“Pohon tanam jenazah mak secepat mungkin. Tidak perlu tunggu sesiapa.”
Itu nota pesanan terakhir yang ditinggalkan pesara polis, Allahyarhamah Muhyizan Muhyi kepada tiga anaknya sebelum meninggal dunia akibat barah usus pada 6 Mei bersamaan dengan 5 Syawal lalu.
Namun apa yang menyedihkan, nota itu baru ditemui tiga anaknya selepas arwah selamat dikebumikan.
Menurut Nor Azuana, 36 nota itu ditemui oleh adiknya, Nur Asyikin, 34, dalam almari baju ketika mereka bersama-sama mengemas bilik tidur arwah ibunya dengan adik bongsu, Muhammad Aizuddin, 30.
Kisah tersebut tular dan mendapat perhatian ramai selepas Nor Azuana, berkongsi menerusi Facebooknya.
Menurut Nor Azuana, nota itu ditemui bersama bungkusan berisi tudung berwarna putih, kain batik panjang, kain batik lapik, plastik lapik tilam dan telekung.
“Emak memang ada beritahu mengenai kelengkapan pengurusan jenazah disediakannya, seingat saya pada awal tahun ini namun saya dan adik-beradik tidak ambil pusing sangat kerana enggan berfikir ke arah itu.
“Lagipun, emak sihat ketika itu dan tak sangka pula ia petanda arwah akan meninggalkan kami.
“Saya menangis selepas membaca nota itu malah rasa ralat dan terkilan kerana tidak dapat gunakan kelengkapan itu bagi menguruskan jenazah emak.
Ads
“Saya bagaimanapun tetap lega kerana urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Temoh Stesen, Temoh, Perak iaitu kampung halaman emak berjalan lancar,” katanya menerusi perkongsian bersama Harian Metro.
Tambah Nor Azuana yang bekerja sebagai jururawat, ibunya disahkan menghidap barah usus tahap empat pada 27 Februari lalu iaitu dua hari selepas tiba di rumahnya di Taman Rambai Idaman, Bukit Rambai, Melaka.
Ads
“Emak menetap di Taman Murni, Gurun, Kedah bersama abah (Masshar Ahmad, 62) manakala kami tiga beradik tinggal berasingan dengan keluarga masing-masing.
“Pada 25 Februari lalu, emak datang ke rumah saya untuk membantu menjaga anak saya selepas pengasuh anak positif Covid-19.
“Emak sihat pada mulanya sebelum mengadu sakit perut dua hari kemudian dan sebaik dibawa ke hospital, doktor mengesahkan emak menghidap barah usus tahap empat. Lapan hari juga emak tidak sedarkan diri di hospital sebelum dibenarkan pulang pada 14 Mac.
“Sejak itu, emak tinggal terus di rumah saya dan sempat juga saya menjaganya termasuk bantu tukarkan beg stoma serta lampin pakai buang selepas pulang kerja,” katanya.
Selain itu, menurut Nor Azuana, selain meninggalkan kiriman nota, ibunya juga ada menunjukkan petanda lain sebelum meninggal dunia.
“Paling tak dapat lupa, emak beritahu keinginannya untuk raya betul-betul tahun ini kerana dia dapat rasakan ini (raya) yang terakhir namun satu juadah raya pun dia tidak jamah.
Ads
“Allah lebih sayangkan emak dan saya bersyukur kerana ada di sisinya sebelum menghembuskan nafas terakhir walaupun berasa emak pergi terlalu cepat dan belum puas menjaganya.
Gambar kenangan arwah ibu bersama ayah
“Abah juga masih sedih dan tidak boleh bersendiri kerana ke mana saja pergi, emak yang akan temankannya. Kini, kami adik beradik bergilir-gilir menjaganya,” katanya.
Dalam pada itu, Nor Azuana mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan ibunya selepas dia berkongsi kisah berkenaan di FB.
“Niat saya berkongsi kisah itu sekadar untuk meluahkan perasaan. Diharap perkongsian itu jadi peringatan buat kita semua untuk bersedia ke alam sana kerana mati itu pasti,” katanya.
‘Haji Hassan Lapah’ kongsi rahsia pisau lapah berusia 30 tahun. Dengan lebih tiga dekad pengalaman dalam kerja melapah daging korban, Abu Hassan Aji, 64, yang merupakan pesara dalam bidang telekomunikasi, cukup dikenali oleh penduduk Kampung Pengkalan Batu dengan gelaran mesra “Haji Hassan Lapah”.
‘Haji Hassan Lapah’ Kongsi Rahsia Pisau Lapah Berusia 30 Tahun
Bapa kepada enam cahaya mata ini mengakui bahawa kemahirannya dalam melapah bukan sesuatu yang dipelajari secara formal, sebaliknya diwarisi daripada arwah bapanya sejak usia mudanya sekitar awal 20-an.
Menurut Abu Hassan, tidak ramai yang sanggup mendalami bidang ini kerana ia menuntut tahap keberanian yang tinggi, terutama ketika berdepan dengan situasi penyembelihan yang melibatkan darah dan najis haiwan.
“Ada yang pengsan tengok darah, malah ada juga yang rasa mual. Jadi bukan mudah nak cari orang yang betul-betul mampu buat kerja melapah ini kalau jiwa tak kental,” katanya sambil tersenyum.
Pisau Terengganu Kesayangan Lebih 30 Tahun
Abu Hassan turut menekankan pentingnya menggunakan pisau yang benar-benar tajam untuk memastikan kerja melapah berjalan lancar dan tidak memenatkan. Antara senjata utamanya ialah sebilah pisau yang dibelinya lebih tiga dekad lalu dari Terengganu, yang masih digunakan sehingga kini.
“Pisau itu memang selesa dan sangat serasi dengan saya. Walaupun dah berusia lebih 30 tahun, walaupun dah tumpul dan pendek sedikit, saya tetap gunakannya setiap kali Aidiladha. Jenis pisau seperti itu susah nak jumpa sekarang,” jelas beliau.
Kenangan Melucukan Sepanjang Mengendalikan Korban
Sepanjang kariernya membantu urusan korban di kampung, Abu Hassan bersyukur kerana tidak pernah mengalami insiden mencemaskan. Namun, beliau masih ingat satu kejadian yang agak mencuit hati, lembu korban yang sepatutnya disembelih ‘ghaib’ beberapa hari sebelum Hari Raya Haji.
“Kami semua sibuk mencarinya. Rupa-rupanya lembu tu lari sampai ke kawasan kilang di Ayer Keroh dan baru dijumpai selepas empat hari. Malangnya masa tu hari tasyrik pun dah habis. Mujur tuan lembu ganti dengan yang lain,” katanya sambil ketawa mengenang detik tersebut.
Kisah Haji Hassan Lapah bukan sahaja mencerminkan kemahiran tradisi yang diwarisi turun-temurun, tetapi juga satu simbol dedikasi dan semangat gotong-royong yang masih kukuh dalam masyarakat kampung.
Masak sambal ni kena ada ilmu. Jika masak tanpa tahu skill masak sambal yang sedap, rasa pun ke laut.
Tapi jika dah tahu rahsianya pasti berselera anak-anak. Malah jika nak buat bisnes nasi lemak pun boleh!
Nak tahu rahsianya nak buat sambal jadi lebih sedap ikuti petua ni. Siapa ada nota kaki lagi.
Jom ikuti perkongsian oleh puan ini menerusi facebook miliknya Rose Perodua
___________________________________
WARNA PUN DAH TAHU SAMBAL SEDAP!
Masak sambal tumis nmpk simple tapi kenapa rasa lain2 dan warna sambal ada yg merah ada yg hitam? Ada yg sedap ada yg x sedap..pada peniaga² nasi lemak ambik la petua ni supaya sambal tumis ampa lebih sedap dan org makan pn jd ketagih.pengalaman berniaga nasi lemak akak share kat pada semua..tp skrg akak x berniaga dah.pencen dh 😁. . Nak tau petua masak sambal yg lebih enak? Jom buat siap² cili kering kisar, sng nak masak jimat masa dan yg plg penting sambal atau sayur yg hampa masak lg sedap klu hampa buat cili kisar camni. Nak2 klu sambal tumis ikan bilis,sambal ikan,sambal ayam,sambal sotong, ketam atau udang. Serius mmg sedap. Tp yg plg penting masa kita kat dapur sgt² jimat..nak masak cili kisar dah siap dh, ambik bawa keluar dr peti ais trs masak. Akak dr dulu mmg suka bt siap² cili kisar ni sb nak jimat masa memasak. . Bahan-bahan
Cili kering lebih krg dlm 3@4 genggam. (Potong 2 lps tu basuh bersih²..dan rebus 10minit) Bwg besar 2 biji. Ambik yg plg besar saiznya pun xpa. ( bawang besar merah yang besar ye..bukan bawang kecik..jgn derhaka) Bwg putih 2 ulas Minyak masak 6 sudu besar (kena letak ye sb nanti biji² cili tu cpt hancur dan halus) Ikan bilis segenggam(siang dlu bersih² ya) Air secukupnya masuk kat cili tu masa blend.
Cara penyediaan: Mula² hampa rebus cili kering tu dlu 10 minit..lps tu blendkan dgn, bhn² diats..siap blend letakkn cili kering sbiji dan 5@6 keping asam keping ats permukaan cili kisar tu utk bagi cili kisar tu tahan lama kalau simpan sebulan lebih pun elok lg tak masam..
Selamat mencuba
NOTA KAKI :- Cara nak guna cili kisar rujuk pada gambar ye. Sambal xyah boh halia dgn belacan ye. Sb halia akan bt sambal tu rasa pahit2 ckp sekadar boh air asam jawa utk menghilangkan rasa hanyir ikan bilis, ikan,,udang,ketam,sotong atau ayam.. belacan pn x perlu ltk sb belacan akan hilangkan bau wangi cili kisar.. TAK perlu belacan utk menghasilkan sambaltumis lebih sedap. Boh air asam jawa,gula 3 sudu besar dgn garam secukup rasa itu sdh memadai utk menghasilkan masakan sambal yg sedap.tapi harus diingatkan cili kisar tu kena pastikan btl² garing sblm boh air asam jawa tu. Petua masak sambal ni nak sedap cili kena btl² garing ye. gula plk boh last tau.dah boh gula tu terus tutup api dan angkat terus ye jgn biarkan sambal tu dlm kuali. Itu petua sambal tu nmpk merah dan x hitam & lebih wooowww
PETUA PENIAGA NASI LEMAK Utk peniaga2 nasi lemak lps ampa goreng ikan bilis tu dan bila ikan bilis tu dh masak angkat terus ikan bilis tu dan terus masukkan cili kisar ni. Masak sampai sambal btl² garing.mmg lama masak sambal utk org yg berniaga nasi lemak ni..sb skali masak cili berkilo2.. kerap kacau..merecik jgn citer hbs dapur. Sukatan cili dan bahan2 ampa gandakan je sukatan bhn² tu
Pendakwah dan penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah akan terus bersuara menjalankan tugas menegur pihak yang melakukan kesalahan walaupun anaknya yang juga pelakon, Syafie Tee terpalit dengan kontroversi panas.
Ini berikutan video Syafi berpelukan dan mencium seorang wanita tular di TikTok, baru-baru ini.
Dalam video berdurasi 26 saat itu, individu mirip Syafi itu dilihat berpelukan dengan wanita yang kemudian mengucupnya di bibir.
Video aksi mesra mereka itu dimuat naik dari Instagram wanita terbabit dengan keterangan ‘my memory syafitee’.
Ridhuan berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat mengenai dia dan anaknya.
“Sehari dua ini heboh dan viral habis cerita anak saya dan dibabitkan dengan saya. Maaf, atas kesibukan tugas seharian. Saya tidak dapat memberikan kenyataan dengan pantas.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat. Ramai yang sayang saya dan keluarga saya. Kepada yang bersama saya, memberikan nasihat, menegur cara baik, moga Allah merahmatimu. Kepada yang bertepuk tangan dan bergembira, terima kasih juga seadanya.
“Saya akan terus menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar walaupun ia berlaku kepada anak sendiri. Umat Islam hari ini terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan walaupun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Ridhuan berharap ujian yang menimpanya juga menjadi pengajaran buat semua pihak.
“Benar sekali, Iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna. Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya, hamba Allah yang hina-dina ini.
“Saya sudah melakukan yang terbaik untuk semua anak saya seramai enam orang. Begitu juga saudara mara saya. Selebihnya saya berserah dan pasrah,” katanya.
Ridhuan berkata, Syafi memang meminati bidang seni sebaik dia tamat belajar.
Katanya, sebagai bapa, dia sudah menasihati Syafi mengenai bidang yang dipilihnya itu.
“Saya juga menceburi bidang seni sejak memeluk Islam lebih 30 tahun lalu. Cuma bezanya seni saya adalah seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni hiburan.
“Ujian datang dan pergi. Semakin kita diuji, kita menjadi semakin kuat, bukan semakin lemah. Jangan kerana ujian ini, menjadikan kita kecewa dan alpa akan tanggungjawab kita sebenarnya,” katanya.