Semenjak kebelakangan ini, banyak kes kebakaran dilaporkan. Apa yang menyedihkan adalah apabila kejadian itu turut membawa maut. 

Baru-baru ini, sebuah kebakaran di laporkan berlaku di Kampung Alma, Bukit Mertajam yang mengorbankan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) selepas kediamannya dijilat api.

Kejadian itu berlaku pada jam 5 petang dan mangsa, Nuraida Hashim yang terlantar di atas katil di dalam bilik sejak dua tahun lalu, tidak sempat diselamatkan.

Menurut abang ipar mangsa, Abdul Rais berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi anaknya yang memaklumkan rumah mereka terbakar. Ketika itu, Abdul Rais bersama isterinya berada di Kulim, Kedah untuk urusan peribadi.

Jelas Abdul Rais, anaknya sempat melarikan diri bersama neneknya berusia 80-an. Malangnya, ibu saudaranya, Nuraida, yang terlantar di atas katil tidak dapat dibawa bersama berikutan api sedang marak dengan pantas.

IKLAN

“Saya kemudian terus menghubungi bomba dan polis untuk mendapatkan bantuan sebelum bergegas pulang ke rumah.”

Abdul Rais percaya, kebakaran itu berpunca daripada litar pintas di bilik mangsa. Tetapi menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu berlaku.

IKLAN

Pemeriksaan lanjut menyatakan mangsa ditemui berada di atas katil sebelum disahkan telah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

IKLAN

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Terlantar Di Katil Selama 2 Tahun, Wanita OKU Maut Dalam Kebakaran

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI