Tanam padi dalam polibeg, wanita ini kongsi caranya, yang suka bercucuk tanam mesti suka. Bagi penggemar aktiviti bercucuk tanam, menanam padi mungkin kedengaran agak sukar, terutamanya jika tiada kawasan sawah.
Tanam Padi Dalam Polibeg, Wanita Ini Kongsi Caranya, Yang Suka Bercucuk Tanam Mesti Suka
Namun, teknologi moden dan inovasi dalam bidang pertanian membolehkan kita menanam padi dalam ruang yang lebih kecil, termasuk menggunakan polibeg. Teknik ini bukan sahaja menarik, malah sesuai untuk mereka yang tinggal di kawasan bandar dengan ruang terhad, atau sekadar ingin mencuba menanam padi secara kecil-kecilan.
Berikut perkongsian daripada Wahida Hambali (SRI ORGANIK)
Rujukan kos untuk yang nak cuba tanam padi dalam polibeg. Ramai tanya kos setiap 1 polibag, hasil padi dan hasil beras. Hanya ambil masa 4 hari untuk isi tanah, bina takungan, susun, dan tanam.
Lepas tanam, tunggu sahaja pokok besar. Beri baja ikut jadual.
BAHAN-BAHAN:
Tanah RM200.00
Polibag RM400.00
Batu bata RM400.00
Plastik RM200
Upah RM1000.00
Kos RM2200/640 polibag
Kira susut nilai unutk 10 musim sebab pakai banyak kali
1 musim 1 polibag kos semua di atas hanya RM0.34 sen
Baja 15kg @ RM5.00 total rm75.00
Kawalan serangga RM100.00
Total RM175/640
Kos 1 polibag rm0.27
Upah RM100/640
Total RM0.15
Total RM0.72
Katakan masuk air, kos pengeringan dan kisar padi RM0.30
Total RM1.00/polibag
Dapat beras 200gm/polibag
Harga beras semasa RM3.80/kg
Jadi kos untuk 200gm adalah RM1.00
Jatuh 1kg rm5.00
Kita ambil sedikit kontigensi dalam 30%
Plus minus dalam RM6.00/kg
Ini beras wangi harga pasaran RM8/kg
Untuk bebas racun harga pasaran cecah RM12/kg
Saya mengira data ini berdasarkan selepas 40 hari umur padi.
Kalau ikut dengan kiraan 1 meter persegi saya sudah berjaya mendapatkan 500-600 anak pokok dengan hasil potensi 10mt/ha. Kira 1 polibag berjaya capai sasaran beranak sebanyak 40-50 anak.
JAGA POKOK
Masa sudah berbuah, nak jaga dari serangan perosak dan lain-lain kemungkinan
Kalau tanam dekat rumah boleh tengok selalu. Pakai jaring bila perlu untuk elak burung atau tikus makan. Mesti ada sedikit usaha.
Saya bukan nak popularkan tanaman padi dalam polibag. Banyak pro dan kontra
Ini hanya boleh jadi pilihan kepada peminat hobi menanam.
Kos mungkin berubah berdasarkan harga pasaran bahan-bahan mentah di kawasan anda
Sumber: Wahida Hambali (SRI ORGANIK)
Baca artikel lain juga: Sabut Kelapa Buat Batas Tanaman, Pokok Tumbuh Subur & Merimbun
Guna Garam Epsom, Bunga Besar-besar, Daun Tak Keriting, Tanaman Subur
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my