“Luluh Hati Ni Dengar…”-Netizen Luah Kecewa Bila Dapat Tahu, Suspek Adalah Suami Kepada Pengasuh Di Taksa!
Baru-baru ini tular berkenaan pendedahan yang dibuat oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad di laman Instagram milikinya dengan berkongsi sebuah video yang memaparkan perbualan seorang kanak-kanak perempuan dua tahun kepada ibunya yang memaklumkan dia dicabul ketika berada di taska.
Hal ini telah mendatangkan pelbagai reaksi daripada warganet dan difahamkan ibu kepada kanak-kanak malang itu adalah merupakan staf kepada usahawan tersebut.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Memetik laporan Utusan Malaysia, seorang lelaki telah pun ditahan oleh pihak polis selepas disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang diasuh bersama isterinya di Cybersouth Dengkil, Selangor.
Ads
Difahamkan suspek berusia 25 tahun ditahan setelah pihak polis menerima laporan daripada doktor di Hospital Putrajaya kelmarin berhubung seorang pesakit kanak-kanak mengadu sakit di bahagian kemaluan.
Suspek adalah suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dan suspek ditahan di sebuah rumah di Casa View, Cybersouth, Cyberjaya.
Wan Kamarul berkata, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes di siasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.
Ads
Dalam pada itu, Wan Kamarul mengatakan laporan doktor mengesahkan terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter (cm) pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan.
Katanya lagi, doktor juga tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada kemaluan mangsa.
“Siasatan mendapati, mangsa mengadu sakit pada kemaluan selepas diambil dari pengasuh di taska berkenaan pada pukul 6.30 petang Isnin lalu,”katanya lagi.
Ads
Pihak polis juga sudah mengambil keterangan daripada ibu mangsa dan mengesahkan telah menghantar kanak-kanak itu ke rumah pengasuhnya sebelum mendedahkan dicabul oleh suami pengasuh.
Saban hari Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan kes penularan positif Covid-19 yang melonjak naik setiap hari. Malah di seluruh dunia, ia adalah hampir sama dengan tidak ada tanda-tanda bahawa ia menurun.
Banyak negara asing seperti Amerika Syarikat, Brazil, dan India, kes positif di sana telah mencapai berjuta-juta kes. Sedihkan situasi ini.
Dalam pada itu, KKM juga sering menasihati supaya orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Kala ini, para frontliners Sabah bertungkus lumus dengan situasi kes yang mendadak meningkat menentang musuh ghaib yang kini mencapai tahap kritikal.
Begitulah yang dilalui oleh seorang penduduk Sabah yang tidak menyangka dirinya turut dijangkiti virus bahaya itu. Ikuti kisahnya bagaimana dirinya dijangkiti wabak ini.
Semoga dijadikan pengajaran bersama.
AKU PESAKIT COVID19 Awalnya tidak terfikir mau share tapi lepas bercerita dengan sahabat-sahabat terdekat, aku rasa pengalaman ini boleh dijadikan iktibar dan langkah berjaga-jaga untuk rakan-rakan muka buku semua. InsyaAllah. Jadi, entry ini bukan satu pengumuman ya. Haha.. Just if you decided to read, do me a favor to read it till the end walau pun panjang dan boring.
DISAHKAN POSITIVE COVID19 PADA 7 OKTOBER 2020
Panggilan dari nombor yang tidak dikenali terus buat jantung berdegup kencang. “Assalammualaikum, cik Misalindah? Saya dari Klinik Kesihatan Semporna. Cik tahukah yang result swab cik positive?” Aku be like “Minta cik kemas barang-barang keperluan, sebentar lagi pihak kami datang jemput cik dan cik kena masuk pusat kuarantin ya”. Fikiran dan perasaan bercampur baur. Agak menggigil dan air mata jatuh. Bukan apa, fikirkan mak kontak rapat. Seandainya jadi apa2, dia macam mana? Alhamdulillah, mak sudah swab test dan kuarantin di rumah sekarang. Syukur keluarga tidak ramai di rumah dan sejak aku mula rasa tidak sihat, memang sudah mula jarakkan diri dan kerap di bilik sahaja walaupun belum swab test. Cuma keluar bila perlu. Mak seorang jak kontak rapat. Memang kuarantin diri, tapi kenapa boleh positif?
SEJARAH PERJALANAN DAN PERGERAKAN 15 September 2020, aku ke Tawau bersama mak atas urusan kerja 17 – 18 September 2020, aku masih aktif ke kedai hardware dan 1 supermarket di Semporna untuk membeli barang keperluan renovation rumah dan perbelanjaan. Tapi, aku memang seorang yang cukup jaga SOP dan sentiasa memakai mask, hand sanitizer dan tidak bersentuhan dengan sesiapa ketika berada di luar. Bila positive mak sendiri terkejut. Haha… TAPI JANGAN TANYA AKU DI MANA DAPAT JANGKITAN YA. SEBAB AKU PUN TIDAK TAHU.
DEMAM 16 September 2020, bermula episode demam yang tidak seperti demam biasa. Aku jenis selalu sakit tapi demam kali ini lain rasanya. Rasa demam, badan rasa panas dan tidak selesa tapi tenaga seperti biasa dan lain-lainnya normal sebab tu masih mampu keluar beli barang-barang pertukangan dan belanja rumah. Cuma 1 perkara is aku tidak berpeluh walau keadaan panas sekali pun. Walaupun sudah minum ubat, tetap kondisi tiada perubahan. Keep rasa demam dan tidak selesa tapi masih keadaan tubuh seperti biasa macam tidak nampak demam/sakit pun. Nampak tak betapa covid nie sangat halus kerjanya.
The best part is aku demam selama 2 minggu. Bangang ka apa tidak pergi check demam begitu lama? Hahaha… Ya, persoalan tu sudah bertubi-tubi aku kena. Bukan tidak check. Sudah pergi unit kecemasan hospital semporna pada 19 Sept tapi sebab aku tiada kontak rapat dengan orang yang positif covid nie jadi, untuk swab test tu belum menjadi satu keperluan. Faham yang fasiliti unit kesihatan di Semporna tidak banyak dan canggih, jadi aku ambil keputusan untuk total kuarantin diri bermula 19hb tu. Aku dan mak mula social distancing di rumah. Elak sebarang kemungkinan.
HILANG DERIA BAU/HIDU 100% Pada 28 Sept, hari ke 13 aku demam bermula detik gunda gulana macam mau gila bila aku kehilangan deria bau secara total. Sabun, shampoo, minyak wangi, bedak, balsam, lotion semua aku calit hidu dekat-dekat dengan hidung tapi satu bau pun tiada. Aku terus kunci pintu dan minta mak jangan sekali-kali masuk bilik. Diri menggigil dan tidak tahu mau buat apa. Dalam fikiran, Ya Allah, andai aku positive, jagakan ibuku ya Allah.. Lindungi dia dariku. Tapi mak nie seorang yang hebat kan? Mak suruh siap2 dan bawah ke klinik untuk swab test. Mak drive aku duduk di belakang. Bukan tidak drive sendiri tapi keadaan kaki dan tangan memang tidak mengizinkan untuk drive akibat kekejangan urat seminggu sebelum mula demam. Jadi aku ni memang jenis tidak fikir diri juga la.. Hahaha.. Kaki tangan tidak sihat pun tetap drive selagi mampu. Sudah nyata sakit mak tidak benarkan la. Huhuhu.. Jadi aku buat swab test pada 28 September 2020 dan hanya tahu positif pada 7 Oktober 2020. 10 hari. Lama kan? Sebab makmal sudah overload dan lebih ramai yang ada simptom bergejala teruk dan berisiko. Jadi, tenang dan cuba faham keadaan. 7 Oktober 2020, aku mula jadi penghuni pusat kuarantin. Agak gabra sebab ya la kiri kanan depan belakang orang yang positif covid19 dan pegawai-pegawai kesihatan semua macam angkasawan. Dalam hati, Ya Allah, tidak pernah terfikir aku akan berada di sini. Berikan aku kekuatan ya Allah dan yang paling penting jagakan keluarga dan sahabat-sahabatku yang masih sihat di luar sana.
SO MORALE OF THE STORY…
– Pantau kesihatan anda. Kita yang tahu diri macam mana. Bila demam batuk atau selsema, cuba kenal pasti jika seperti biasa yang dialami, cepat-cepat jumpa doktor dan dapatkan ubat. Jika ubat mampu melegakan sakit dengan cepat insyaAllah tiada apa-apa. Jadi, bila demam atau kemungkinan ada simptom covid19, jangan panic ya. Ini penting untuk kesihatan mental kita lebih-lebih lagi musim PKPP/PKPDB yang mana kes makin meningkat. Tentu-tentu cepat rasa seperti terkena jangkitan kan? Silap-silap jadi anxiety pulak. – Kurang dedahkan diri pada persekitaran luar. Jangan keluar rumah jika tiada keperluan. Jangan anggap diri kebal. Aku cukup jaga diri. Sebelum keluar rumah, hand sanitizer bukan hanya di tangan tapi sudah jadi mcm lotion. Sentiasa pakai mask. Sendiri dalam kereta pun pakai mask. Dalam kereta ada spray dettol. Sebelum masuk kereta lepas dari kedai aku sembur.
Cuma SATU KESILAPAN AKU ADALAH TIDAK TERUS MANDI APABILA SAMPAI DI RUMAH!
Jangan kecam ya. Aku ada sebab. Sebabnya rumah tengah renovate sudah tentu keadaan tidak seperti biasa. Mesin basuh tidak terpasang dan kawasan toilet dan air yang hanya boleh tampung untuk mandi. Jadi untuk rendam dan cuci baju tidak semudah itu. Aku juga perlu keluar ke pekan sampai 5-6 kali sehari. Ada saja benda yang kurang. Jadi untuk mandi dan tukar-tukar baju tidak semudah itu. TAPI ANDA! Tidak renovate rumah kan? Rumah selesa untuk buat apa saja kan? Jadi mandi setiap kali balik dari beli barang-barang ya..
– Jika anda ada gejala seperti demam atau batuk tapi masih tidak dapat untuk buat swab test sebab kekangan keadaan hospital/klinik yang memang sibuk, mulalah asingkan diri. Jaga jarak dari orang lain. Dalam masa seminggu jika masih demam, mostly akan kehilangan deria bau. Semua geng-geng kuarantin saya di sini begitu. Demam dan batuk then kehilangan deria bau.
Jika ini berlaku, tenang dan pergi ke klinik/hospital dan maklumkan mau ambil swab test covid19. Result akan keluar dalam masa 5-10 hari. Hilang deria bau 99% memang akan positif ya. So, jika anda kehilangan deria bau sebelum swab test jangan tunggu dapat gelang kehormat tu baru kuarantin okay. Terus kuarantin diri! Jangan jadi pembawa dan jangkit orang lain. Kita mungkin kuat untuk lawan tapi bagi mereka yang lemah mungkin akan kehilangan nyawa. Nauzubillah. Silap-silap kita pembunuh senyap. Tolong Mr. C buat kerja.
Walaupun aku cerita macam tiada apa perlu ditakutkan tapi jangan anggap covid19 nie main-main. Walaupun mungkin pada awalnya seperti tiada apa, kita tidak tahu bila-bila masa antibody kita lemah dan peluang covid untuk serang. Dia tetap meragut nyawa. Begitulah kerisauan kami pesakit-pesakit di sini. Nampak macam ok tapi sebenarnya dalam hati dan minda? Terlalu berhati-hati dan cuba bertabah untuk sebarang kemungkinan sebab virus merbahaya sudah ada dalam tubuh. Ingat, segalanya milik Allah. Dia satu-satunya yang akan menyembuhkan kita. Allah duga sebab Allah sayang. Allah jentik dengan sakit dan wabak sebab Allah mau bagi peringatan. Scan diri dan iman. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul dalam Pengumuman bajet 2022 memaklumkan, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih.
Menurutnya, bantuan tersebut akan diterima oleh keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM 2,500 sebulan.
“Bantuan one-off tertinggi untuk isi rumah tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.#Bajet2022 #KeluargaMalaysia.
Selain daripada Itu, sebanyak RM500 akan diberikan kepada ibu bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 sebulan.
Ini bermakna ibu bapa tunggal yang mempunyai tiga orang anak atau lebih layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.
Sebelum itu, beliau memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan Bajet 2022 adalah RM332.1 bilion yang dibahagikan kepada empat aspek utama iaitu RM233.5 bilion untuk belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan, RM23 bilion untuk Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
Dalam pada itu, Bantuan Awal Persekolahan akan mendapat peruntukan sebanyak RM450 juta dan dijangka akan memanfaatkan 3 juta murid-murid.
“Setiap awal tahun tentunya ibu bapa yang paling sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.
“Bagi tahun 2022, kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, iaitu meningkat sebanyak RM100 sebelum ini,” katanya.
Tidak sekadar itu, sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaran dan pembaikan sekolah.
Intipati lain Dalam Bajet 2022:
– Bajet 2022: Bantuan tambahan RM300 kepada isi rumah warga emas
– Bajet 2022: BKM manfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion
– Bajet 2022: Syarat kelayakan kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2019 iaitu RM1,169.
– Bayaran balik pinjaman PTPTN . Diskaun 15 peratus untuk bayaran penuh pinjaman. Diskaun 12 peratus untuk bayaran 50 peratus pinjaman. Diskaun 10 peratus untuk bayaran secara ansuran gaji dan debit
Kalau kita beli cili padi dan simpan di dalam peti sejuk, andai tidak digunakan kurang daripada seminggu mungkin akan layu dan kering. Jadi apa kata kita ambil cili tersebut dan jadikan langkah pertama untuk mula memiliki laman herba di rumah.
Memandangkan orang kata menyemai cili ini tidaklah sukar dan ditambah pula tidak memerlukan ruang atau kawasan tanah yang luas, jadi sesuai sangatlah kita mulakan projek kebun mini hujung minggu ini.
Bila tanaman berhasil, mudahlah jadinya. Nak masak terus dipetik segar daripada pokok. Untuk lebih info, jom kita fahami perkongsian daripada puna Zahara Ramlee ini tentang langkah-langkah menyemai cili.
“Cara semai anak pokok cili cara mudah. Jom ikut step bawah ni. Mungkin ada kalangan sahabat yang dah tahu. Tapi ni cara yang sangat mudah dan tak rugi la kalau nak cuba. Sekurangnya dapat tanam sepokok dua dah jimat wang takyah beli kat pasar.”- Zahara Ramlee
Step 1 – Potong cili yang masak ranum di bahagian tengah.
Step 2– Ambil biji cili tadi tu tabur je dalam pasu kecil @ polybag. Selepas 2 minggu benihnya akan bercambah. Pastikan anak benih jangan letak direct bawah cahaya matahari.
Siram 2 kali sehari dengan semburan halus je.
Step 3 – Anak pokok yang besar dalam 3-4 minggu dah boleh dipindahkan ke atas tanah atau ke pasu @ polleybag besar.
Ekstra tip:
Dah tanam tu jangan lupa bagi anak pokok ni makan. Bubuh la baja 1-2 kali sebulan.
Boleh buat jadual.
Pokok cili akan berbuah lebat selepas 6 minggu tengok juga cara pembajaan. KakZa pakai baja tahi ayam je.