Dalam perjalanan ke sesuatu destinasi, tak sah kalau kita tak lalu di lebuhraya. Kalau kita perasan kita selalu nampak telefon berwarna oren di sisi jalan lebuhraya, tapi jarang kita lihat orang sedang menggunakan telefon tersebut kan?“Telefon Itu Bukan Saja-Saja Ada Dekat Situ”- Ini Cara Untuk Menggunakan Telefon…

Telefon tersebut merupakan telefon kecemasan yang boleh digunakan oleh semua sekiranya terdapat sebarang kecemaran atau mengalami kesukaran di tengah jalan. Memang pada zaman sekarang boleh dikatakan hampir semua orang mempunyai telefon bimbit sendiri, tetapi tahukah anda ingin menghubungi nombor apa dan siapa kita nak menghubungi semasa kecemasan itu? tidak semua sedia maklum akan nombor kecemasan yang sedia ada.

“Telefon Itu Bukan Saja-Saja Ada Dekat Situ”- Ini Cara Untuk Menggunakan Telefon…Mesej ini dibawakan oleh Falken

Telefon kecemasan tersebut bukanlah ‘saja-saja’ di letakkan di lokasi tersebut. Ada sebab tertentu telefon oren itu berada di lokasi itu, antaranya apabila menggunakan telefon kecemasan tersebut, ia akan secara automatik menghantar maklumat lokasi kepada pembantu kecemasan secara automatik menggunakan ELS. Jika ELS dimatikan, pembawa mudah alih anda mungkin masih menghantar lokasi peranti semasa anda membuat panggilan atau menghantar teks kecemasan.

IKLAN

ikuti kami di Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=AwUs4bsL3zk

 

IKLAN

Ini perkongsian dari Abambobby9398 pekerja lebuhraya yang memuat naik video di Tiktok cara menggunakan telefon kecemasan. Anda hanya perlu menekan satu-satunya butang hijau yang ada pada telefon tersebut dan hanya menunggu isyarat panggilan dari pihak generator dan anda boleh menyatakan masalah kecemasan anda dan menunggu pihak lebuhraya untuk tiba dan menyampaikan bantuan.

IKLAN
@abgbobby9398Mudah Dan Senang Kan … Klu Tekan Butang Dia Senyap Je Maknanya ET Tu Bermasalah 😏😏😏♬ original sound – Abam Bobby

Selepas ini, sesiapa saja boleh menggunakan telefon tersebut untuk mendapatkan bantuan semasa kecemasan. Dapatkan bantuan dengan segera, berhati-hati dijalan raya!

sumber : Abambobby9398 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI