Kebanyakkan ibu bapa rasa bangga bila rumah mempunyai TV bersaiz besar. Sehinggakan sampai satu tahap, rumah itu ada dua tiga TV. Katanya puas dan gambar jelas. Malah ada anak yang matanya aman tengok dekat dengan TV. Lebih menakutkan lagi, apabila menonton dalam tempoh yang lama.
Apa pun, ini sangat bahaya kerana boleh menyebabkan rabun. Memang syok punya TV besar, tapi ibu bapa kena kawal supaya tidak terlalu lama tengiok TV.
Ikuti perkongsian oleh Mohd Fhais mengenai saiz TV yang besar akan memberi kesan kepada mata yang rosak.
TV Jangan Besar Sangat, Mata Boleh Rosak
Nanti jadi macam anak jiran, 3 orang dah kena pakai spek mata. Kecil kecil lagi, paling kecil baru 8 tahun, dah ada masalah mata. Ambil serius please.
Nak tengok tv ni ada "Guideline" dia, terutama anak yang masih kecil. Mata diorang ni sensetif, silap sedikit je dah boleh beri kemudaratan pada mata.
1 – Nak beli tv besar atau kecil tak salah tapi pastikan dulu jarak antara tv dengan mata kita selamat ( watch safe zone ). Menurut pakar mata, jarak selamat untuk tengok tv mesti ikut rules of thumb iaitu 5 kali ganda dari saiz tv.
2 – Contoh saiz tv 40 inci. Makanya jarak yang selamat ialah 40 darab 5 iaitu 200 inci, dalam meter lebih kurang 5.08 meter. Ini jarak selamat menonton tv bersaiz 40 inci.
Makin besar saiz tv makin jauh la kena letak tv tu, baru selamat.
Jarak selamat ni penting supaya dapat rendahkan risiko efek mata. Jangan risau, jauh sikit tak apa asalkan selamat.
3 – Selain jarak, posisi tv pun penting juga. Posisi tv tidak boleh lebih tinggi dari aras mata, tonton tv dengan kepala menongak ke atas bukan sahaja akan efek mata malah leher pun akan ada efek.
4 – Posisi tv mesti selari dengan arah pandangan mata. Ini salah satu sebab kenapa saya kalau nampak anak tengok tv sambil baring saya akan suruh dia duduk.
5 – Elakkan letak tv di sudut atau bucu rumah. Posisi yang baik ialah skrin tv berada tepat bertentangan dengan arah pandangan mata. Tak ada la anak nak tengok tv tu sampai juling juling mata.
ROSAKKAN MATA
Apa pun awasi screen time anak. Cahaya tv ( blue light ) ni pun sama macam cahaya telefon juga, ia akan ganggu Circadian Rhythms anak kita.
Blue light ni tak rosakkan mata macam tv kotak dulu tapi blue light ni buat waktu tidur anak kita kacau bilau.
Kalau tak nak berperang masa suruh anak tidur jangan la bagi anak tengok tv 1-2 jam sebelum tidur.
Wallahu A'lam,
Mohd Fhais
Bahaya sungguh kalau tak tahu guideline penting ni.
p/s : Rasanya ramai lagi yang tak cakna dengan kebahayaan tengok tv pada jarak bahaya ni, tolong kongsikan guideline ni pada mereka juga ya supaya mereka pun dapat tengok tv dalam keadaan selamat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya. Semasa seseorang bayi itu lahir, mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius.
Jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, ibu bapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak. Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi,”ujar Ibu Rose lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang betul, bila seorang wanita memilih untuk menggalas tugas sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, hakikatnya dia tidak akan mempunyai wang pendapatan sendiri. Pun begitu, kini ramai ibu-ibu yang mengambil inisiatif untuk melakukan kerja sambilan bagi menampung bebanan dan kos kehidupan yang semakin meningkat kini.
Sekiranya ada ibu-ibu diluar sana yang masih tercari-cari pekerjaan apa yang sesuai dan boleh dilakukan bermula dari rumah, ini kami senaraikan. Mungkin ada satu yang sesuai untuk anda laksanakan. Jom semak!
Ini antara pekerjaan yang seronok juga jika anda lakukan. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang ramai kenalan di laman sosial dan aktif posting. Mudahlah kerja, promote saja produk yang memang tengah ‘in’ mesti senang hendak dapat untung bukan?
2. Menjadi agen “affiliate”
“Affiliate” juga adalah agen jualan. Beza affiliate dengan “dropship” ialah affiliate tidak mengambil bayaran daripada pembeli dan mereka cuma mempromosikan link laman web produk yang dijual.
3. Berniaga makanan
Kalau anda memang suka dan pandai memasak, dan kebetulan juga kawasan perumahan dekat dengan sekolah. Inilah peluang keemasan! Anda boleh jual makanan tanpa perlu keluar dari rumah sekali pun. Berniaga sahaja di depan rumah, cukup memudahkan anda.
4. Tulis blog
Sekiranya suka sangat menulis dan share sesuatu perkara yang bermanfaat kepada orang ramai, sesuai sangat untuk anda menulis blog. Bila sudah ramai follower bermakna pendapatan anda juga boleh kira ‘masyuk’.
5. Menjadi Pengasuh
Alang-alang seharian menguruskan anak-anak di rumah apa kata anda jadi pengasuh, dapat juga jana pendapatan. Bermula dengan seorang dahulu dan kemudian jika selesa barulah dibuka kepada jumlah yang lebih ramai mengikut keselesaan dan kesanggupan diri sendiri.
6. Rumah Transit
Ini lagi mudah, anda jadikan rumah anda transit persinggahan anak-anak sementara menunggu sesi sekolah bermula. Apa yang penting anda perlu sediakan makanan dan ruang rumah yang selesa untuk anak-anak ini berehat dan membuat persiapan untuk ke sekolah. Waktu anda juga lebih fleksible kerana anak-anak ini hanya singgah sementara sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...