Betullah… Kasih ibu bawa ke Syurga, kasih ayah sepanjang masa. Pengorbanan seorang ayah bernama Basri mengundang sebak ramai bila mana kisahnya dimuat naik menerusi laman TikTok milik jafnyelias_founderbbd.
Demi membolehkan anaknya meneruskan pengajian di sekolah agama, beliau tidak memilih kerja dan sanggup menjadi tukang sapu sampah.
Biarpun gaji pokok yang diperoleh hanya sekitar RM1,500, namun bapa itu tidak mengeluh atau pun kecewa. Sebaliknya, beliau mengganggap itulah rezeki yang halal buat anak-anak dan isterinya.
“Sudah dua tahun saya melakukan pekerjaan ini. Saya tidak memilih kerja yang penting halal untuk keluarga saya terutama untuk sekolahkan anak.
“Anak saya sekolah agama, yuran sahaja RM500. Kalau saya tidak kerja, kasihan anak nak sekolah. Sebab itu saya sanggup bertungkus lumus,” katanya dalam video tersebut.
Paling memilukan tatkala mendengar kata-katanya: “Saya tidak pandai, jadi nak bagi anak saya pandai sikit.”
Lebih mengharukan, beliau juga memberitahu tentang kesanggupannya berulang-alik menaiki motosikal setiap hari sejauh 20 kilometer (km) dari rumah ke tempat kerja semata-mata mencari rezeki buat keluarga.
Sementelah isterinya tidak bekerja dan hanya menjaga dan mengambil anak sekolah sahaja.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan kagum dengan pengorbanan seorang ayah sanggup bersusah payah demi memastikan anak mendapat pendidikan yang terbaik.
Memang sebak tengok video ini, min sendiri pun menitis air mata. Terus teringat arwah abah.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan di murahkan rezeki kepada ayah-ayah di luar sana yang keluar mencari rezeki.
Sumber video: TikTok jafnyelias_founderbbd
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada Encik Mohd Rizal Mohd Rais yang juga merupakan petugas NLPt Psychotherapist di Hentian Dengar & Rawat (pusat terapi keluarga) di Taman Molek, Johor Bahru, tentang mengetahui tanda anak remaja kurang dapat kasih sayang ibu dan ayah ini elok difahami.
Ini penting agar kita dapat berikan kasih sayang sepenuhnya dan anak-anak tahu pula menilai dan hargainya.
Terdahulu, Encik Muhd Rizal turut menjelaskan fokus HDR (Hentian Dengar Rawat) adalah Family Coaching & Therapy iaitu membantu keluarga dalam pembangunan mental, emosi & tingkahlaku anak-anak serta juga kemahiran keibubapaan.
Ayuh semak perkongsian bermanfaat ini.
Salah satu tanda anak remaja kurang dapat kasih sayang ibu ayah ialah lihat bagaimana cara anak peluk ibu ayah.
? Ketika ibu ayah peluk anak-anak, perhatikan cara anak kita balas pelukan kita.
? jika cara dia peluk kita tidak seerat kita peluk dia, maka itu lah tandanya. Terutama 10 tahun ke atas.
Anak yang jarang di peluk akan kurang merasai kasih sayang. Bila anak kurang merasai kasih sayang, kesannya anak tidak akan tahu bagaimana nak menunjukkan kasih sayang mereka.
Terutama kepada ibu ayah dan adik beradik.
Kesan lain :
1. tidak pandai menghargai. 2. kuat melawan. 3. degil. 4. kurang berkomunikasi bersama keluarga. 5. hubungan tidak mesra. 6. mencari kasih sayang bersama pihak ke3.
Dan bermacam lagi masalah emosi yang akan membawa kepada masalah sosial yang lain.
Apa nak buat :
1. peluk anak setiap hari dan sekerap yang boleh.
2. bila peluk, katakan betapa kita sayangkan mereka.
3. sambil peluk selawat 3x dan doakan kebaikan anak.
Amalkan sekerap mungkin dan InsyaAllah hati anak akan tenang, emosi akan stabil dan mereka akan mudah diurus.
Keluarga bahagia pastinya idaman semua pasangan suami isteri. Makin tambah seri apabila kehadiran anak-anak.
Namun, kadang kala wujud salah faham sehingga tercetus kemarahan didepan anak-anak.
Sebagaimana perkongsian ini saudara Faris di laman facebooknya mengenai cara teguran dan pujian (promote) isteri depan anak-anak. Barulah keluarga bahagia. Anak-anak pun respek kita, ibu ayahnya.
Wahai suami, hargai isteri mu.. dan jangan marah isteri depan anak2.
Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kenapa kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak.
Ia akan bagi kesan pada anak-anak.
Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ.
Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen.
Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya.
Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.
Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga.
Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.
Promotelah Isteri Depan Anak-anak- Beri pujian
Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak.
Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya.
Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.
Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!
Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (power) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah.
Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita, yang akhirnya memudahkan kita.
Sama2 kita saling ingat mengingati 🙂
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...