Usahawan muda yang cukup dikenali, Hafiz Mahamad sering berkongsi rezeki dengan orang ramai.
Terbaru dia memaklumkan akan taja bas balik kampung. Bukan satu tapi tiga hingga lima bas.
Khabar gembira itu dikongsikan suami kesayangan Syafiqah Aina menerusi akaun instagram miliknya baru-baru ini.
“Saya nk sponsor ticket 3-5 bas untuk awak balik raya kampung” Saya faham, walaupun dh boleh balik raya, tp ramai sahabat yg “kewangan” dia tak mengizinkan
Cost minyak dh berapa & fikir fikir, sampai kampung nnt tak boleh nak balik tgn kosong. Duit itu, duit ini. Banyak Adik adik yg tgh study pun.. Saya faham situasi awak
Bantu saya “share post” ni. Harini saya dh lock 3 Bas. Kalau ramai, saya akan tambah bas lagi mungkin ke 6 Bas. Ini semua “free” @ainaabeautyofficial sponsor awak balik raya. Harap penuh semua bas nanti
1 orang boleh dpt 5 ticket. Bas akan bergerak Jumaat ni ( 29 April, Jam 9:00pm ) dari KL akan ke Pantai Timur, Utara. Awak baca ni :
“Sahabat AINAA Balik Raya 2022”
Ads
Tarikh: 29 April 2022 (Jumaat) Masa Berkumpul: 9.00 malam Bas Bergerak: 10.30 malam Tempat Berkumpul: Depoh Kiffah Travel Sdn Bhd, Taman Sri Ehsan Kepong
Please isi form ni, dari sini nnt team saya check (Copy link bawah ni & isi details) https://forms.gle/Cwi6QfkN6qMm67X99
Apa apa kalau nk tanya, boleh whatsapp team saya 011-65685200 (Azrie). Nanti team saya akan update dkt whatsapp tau
Harap bas ni semua penuh & kalau boleh lebih lagi. Whatsapp cepat tau, takut ada sahabat yg terlepas nanti
Happy tak awak ? Saya nk baca comment awak Bagitau kawan kawan tau ! “Kejayaan Demi Kebahagiaan”
Sikapnya yang gemar membantu orang ramai yang tidak berkemampuan terutama dengan tajaan bas untuk pulang ke kampung disambut baik.
Ads
Apatah lagi ramai yang sudah lama tidak pulang ke kampung. lebih Manis lagi dapat pulang berhari raya bersama keluarga tercinta. Perkongsian rakaman makluman ini telah meraih lebih 100 ribu tontonan dan 7,000 likes.
Rata-rata warganet memuji Hafiz Mahamad yang tidak lokek membantu orang ramai ini.
Best nye jadi org kaya boleh buat baik banyak 🥹 support bang 👍
YaAllah bagus nya ni tuan…semoga Allah s.w.t murahkan rezeki tuan..amin
Terbaik bro, terima kasih semoga dipermudahkan urusan dan sentiasa cemerlang dlm kerjayaan, happy saya tgk bro and the team 👍🏻
Ads
Alhamdulillah rezeki dari allah digunakkan utk dpt keberkatan..
Semoga abg Hafiz dan kak aina dimurah rezeki selalu dan diberi kesihatan y baik..amin²
Ya Allah sedih dn bangga tgk kebaikan saudara…smga saudara diprmudahkn segala urusan dn murah rezeki…aamiinn3x yarabbalalamin😳😳😳
Memang kita patut bangga dengan buah-buahan tempatan Malaysia yang sememangnya mempunyai khasiat yang baik untuk sisi keluarga. Jangan terlalu asyik berbangga dengan buah-buahan import yang harganya boleh tahan lah!
Perkongsian Pakar Perunding Maternal & Fetal Medicine Jabatan Obstetik & Ginekologi PPUM, Prof Dr Imelda Balcin memang mengujakan kerana beliau menjelaskan bahaw buah-buahan tempatan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ikuti perkongsiannya seperti berikut di laman face booknya Imelda Balchin
Buah-buahan tempatan Malaysia mengandungi lebih banyak khasiat daripada buah-buahan yang berasal dari negara sejuk, sebab tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok Malaysia menerima lebih banyak cahaya matahari sepanjang tahun untuk membuat pelbagai zat.
Buah-buahan yang diimport secara besar-besaran untuk pasaran besar pula lebih kerap mengandungi racun serangga dan pesticide supaya tahan lama dalam perjalanan jauh dan dalam pasaran, tetapi bahan kimia dalam pesticide dan racun serangga ini tidak baik untuk kesihatan kita, kecuali jika kita beli hat organik yang lebih mahal.
Sebab inilah tidak masuk akai laaa bila makcik yang berangan-angan nak jadi bidan tapi tak pernah pun menyambut kelahiran bayi pi bagi nasihat kata orang tua-tua nenek moyang kita suruh pantang makan buah-buahan tempatan berkhasiat tapi suruh beli buah-buahan yang diimport seperti epal dan anggur pulak dah.
Sat lagi nenek kebayan bangkit dari kubuq mai tarik telinga hangpa, awat laaa buat fitnah kat orang tua-tua. Orang kampung dulu-dulu mana laaaa dapat peluang makan buah import kecuali mereka yang kaya-raya. Depa nanti kata toksah laaaa mengada-ngada, makan laaa apa yang ada.
Apa yang Tuhan bagi untuk kita di negara sendiri ni lagi baguih daripada yang diimport!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan yang diumunkan pasa 18hb yang lalu hingga kini, tentunya setiap antara kita punya jalan cerita yang berbeza.
Dulunya bebas hendak ke mana jua, namun kini terbatas pergerakan. Dulu boleh mencari rezeki dengan gigihnya, namun hari ini terhalang usahanya.
Keadaan ini mungkin ada yang berasa tidak selesa, berasa sukarnya hidup. Namun jangan lupa mungkin apa yang kita rasa susahnya saat ini ada keluarga lain lagi sukar hidupnya pun begitu tetap positif meneruskan hidup.
Ini sebagaimana perkongsian ibu anak empat ini dan semoga anda terinspirasi membacanya.
Assalamulaikum dan Selamat Pagi.
Ini pandangan dari tingkap bilik tidur saya.
Hari ke 11 perintah kawalan pergerakan dan Abe Mie masih belum jemu mengajak saya keluar. Setiap hari ayat yang sama. Mahu ke Kok Lanas dan mahu ke rumah abangnya.
Adakalanya responnya tenang, adakalanya agak keras disusuli tantrum. Jemu di paras maksima barangkali.
Biasanya seminggu sekali saya akan bawa Abe Mie keluar sarapan dan makan malam di luar. Kemudian saya akan bawa Abe Mie ke perkuburan di mana arwah ayah mertua, ibu mertua, dua orang kakak dan seorang abangnya disemadikan.
Kami hanya duduk di dalam kereta di tepi tanah perkuburan. Abe Mie akan menadah tangan sambil tunduk khusyuk membaca doa. Apa agaknya doa Abe Mie. Adakalanya kelihatan butir-butir permata kecil terbit di hujung matanya. Betapa kasihnya beliau pada arwah ayah, arwah mek dan saudaranya.
Perintah kawalan pergerakan amat mencabar buat kami seisi keluarga dengan keadaan mental disability Abe Mie sebegini. Beberapa hari lepas saya lupa kunci pintu bilik stor dan suis lampu bilik tersebut tak boleh dibuka. Jika dibuka akan short circuit bahagian lain di dalam rumah. Tak sempat panggil juruelektrik datang baiki dah kena perintah kawalan pergerakan. Saya beli lampu kalimantang dahulu gantikan lampu dapur dan lampu hall tengah yang rosak. Kipas di hall pun pakai kipas meja dahulu.
Makan minum juga mencabar, serba tidak kena. Sejak sakit begini Abe Mie tak suka makan benda yang sama berulang. Jenuh juga nak masak setiap masa.
Sebelum perintah kawalan pergerakan biasanya saya beli sahaja serba sebungkus untuk Abe Mie makanan berlainan seperti bihun goreng, mee goreng dan nasi serta kuih di waktu pagi selepas hantar anak-anak ke sekolah. Kemudian terus masukkan ke dalam peti sejuk dan panaskan di dalam microwave sahaja apabila beliau mahu makan. Inilah kaedah yang terbaik setelah try and error selama empat tahun. Saya hanya masak satu jenis lauk untuk saya dan anak-anak.
Setiap hari saya berperang dengan masa. Bukan mudah untuk uruskan serba serbi sambil mencari rezeki dari rumah apabila segalanya di bahu kita. Perkara-perkara remeh seperti memasak dan mengemas ini mencuri banyak masa.Kalian sedang laluinya sekarang bagaimana rasanya bekerja sepenuh masa di rumah.
Saya ada pakej tambahan lain sejak empat tahun yang lalu, bekerja sepenuh masa dari rumah sambil menjaga suami uzur serta tugas uruskan empat orang anak.
Tempoh kawalan pergerakan bertambah meletihkan bagi mereka yang berada di dalam kasut yang sama seperti saya. Sekali keluar perlu harung berbagai urusan sekaligus. Ambil duit, buang sampah, beli groceries, temujanji hospital dan sebagainya. Dalam keadaan sekarang sebagai ketua keluarga mahu tidak mahu perlu uruskannya juga.
Jika kalian masih ada pasangan yang boleh berkongsi rasa, berkongsi penat lelah apatah lagi dalam situasi seperti sekarang…itu sudah cukup hebat buat saya, nikmat besar, nikmat kasih sayang pasangan.
Jika kalian tidak perlu bersekang mata dan lelah emosi setiap hari melayan kerenah pesakit, itu juga nikmat besar kalian ada, nikmat masa.
Begitu juga saya, walaupun diuji dengan kesihatan suami, saya masih Allah swt beri rezeki makan pakai dan gelak tawa anak-anak di dalam rumah ini dengan melimpah ruah.
Begitulah. Kuncinya dari kaca jendela bersih atau kelabu kita pandang aturan hidup kita. Sentiasa bersangka baik dengan Penulis Agung cerita hidup kita, Allah swt.
Hal hukum hakam agama ni jangan dibuat main! Kalau ada sebarang pertanyaan atau sangsi, sebaiknya rujuk pada pakar. Kan?
Baru-baru ini tular tentang isu anak tidak sah taraf yang dipetik dari drama yang hangat diperkatakan sekarang ini iaitu Suami Lelaki Pendosa. Tertarik dengan isu yang dibangkitkan ini, Peguam Syarie, Khairul Fahmi Ramli, yang aktif dalam perkongsian berkaitan hal ehwal kekeluargaan Islam dan pengurusan Harta Orang Islam memberi penerangan penuh dalam perkongsian di laman Facebook miliknya. Jom kita tambah ilmu baca dengan teliti tentang isu ini.
Tak boleh cakap Anak Tak Sah Taraf kalau isteri zina dengan lelaki lain
Siapa ada menonton drama Suamiku Lelaki Pendosa? Lepas drama tu trending, saya pun cuba la nak ikut juga. Daripada jam 10 malam sampai 4 pagi saya tonton di Disney Hotstar. Mujur ada lepas cari merata laman web.
Saya tak nak ulas tentang isu suami ada nafsu songsang. Sebelum ni pun saya dah pernah kongsi.
Tapi, saya tertarik dengan satu isu berkaitan dengan watak Cahaya Malaika yang dikatakan Anak Tak Sah Taraf disebabkan ibunya pernah terlanjur dengan bos di tempat kerja.
Then, yang membuatkan isu ini menarik saya untuk ulas adalah berkaitan dengan pernikahan dua akad. Satu diakadnikah dengan menggunakan Cahaya Malaika bt Abdullah secara wali hakim.
Yang keduanya, akad nikah kononnya olok-olok menggunakan ayah kandung, Firdaus, watak Fauzi Nawawi dengan nama Cahaya Malaika bt Firdaus.
Apa status Cahaya Malaika sebenarnya?
Anak tak sah taraf dari sudut undang-undang dan Hukum Syarak adalah anak yang lahir kurang daripada 6 bulan Qamariah selepas perkahwinan atau dalam masa 4 tahun Qamariah selepas perkahwinannya dibubarkan disebabkan kematian lelaki atau perceraian serta tidak berkahwin semula.
Kalau ikut cerita ini, Cahaya Malaika dilahirkan dalam perkahwinan Firdaus dan isterinya. Cuma, selepas dilahirkan, ada tanda-tanda yang anak tersebut tidak serupa sifat fizikalnya dengan bapanya.
Kemudian dikuatkan lagi dengan semakan DNA yang menunjukkan tidak ada darah/genetik Firdaus. Meskipun, isterinya mengakui yang dia ada terlanjur dengan lelaki lain, namun mereka tidak bercerai kerana demi melindungi maruah keluarga serta maruah anak tersebut.
Apa dalil Cahaya adalah Anak Sah Taraf?
Walaupun diketahui yang isteri Firdaus itu telah terlanjur dan anak itu mungkin benih lelaki lain, namun kita tidak boleh katakan itu anak orang lain. Meskipun DNA membuktikan yang mungkin tidak ada genetik si suami, anak tersebut masih boleh dinasabkan kepada lelaki yang dianggap sah sebagai suami.
Keputusan analisa DNA walaupun lebih saintifik dan moden, ia tidak boleh digunakan untuk MENAFIKAN NASAB. Tetapi, kalau nak digunakan sebagai bukti MEMBUKTIKAN NASAB ia dibenarkan.
Ini kerana hukum Syarak telah menetapkan cara khusus untuk menafikan nasab iaitu melalui kaedah Li’an. Penafian nasab bermakna suatu tuduhan (qazaf) isteri berzina dengan lelaki lain. Ini berpandukan kepada Firman Allah swt di dalam Surah An-Nur ayat 6 hingga 9 yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang menuduh isteri-isterinya berzina dan tiada mempunyai saksi lain selain dirinya, maka kesaksian seseorang itu (dapat diterima) dengan empat kali bersumpah dengan Nama Allah bahawa ia dari orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima ialah bahawa kutukan Allah akan ditimpa keatasnya jika ia dari kalangan orang-orang yang berdusta. Dan isteri pula terhindar dari hukuman (had) jika ia bersaksi (bersumpah) sebanyak 4 kali dengan nama Allah bahawa suaminya dari kalangan orang-orang yang berdusta. Dan sumpah yang kelima ialah bahawa kemurkaan Allah akan ditimpakan kepadanya jika suaminya termasuk orang-orang yang benar.”
Perkara ini juga dikembangkan oleh Imam Khatib al-Syarbini dalam Mughni Muhtaj, jilid 3, hlm 373-374
“Seseorang suami berhak qazaf isterinya yang diketahuinya berzina atau dengan jalan zan yang diperkuatkan seperti tersebarnya cerita perzinaannya dengan sifulan berserta dengan Qarinah seperti dia melihat isteri dan lelaki itu berkhalwat. Sekiranya isterinya melahirkan anak dan ia meyakini bukan anaknya, maka wajib ia menafikan. (sambungan panjang lagi)
Apa undang-undang yang dirujuk?
Ini juga bertepatan dengan Seksyen 111 Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008 yang menyatakan “Jika seorang perempuan berkahwin dengan seorang lelaki melahirkan anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li’an atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya dihadapan Mahkamah.
Kes berkaitan dengan penafian nasab ini ada dilaporkan di dalam Jurnal Hukum Jilid 40 Bhg 2 dari halaman 238-250 (Nama kes dirahsiakan daripada penulisan ini demi menjaga maruah Perayu dan Responden). Siapa yang berminat boleh akses bahan bacaan tersebut kerana ia adalah dokumen rujukan awam.
Apa kesan Li’an?
Sumpah lian bermula dengan tuduhan zina (qazaf) oleh suami tersebut, dan jika suami tak mampu bawa 4 orang saksi lelaki, maka selepas itu barulah masuk kepada proses Sumpah Lian.
Ia adalah salah satu jenis perceraian dalam Hukum Syarak. Namun, kesan cerai lian lebih berat daripada kesan cerai lain. Ia akan menjadi Talak Bain Kubra. Mereka akan menjadi haram selamanya untuk berkahwin semula meskipun isteri telah berkahwin dengan lelaki lain selepas cerai.
Siapa wali perkahwinan Cahaya Malaika sepatutnya?
Memandangkan Firdaus tu dah tahu, tapi dia tidak pun bercerai apatah lagi menafikan nasab secara Cerai Li’an terhadap isterinya, maka sepatutnya dia masih wajib menjadi wali kepada perkahwinan Cahaya Malaika. Bukan secara Wali Hakim.
Pelik juga kalau tiba-tiba ada wali hakim yang approve. Bila masa pula Mahkamah Syariah boleh luluskan Wali Hakim dalam isu sebegini.
Mujur buat akad kali kedua. Sepatutnya, tak boleh ubah nama binti anak tu kepada Abdullah ikut sedap saja. Nanti jadi orang lain pulak.
Kesimpulan,
Dalam isu sebegini, sepatutnya kena ada pengkajian yang lebih mendalam sebelum dibawa kepada orang awam. Bukan apa, bimbang orang awam jadikan drama sebagai panduan.
Ingat yer, nak menafikan Nasab keturunan, bukan dengan cara pembuktian DNA. Nak menafikan itu bukan nasab kita, ia mesti dilakukan dengan Sumpah Li’an. Jika tidak, anak tersebut tetap sah dinasabkan kepada suami yang sah, walaupun bukan benih lelaki tersebut.
Drama yang complicated dan luar biasa ni bagus, cuma dapatkan nasihat terlebih dahulu jika ia melibatkan hukum dan undang-undang.
Saya mohon agar perkongsian saya ini dipanjangkan kepada rakan-rakan anda yang lain. Semoga memberi manfaat.
Khairul Fahmi Ramli, penulis adalah Peguam Syarie yang aktif dalam perkongsian berkaitan hal ehwal kekeluargaan Islam dan pengurusan Harta Orang Islam.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.