan kelengkapan dan bahan-bahan antaranya seperti ini:
Kayu pine
Kayu saiz 1 x 2
Circular saw
Orbital Sander
Apit G
Tukul besi
Langkah 1 : Pastikan rumah anda mempunyai ruang dinding berbentuk U seperti di dalam gambar. Kemudian lakukan pemasangan kayu dengan menggunakan skru biasa yang berukuran 2.5 inci dan wallplug plastik bersaiz 6mm.
Langkah 2 : Kemudian lubang skru ditebuk menggunakan pocket hole jig dan kemudian apitkan dengan menggunakan apit G.
Langkah 3 : Teruskan proses yang sama untuk tingkat seterusnya. Anda boleh buat berapa tingkat bersesuaian dengan ruang yang ada.
Langkah 4 : Kemudian potong kayu pine mengikut ukuran kerangka rak untuk dijadikan lantai rak.
Langkah 5 : Lakukan proses pemasangan kayu yang dipotong tadi untuk dijadikan lantai rak dan dipaku kemas.
Langkah 6 : Siap dan beginilah hasilnya. Bolehlah diletak barang-barang di atas rak tersebut.
Menempuh perjalanan yang jauh bersendirian di waktu malam bukanlah perkara asing dilakukan oleh sebahagian antara kita. Apatah lagi dengan memandu di waktu malam suasananya lebih tenang dan kesesakan lalu lintas dapat dielakkan.
Pun begitu, tidak dinafikan ada juga risikonya yang tersendiri. Hal ini turut menyababkan ahli keluarga mahu pun orang tersayang risau dan bimbang jika apa-apa perkara terjadi di tengah-tengah jalan, tiada orang menyedari mahupun dapat membantu.
Jadi kalau boleh biarlah keberadaan kita sepanjang perjalanan itu diketahui oleh seseorang. Sekurang-kurangnya ada ikhtiar boleh dilakukan jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
Umpanya sepertimana perkongsian daripada Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ini yang terpanggil untuk berkongsi tips apabila umum mengetahui berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya.
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat untuk semua.
Salam Takziah
Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.
Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.
Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan.
Kurangkan Risiko, Lakukan Perkara Ini
Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).
Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.
Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:
1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.
2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas).
3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi).
4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak).
5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan.
6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.
Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.
Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.
Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesetengah ibu bapa mungkin tidak tahu perangai anak-anak ketika berada di sekolah. Mungkin di rumah ada yang pijak semut pun tak mati kan.
Sebab itulah menjadi dilema pada cikgu-cikgu mengadu hal tersebut namun tidak dipercayai oleh ibu bapa pelajar berkenaan. Seorang guru, Mohd Fadli Salleh berkongsi hal ini di laman sosialnya.
Oleh yang demikian, para ibu bapa patut alert akan hal ini dan jangan terlalu percayakan kata-kata anak. Mungkin mereka dalam keadaan takut rahsia terbongkar terus berbohong untuk selamatkan diri.
Sebaiknya periksa dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Elakkan membuat keputusan terburu-buru yang boleh mengundang masalah lain kelak!
Dengan kata lain, pendidikan yang terbaik adalah ketika di rumah. Jadi, untuk itu ibu bapa patut tunjukkan sifat baik terlebih dahulu barulah boleh menjadi teladan untuk anak-anak kelak. Jom baca perkongsian ini.
Aku nak dedahkan pada ibu bapa masalah yang sering anak kalian buat di sekolah dan ramai ibu bapa tak tahu hal ini.
1. Minta duit kawan.
Masalah ini berlaku saban hari di sekolah melibatkan murid tahun 1-6. Banyak aduan diterima setiap hari, dan sebenarnya lebih banyak aduan disembunyi.
Ibu bapa tolonglah. Tolong didik anak-anak di rumah agar tidak minta duit kawan meskipun duit dia dah habis. Suruh jumpa guru kelas atau guru bertugas.
Masalah ini paling sukar aku hadapi. Dah pesan banyak kali pada murid, jangan beri pinjam duit. Lapor pada cikgu jika ada murid lain minta duit.
Laporan tak ada. Tup-tup mak ayah mesej mengadu duit anak dia selalu kena minta.
Bila panggil anak dia tanya kenapa beri sedangkan cikgu dah pesan, jawab si anak selamba,
“Jika tak beri dia tak nak kawan.”
Letih main dengan isu budak minta duit ni. Ada yang terkumpul lebih RM30 pun ada. Sehari minta seringgit atau dua.
Akhirnya aku terpaksa hubungi ibu bapa maklumkan hal ini. Terkejut ibu bapa sikap anak sendiri suka minta duit kawan. Padahal mereka dah bagi belanja lebih dari cukup. Ada yang beri duit belanja RM5 sehari pun masih minta duit kawan.
Lebih seram, ibu bapa tak terima aduan guru. Kata kawan anaknya reka cerita dan anak dia baik sangat. Lepas tu twist cerita anak dia selalu kena ambil barang dengan orang lain. Kena tolak, kena pukul dan sebagainya. Aduh!
2. Selalu tinggal barang.
Cikgu-cikgu kelas terutama tahun satu sangat maklum hal ini. Setiap hari sebakul pensel dikutip. Setiap hari sebakul pemadam, pensel warna, pembaris di tinggalkan.
Kat kantin berpuluh botol air tidak dituntut.
Masalah tinggal barang sahaja tahan lagi. Pulang rumah dia cerita kawan dia yang curi. Kawan dia yang ambil. Padahal dia tak nak kena marah dengan ayah ibu. Hat ni masalah besar.
Maka ibu bapa hubungi guru bercerita barang anak dia selalu dicurioleh Polan bin Polan.
Dah cikgu kena jadi penyiasat pula siasat dakwaan kes. Bila cikgu panggil murid yang dituduh itu, murid ini pulang cerita kat mak ayah dia cikgu tuduh dia mencuri.
Padahal baru siasat dan bertanya betul ke ada ambil barang kawan tu.
Padahnya mak ayah serang cikgu pula. Aduh lagi.
3. Suka ambil barang orang.
Hat ni memang ada. Barang orang suka sangat padahal barang dia lagi mahal dan banyak. Pantang kawan pusing belakang, barang atas meja terus hilang.
Pernah terjadi, seorang murid bawa pulang buku teks kawan dia. Bukan sebiji. 3 biji buku teks yang sama dia ambil. Nak buat apa entah. ?
Bekas pensel dia semua penuh dengan ‘harta rampasan perang’. ???
Jenis suka minum dan makan bekal kawan pun ada juga. Tanpa minta masalahnya. Tengok kawan bawa air sedap, kawan tu ke tandas, separuh dia balun. Kawan tu ralit buat kerja, separuh lagi dia minum.
Last-last tinggal tujuh titik je air Ribena kawan tu. Tu pun bercampur air liur tinggalan ‘pembalun’ lima titik. ???
Jadi ibu bapa, dengarlah nasihat aku guru tahun satu ini.
Walau kalian bagi duit belanja kat anak-anak, walau anak kalian baik yang kat kat rumah, kena pesan hari-hari,
“Jangan minta duit kawan!”
Walau berkodi-kodi alat tulis kalian sediakan, kena selalu check beg anak-anak. Jumpa barang yang bukan milik dia, terus suruh dia pulangkan esok hari.
Walau dia kata kawan yang beri!
Kalau anak balik cerita barang dia kawan ambil, jangan terus percaya. Kemungkinan besar dia sendiri yang tinggal barang itu. Atau barang jatuh dia tak kutip.
Cukuplah tiga benda dulu aku kongsi malam ini. Kalau ikutkan banyak lagi ni. Lain kali la pula aku cerita.